Minnie Pov
Aku,Dahyun,Beomgyu,Taehyun dan Soobin berpakaian serba hitam pada malam ini untuk melancarkan rancangan kami menyelamatkan Yeonjun dan Kai.
"Baik,rancangan dia macam ni. Beomgyu dan Taehyun akan jaga di belah kiri dan kanan pintu masuk garage tu.Lepastu, Soobin dan Dahyun ikut aku untuk masuk ke dalam garage tu,"mereka mengangguk faham.
"Nak call polis tak?,"kami memandang Dahyun atas bawah.
"Yah babo! Kita berdua yang rancang benda tu tau! Kau gila ke nak panggil polis? Nanti kita pula yang kena tangkap. Mark pun satu, aku suruh buat lain dia buat benda lain.Dasar kawan tikam belakang kawan,"aku menghentak meja dengan kuat membuatkan mereka yang berada di situ terkejut.
"Kus semangat. Nasib baik nyawa aku panjang lagi. Kalau tak dah masuk alam lain dah,"Soobin memandang tajam ke arah aku.
"Hehhe,maaf Soobin.Sengaja buat macam tu. Biar putus nyawa terus,"
seloroh aku di hadapan Soobin.Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk dari luar.Siapa pula yang datang...!
Aku membuka pintu dan...
"Yerin? Macam mana Yerin boleh ada kat sini? Yerin cari....Yeonjun kan?,"
aku memandang Yerin atas bawah."Yerin datang sini dengan driver. Jangan risau, Yerin tak gila lagi nak datang sini jalan kaki. Yerin tak gila macam oppa Yeonjun tu. By the way, Yerin nak tanya, Yeonjun ada tak?,"
aku mula terpingar di hadapan Yerin."Yerin masuk dulu.Nanti unnie cerita semuanya dekat Yerin,"Yerin akur dan terus masuk menonong ke dalam rumah aku.
🦊🦊🦊
Yeonjun Pov
"Aku nak Minnie,"aku memandang serong ke arah Mark.
"Ada kena mengena dengan aku ke?
Kau nak dia? Ambil lah, tapi aku tak rasa yang dia nak kau bila dia dapat tahu yang kau dah culik baby dia,"
aku mengukirkan senyuman sinis."Kau baby?,"aku mengangguk dengan penuh yakin di hadapan Mark.
"Yelah,kau sendiri tahu yang aku ni baby kesayangan Park Minnie. Kau nak tahu tak, kau ni bodoh. Dah tahu suka dekat Minnie, tapi masih nak permainkan dia. Kau ingat dengan cara kau buat macam ni, si Minnie tu nak kat kau? Baik dia ambil aku. Tak talam dua muka macam kau. Hati busuk penuh dengan dengki,"tanpa di pinta Mark hadiahkan satu tumbukan di bahagian abdomen aku.
Aku melepaskan tawa sinis sebelum terbatuk dan mengeluarkan cecair merah.
"Nampaknya sakit aku dah makin teruk...Aku kena pergi hospital lepas selamat keluar daripada neraka Mark.
Harap-harap hidup lagi,"aku berbisik di dalam hati.
YOU ARE READING
𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐄𝐃 중독된 [𝐘𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧] ✓
Short StoryFirst Book TXT 🦊 Park Minnie ditandai obsess apabila gemar memandang Choi Yeonjun, iaitu namja yang menjadi kegilaan semua para pelajar yeoja di Universiti tempat mereka berlajar. "Erm, Yeonjun saya...Saya dah lama jatuh hati pada awak.Maybe, we ca...