Bab 1

67 4 4
                                    

Assalamualaikum dan hai kepada yang dah follow saya dan selamat datang kepada yang baru menjenguk-jenguk rasa nak follow ke tak... Follow je k.. Tak bayar pun...

Ok novel ni merupakan sequel atau pun sambungan dari "Kahwin Dengan Dia?"
Saya sarankan yang belum baca no 1, baca no 1 dulu agar anda faham jalan cerita dan watak-watak dalam novel ni.

Ni merupakan karya ke 4 saya. Ada banyak lagi tu dalam draf kita kasi peram dulu..  Ok.. Dan jangan plagiat novel saya ya.. Bukan mudah untuk saya perah idea.. Kalau mahukan babak 🔞 tiada dalam ni ya adik-adik. Novel ni genre romantik komedi. Followers lama saya mesti dah tahu.

Mari kita sambung semula kisah hidup Fara Adriana dan Syed Muhammad Syafiq Al-Rayyan setelah mereka di kurniakan anak. Adakah mereka dapat menempuhi dugaan ? Like dan komen tauu ❤️❤️❤️

----------------------------

''Sarapan dulu bang..Nak air kopi ke teh?"

Soal Adriana yang mengenakan baju kelawar bercorak hitam putih dan rambut disanggul tinggi.  Rayyan berasakan cintanya terhadap Adriana semakin bertambah apabila melihat isterinya itu mengurus rumah tangga dengan sempurna.
segala perbuatan Adriana diperhatikan dengan lirikan mata yang mempersona. Sedikit pun Adriana tidak perasan dirinya di renung.

Adriana menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya yang baru sahaja balik dari masjid . Sejak sudah jadi bapa, Rayyan sering ke masjid jika dia tidak outstation. Perubahannya itu membuatkan Adriana senang hati.  Cuaca di luar agak dingin kerana hujan selama dua hari . Penghawa dingin tidak di buka, risau anak yang masih kecil akan demam pula.

Angin yang masuk dari tingkap dapur pula membuatkan bulu roma Adriana meremang. Memang sejak dari kecil, pagi-pagi lagi selepas subuh tingkap akan dibuka. Rezeki senang masuk. Itu kata-kata ibu Adriana yang masih terpahat di ingatan. Apa khabar lah ibu bapanya di kampung. Kesibukan Rayyan membuatkan rancangan nak balik kampung asyik saja tergendala.

"Hmm abang nak.. air..."

Rayyan berfikir sambil menggaru pipinya yang terasa gatal tiba-tiba.

"Air apa?"

Adriana menyoal suaminya yang lengkap berbaju melayu warna navy blue dan berkain pelekat. Segak seperti lelaki melayu terakhir. Bukan senang nak lihat Rayyan begitu. Wajah yang kacukan melayu-filipina menambahkan lagi kekacakan bapa anak tiga itu.

"Teh o. Kopi tak nak.. Nanti perut buat hal. Risau jammed je ni.. Masak nanti kalau sakit perut "

" Pakaila pampers apa susah"

Jawap Adriana sambil menghulurkan secawan teh o dan melabuhkan punggung di sebelah Rayyan. Rambut yang menutup mata di kuakkan ke belakang. Rimas.

" Ana loyar buruk eh sekarang"

" siapa yang ajar? haaa"

Rayyan ketawa dia tahu Adriana maksudkan siapa. Baik jangan lawan nanti sampai esok tak selesai. Dah la banyak kerja nak disiapkan. Nak bercinta pula.

" Abang makan dulu tau.. Ni nasi goreng.. Ana nak tengok anak-anak kejap"

" kejap.. sini "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kahwin Dengan dia? Chapter 2Where stories live. Discover now