Tick…Tick…Tick…Tick… Bunyi yang sering aku dengar ketika habis sahaja solat isyak di rumah. Setiap kali aku mencari sumber bunyi tersebut, ianya akan hilang seperti ingin bermain-main denganku. Namun, aku suka dengar bunyi tersebut terkenang bunyi jarum jam yang menggerunkan semua pelajar setiap kali menghadapi peperiksaan. Aku merupakan seorang pelajar yang pandai akademik dan aktif dalam kokurikulum, antara punca aku disegani guru. Aku rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan semasa zaman persekolahan di Raja Muda Tiga, tempat yang penuh keriuhan dan ketawa pelajar. Tiada yang sedih apabila masuk ke pintu pagar kerana disambut oleh guru yang menyambut dengan cara yang unik. Aku pernah diajak bermain tepuk tangan bersama guru aku sebelum masuk ke dalam kelas. Ketika itu, aku agak takut kerana itu merupakan hari pertama aku bersekolah. Suasana ketika itu boleh digambarkan olehku. Bilik darjah yang luas dan besar mampu menempatkan puluhan pelajar, warna dinding seakan-akan warna laut dengan lukisan ombak yang kelihatan terlalu realistik seperti ingin memberikan pelajar gambaran berada di pantai.
Walaubagaimanapun, pintu kelas tersebut membuatkan aku terpesona kerana diperbuat daripada kaca. Alangkah terkejutnya aku apabila pintu itu sukar untuk dipecahkan mahupun retak ketika aku nenuntut ilmu di sana. Adakah pintu itu masih tidak pecah walaupun sekolah itu sudah tidak beroperasi sekian lama? Tiba-tiba hati aku terdetik untuk pergi ke sana untuk memastikannya, mungkin pintu itu masih berdiri teguh dan masih bersinar. Sekolah itu agak jauh dari kawasan aku tinggal dan kawasannya agak terpencil, aku takut aku mungkin sesat. Aku mencuba menggunakan aplikasi waze untuk mengetahui kedudukan sekolah tersebut. Alhamdulillah lokasi sekolah tersebut dapat dikesan oleh waze . Perjalanannya mengambil dalam masa 1 jam sahaja dari kawasan aku, aku pun mula mengemas barang keperluan dan paling utama kamera untuk merakam keadaan di dalam sekolah tersebut.
Vroom…vroom aku menaiki motor sahaja kerana aku balik hari. Aku hanya sekadar ingin meninjau kawasan sekolah tersebut dan tidak berniat meneroka dengan lebih mendalam. Semasa dalam perjalanan, kiri kanan aku dipenuhi dengan pokok-pokok yang tinggi dan berdaun banyak yang menutup cahaya matahari daripada menerangi jalan. Aku ternampak seekor beruang yang agak besar memerhati aku dari dalam hutan. Pandangan tajamnya tidak lari daripada memerhati aku. Maka, aku pun memecut laju dan tidak sedar bahawa beruang itu mengejar aku di belakang dengan lajunya. Nasib sahaja motor aku mampu bergerak dengan lebih laju dan akhirnya aku tiba di sekolah tersebut tanpa diikuti beruang tersebut. Aku mendongak ke atas melihat betapa tingginya sekolah yang berada di hadapan aku.
Aku menghirup udara segar terlebih dahulu sebelum membuka langkah memasuki sekolah. Aku juga memastikan barangan keperluan yang dibawa mencukupi. Setelah melakukan pemeriksaan, aku mengambil inisiatif untuk membuka pintu depan sekolah yang merupakan pintu utama. Namun, usaha tidak berhasil kerana tombol pintu terlalu karat hinggakan daya yang terkalu kuat menyebabkan tombol itu tercabut. Jadi, aku memecahkan tingkap di sebelah pintu dengan mencampak batu-batu kecil dengan kelajuan maksimum. Mujur tingkap itu pecah kalau tidak hendak sahaja aku membaling motor aku ke arah tingkap. Aku memasuki bahagian dalam sekolah melalui tingkap itu.
“ Ni ke sekolah aku dulu?” Tanya aku sendiri. Seingat aku koridor dari hujung ke hujung tidaklah panjang mana tetapi menurut perspektif aku sendiri, koridor ini terlalu panjang. Lagipun, sudah 17 tahun berlalu mungkin ada naik taraf yang dilakukan sepanjang tahun itu. Keadaan dinding sekolah itu nampak tidak kukuh dek banyak kesan dinding terhakis. Lalu, aku terus menuju ke pintu bilik darjah yang aku katakan petunia diperbuat daripada kaca.
“ Wah! Ternyata ia masih di sini… satu-satunya pintu kaca di sekolah ini. “ kata aku dengan penuh rasa gembira. Pintu kaca itu tidak retak sedikit pun. Aku mengeluarkan kamera dan merakam gambar dengan berlatarbelakangkan pintu kaca. Aku menghela nafas kepuasan melihat pintu kaca tersebut. Aku membuka pintu itu untuk melihat keadaan di dalam bilik darjah lamaku.
YOU ARE READING
Pelajar
Mystery / ThrillerDi sebuah sekolah lama di Raja Muda Tiga, adanya pelajar yang riang dan gembira belajar dengan guru yang baik hati dan pemurah. Namun setelah beberapa lama, sekolah itu berada dalam keadaan usang dan tidak mengandungi pelajar. Lutfi Hail, seorang be...