Dah tidur ke? Maaf lambat haha sibuk dengan urusan duniawi 💀
Time Stamp.
Anak mata Sara bergerak menatap susuk tubuh yang sedang menarik kerusi di depannya dengan pandangan memicing. Sesaat, masing-masing saling membalas renungan sebelum Sara mengalih pandangan terlebih dahulu.
Tengah tak ada mood nak beramah mesra dengan sesiapa. Kepalanya tengah serabut dengan banyak hal yang lebih penting. Mug yang masih berasap nipis dengan Nescafe, dibawa ke bibir dan dihirup perlahan.
“Banyak kerja ke?” Eilyas memecah hening. Riak tak bersahabat Sara ditatap dengan sengih tertarik di hujung bibir.
Sejak petang tadi, Sara tu buat perangai menjaga jarak. Mungkin, kalau bukan sebab umi yang menghubungi mereka anak beranak suruh berhujung minggu di rumah besar ni, agaknya Sara tu memang tak akan datang.
Dan Eilyas rasanya terlebih faham apa alasan Sara berperangai serupa nak lancar perang. Mesti ada kena mengena dengan Ghaz yang tiba-tiba meminta nombor telefon adiknya itu beberapa hari lepas.
“Hmm.” Sara menjawab tanpa menatap Eilyas yang masih dengan senyum menyakitkan hati untuk dilihat.
Keji! Ingat Sara tak tahu ke maksud senyuman tu?!
“Esok kan cuti, tak boleh ke rehat kejap? Dari petang tadi abang tengok Sara duduk hadap laptop. Tak penat ke?” Eilyas menongkat dagu, masih menatap Sara.
Sara menghembus nafas. Matanya menatap Eilyas tajam. Di meja makan itu, hanya ada mereka berdua. Selepas makan malam tadi, masing-masing berkumpul di ruang tamu sekadar meluang masa sebelum abah meminta diri terlebih dahulu untuk berehat di bilik.
Selepas itu, Sara pula yang menyibukkan dirinya di sini, menyiapkan sisa kerja yang berbaki. Hampir sejam setengah tenggelam dengan dunia sendiri, ketenangan Sara mula terganggu dengan kedatangan tanpa berjemput Eilyas.
Tak ada kerja ke abang dia ni? Mana Kak Raudha? Sibuk nak mengacau.
“Sara lagi terganggu dengan abang yang tiba-tiba duduk.”
“Auch!”
Mengada! Sara rasa nak baling je Eilyas tu dengan pen biar kena batang hidung.
“Jangan la garang sangat, Sara marah apa sampai nak tengok muka abang pun tak nak?” Eilyas mengukir sengih nakal.
Diam. Mata Sara merenung Eilyas dengan pandangan membunuh.
“Mentang-mentang dah jumpa buah hati...”
Ayat terakhir dengan nada meleret enam harakat itu langsung dijawab dengan rungutan sakit jiwa. Kan?! Dia dah agak, Eilyas tu saja nak ganggu ketenteraman dia!
“Haha, okay. Maaf, abang tak usik dah. Sara marah kenapa sebenarnya ni?” Eilyas berhenti mengusik. Senyuman nipis diukir menunggu jawapan.
“Abang saja kan? Saja buat Sara sakit hati.” Tuduhan itu tak berasas, Sara tahu. Tapi Sara juga dah tak tahu nak lepaskan rasa geram dan sakit hatinya kepada siapa.
YOU ARE READING
Sara Isabella
RomanceTiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Really? Sebab waktu aku bangun, you're the one yang tidur sekatil dengan aku." -tapi semesta juga punya...