Srek srek..
Matahari kian naik menemani penghuni bumi berkerja di siang hari. Cuaca yang baik menandakan permulaan hari persekolahan yang baik.
Kelihatan Seo Minghao sedang menyeret-nyeret kakinya malas untuk melangkah ke kelas tempatnya menimba ilmu bersama rakan-rakan. Lelaki ini dapat merasakan kelainan saat dia berjalan melepasi kaki lima bangunan sekolah.
Semestinya kerana dia semakin tua, maka egonya makin membesar. Muncullah persoalan seperti "Kenapa aku masih kena pergi sekolah?" Sesampai di kelas, matanya disambut oleh sebuah badan yang kurus, duduk tepat di hadapan meja guru.
"Eh kau sorang je?" soal Minghao kepada Wonwoo yang sedang membaca novel sastera karya Beb Sabariah, agak tidak percaya kerana sangkanya dia dah lambat.
"Hm aku memang sengaja sampai awal"
"Ooo." Minghao terus mencari kerusi untuk direhatkan bontotnya. Sengaja dia memilih tempat belakang sekali. Dua insan introverts ini sama sekali tidak menghiraukan kehadiran satu sama lain.
"Yow it's been a long time!!" Joshua dengan slang Amerikanya masuk dengan sebuah senyuman sambil menyalam Wonwoo di depan meja guru, manakala kepada Minghao pula, lelaki ini menghadiahkan sebuah kenyitan mata.
"Sihat tak guys setelah cuti lama?"
"Em.. Homesick" jawab Wonwoo perlahan.
"Aww it's going to be okay. By the way, dah tau ke siapa classmate perempuan kita?" soal Joshua menyebabkan kedua-dua Minghao dan Wonwoo melihat ke arahnya.
"Siapa?" soal mereka serentak.
"Cuba teka"
"Twice?"
"Oh my girl?"
"Dreamcatcher?"
"Mamamoo?"
"Gfriend?"
"WJSN?"
"Give up lah. Aku bukan Seungkwan nak tahu semua girl group" kata Wonwoo mula mengalah. Minghao mengangguk tanda bersetuju.
"Sebenarnya aku pun tak tau. Tapi harap-harap mereka bukan insan yang annoying" confessed Joshua mengharapkan classmates barunya semua girlfriend material.
"Setuju, setuju"
"Heh bold of us to say that while we're the loud ones" jawab Wonwoo tiba-tiba dengan English yang impresif.
Tak lama kemudian mereka terdengar bunyi bising-bising di luar kelas. Suara Seungkwan dan Seokmin yang dikenali sangat jelas kedengaran walaupun pintu kelas bertutup.
"Ghisau betul. Aku pergi tengok kejap" Joshua meminta diri untuk memantau keadaan di luar kelas. merangkap seekor kucing yang sentiasa ingin tahu, Wonwoo mengikut jejak langkah lelaki itu.
×✓
"Kau saja pijak kasut aku bakpo?! Kasut aku dahla mahal!" marah Seungkwan ditenangkan oleh Mingyu, sang pencinta keamanan.
"Kasut mahal-mahal pun tempat dia kat lantai jugak. MUAHAHAHA!" siapa lagi yang suka menyakat Boo Seungkwan jika bukan Kwon Soonyoung alias Hoshi.
"Tak. Ceritanya kau dahla pijak tah taik apa tah tadi lepastu nak pijak kasut aku. Eyyy kan! Aku-" lelaki ini mula mengangkat tangan mahu membelasah lelaki bermata sepet itu.
"Oh. Cakap pasal taik, tadi Hoshi lama do kat tandas"
"Aku syak dia sembelit"
"Woi!"
"Merapu pebende do pagi-pagi gini? Tak sihatnya otak korang ni"
"Tak. Aku punya teori sekarang ni pijak kasut Seungkwan sebab sharing is caring"
![](https://img.wattpad.com/cover/329876220-288-k839553.jpg)
YOU ARE READING
SVTGF : JANGAN PERCAYA SINOPSIS
FanfictionClassmates yang tersopan dan terbaik itu merupakan impian seketul Minghao. Namun, adakah semudah itu untuk mendapatkan classmate impian tersebut. Mengisahkan 19 anak orang yang ditakdirkan menjadi classmates dan sentiasa cuba sedaya-upaya untuk meny...