TUTORIOL 03 | COVER TIMBUL
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Cover timbul? Saya tak tahu nak bagi tajuk apa, sebab tutorial kali ni saya tahu ramai dah pernah buat, bahkan tahu dan kuasainya. Tetapi pasti ada yang belum tahu, kan? Walaupun tak nampak timbul sangat, saya harap tutorial ringkas ni dapat difahami awak ♡
Untuk tutorial kali ni, saya guna hampir keseluruhannya ibispaintx.
Tanpa buang-buang masa, tutorial dimulai ♡♡
Kita go ke google. Saya selalu guna website ni untuk buang background pada gambar, bagi saya mudah dan pantas nak siapkan request ♡
Kita go ke ibispaintx. Saya mula-mula akan letak background, lepas tu saya letak effect blur pada background. Bila saya dah siap bahagian background, saya akan fokus pada gambar yang saya telah buang background di website tadi. Gambar tu saya guna 'drop shadow (style)' untuk nampak sikit dia timbul, lepas tu saya tekan 'bloom (artistic)' untuk kesan cahaya. Kalau tak nak letak pun tak apa, ni just saya nak cantikkan sikit je ♡
Ini hasilnya ♡♡
Kita go ke pixellab. Suka hati awak nak letak font apa, asalkan jangan terlalu gelap, jangan terlalu berwarna. Awak kena tahu gambar awak jenis light or dark. Saya tambahkan 'stroke' pada font untuk sedikit timbul ♡
Kita go ke ibispaint x semula. Saya akan padam font dia, kalau awak tak nak padam pun tak apa. Lepas saya padam, saya akan save dulu. Hasil yang saya save tu akan saya add lagi untuk letak filter. Kalau awak jenis tak suka ubah banyak-banyak, tak perlu guna filter. Sebab dah siap dah. Cuma saya suka nak letak filter tu je ♡♡
Cara saya guna filter. Saya akan guna 'color balance (adjust color)' ikut warna gambar saya. Lepas saya siap yang tu saya akan guna 'unsharp mask (blur)' untuk tekankan sedikit timbul. Siap bahagian ibispaintx, saya pergi enhance ♡
HASIL
Entahlah, nampak timbul tapi tak timbul. Apa pun tyy sudi luangkan masa di tutorial kali ini ♡
Thursday, 22 December 2022
YOU ARE READING
RAIN GALLERY
AcakRAIN GALLERY task + collection + achievement + talk + tutorial . . . "Tempat anda mencuci mata" TSWEETESTRAIN- 2022 | 09/10/22 Cover by @Kayrlees