10. Takut akan realiti.
‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.
Habis saja makan di kantin aku dan Isya bergegas ke kelas. Sebenarnya ada kerja rumah kami yang belum disiapkan, itulah tak tahu punya pasal. Tanya yang lain, diorang pun kata tak tahu. Dan bila aku fikir semula banyak kali, baru aku teringat apa yang cikgu sejarah aku beritahu kelmarin. Entah sempat atau tidak untuk disiapkan, nasiblah tinggal sikit je sebab dah siapkan masa awal pagi tadi.
Jujur, aku dan Isya malu nak lalu bahagian kelas tingkatan 4 yang lain ini. Tapi, nak tak nak memang kena lalu juga. Bukan nak cakap apa, mana taknya, tempat itu memang lelaki selalu lepak. Lagi-lagi dekat tangga. Tempat diorang bercerita, tempat diorang makan semualah.
Ketika itu juga mataku menyipit bila beberapa orang lelaki dalam lima orang membuka langkah menuju ke arah tandas. Cermin mata yang aku guna, aku perbetulkan seketika.
Ya, sekarang ini boleh dikatakan selalu sudah aku memakai cermin mata. Masih ikut mood jugalah sebenarnya.
Aku hanya memandang belakang tubuh mereka, tetapi aku rasa lelaki yang memakai baju sukan berwarna biru itu Nufhris. Aku dapat mengagak ketinggian dan rambutnya yang persis seperti lelaki itu. Mungkinlah, aku tidaklah begitu yakin.
"Isya, cuba kau tengok lelaki yang pakai baju biru sebelah kiri dekat depan kita ni. Tapi jangan tengok lama-lama," bisikku kepadanya, takut pula kantoi. Laju dia pandang lelaki itu. Berkerut-kerut dahinya cuba mengenalpasti gerangan tersebut.
"Nufhris, kan?" tebaknya. Aku pandang wajahnya dan kami sama-sama mengangguk.
"Iya."
Sesaat, sekali lagi dahi Isya berkerut. Kali ini memang wajahnya kelihatan bingung, menimbulkan tanda tanya kepadaku.
"Kau tengok lelaki yang pakai baju sekolah tengah cuci tangan tu," katanya dalam keadaan intonasi suaranya yang perlahan. Bila mataku melihat akan gerangan yang dimaksudkan gadis itu, terus mataku membesar tanpa dipinta. Raut wajah terkejut bercampur keliru jelas terpapar, tak dapat disembunyikan.
Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana dia tak menghadap kami. Namun yang aku boleh katakan, lelaki itu persis Nufhris juga. Ciri-cirinya memang sama seperti lelaki yang berbaju biru tadi.
Kami memandang satu sama lain dengan pandangan keliru. Masing-masing masih kaget. Kaki kami yang memijak bumi ini semakin perlahan, cuba menghadam apa yang baru dilihat.
"Dia ada kembar ke?"
"Kenapa ada orang serupa macam dia ni?"
Dan banyak lagilah yang kami perkatakan sepanjang perjalanan itu. Rasa kalut untuk membuat kerja rumah yang belum selesai itu hilang begitu saja akibat terlalu memikirkan apa yang kami lihat tadi.
Aku meliarkan pandanganku ke seluruh tempat niat mahu mencari lelaki berbaju biru itu. Aku tak puas hati selagi tak jumpa jawapan daripada sekian soalan yang tengah berlegar di fikiranku.
Tiada pula. Rasanya, sudah masuk ke dalam tandas.
Setelah itu, bila mana mataku menyapa kelas 4 Kasturi itu dapat aku lihat seseorang lelaki yang berura-ura mahu menaiki tangga untuk ke kelasnya. Namun, belum sempat dia masuk ke dalam kelas, Damien di muka pintu itu mengajak dia berbual. Lelaki di hadapan Damien itu memakai jersey berwarna merah. Aku cuba untuk membaca nama yang terpampang di belakang jerseynya itu.

YOU ARE READING
Hanan's Diary
Teen FictionMari meneroka bersama menikmati lika-liku kehidupan si gadis. 🌷January 2023 | written by ay p/s: maaf & jangan baca jika tidak menepati cita rasa anda.