Chapter 5

44 4 0
                                    

𝕄 𝔸 𝕀 ℝ ℍ 𝔸 ℕ


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selepas sebulan menetap di asrama Alpha Academy, kami akan balik ke rumah untuk bercuti! Yeay, tak sabarnya nak balik. Aku melipat baju-baju dan memasukkannya ke dalam beg. Lya dan Sara juga sibuk mengemas barang-barang sebelum balik. Intan sudah hilang kemana tah, tak nampak batang hidung, maklumlah pengawas kan sentiasa sibuk. Mia pula membantu kami mengemas sedikit-sedikit memandangkan dia dan Intan dah siap kemas awal-awal. Almaklumlah aku, Lya dan Sara suka buat benda last minute. He he he!

"Weyh, Maira. Abah dengan mama kau dah sampai!" Intan berlari masuk ke dalam bilik kami dengan nafas yang tercungap-cungap. Mana tak penat, dia lari daripada kawasan sekolah ke kawasan asrama semata-mata nak bagitahu mama dengan abah aku dah sampai je. Baik naw kawan aku yang sorang ni.

"Oh, yeke? Aku dah siap pack barang-barang semua, korang bila nak balik?" Sempat lagi aku bertanya walaupun tangan lincah melilit tudung bawal hitam di kepala. Orang tua-tua kata, kalau bercakap tangan tak jalan memang tak siaplah kerja. Jadi, mulut aku jalan, tangan pun jalan.

"Mummy dengan daddy aku dah ada kat bawah." Lya menjawab pertanyaanku. Dia turut melilit tudung bawal berwarna biru gelap di kepala. 

"Tadi aku ada call, Abi dengan Umi aku on the way." Mia pula bergilir-gilir menjawab pertanyaan. Aku mengangguk perlahan. 

"Samelah." Intan dan Sara hampir serentak menjawab. Mereka berempat turun menemani aku, kata mereka ingin pastikan aku selamat balik. Sweet sangat! 

"Mama, Abah!" Dari jauh aku sudah menjerit teruja. Abah dan Mama tersenyum senang, Tiara pula sudah meloncat-loncat gembira. Sampai sahaja di sana, Tiara memeluk tubuhku erat. Kasih sayang adik beradik terjalin semula setelah sekian lama terpisah. 

"Eii, nampak sangat rindu tu." Aku mengejek Tiara dan meleraikan pelukan kami. Tiara mengangkat kening sebelah sambil menjeling aku. Eii main jeling-jeling pulak, korek biji mata tu baru tau.

"Mana ada rindu, sebulan terpisah je pun." Tiara mencebik. Wajahnya dimimik dingin. Aku tersenyum senget melihat kerenahnya tak berubah-ubah. Rindu cakap jelah rindu.

"Sophia sayang oii." Mama iaitu Puan Sumayyah mencium kedua-dua pipiku. Aku tersengih menampakkan lesung pipit yang berada di kanan pipi. Lesung pipit ada kat kanan je, kiri takde.

"Ni kawan-kawan Maira ke?" Abah iaitu Encik Hazril bertanya kearahku sambil mengerling kawan-kawanku yang tersengih-sengih seperti kera mendapat bunga. Mereka menyalami tangan Mama dan saling bertukar pesanan dan gurauan. Ada je yang dorang bahankan aku, melecur telinga ni dengar.

"Jom balik, sayang." Mama dan Abah masuk ke dalam perut kereta Honda mereka. Mama berada di seat co-pilot, aku dan Tiara pula berada di seat belakang iaitu seat penumpang. Sempat lagi aku membuka tingkap dan melambai-lambai kearah kawan-kawanku. Lya dan Mia pula sudah membuat drama air mata. Terpaksa Sara dan Intan menjadi pemujuk dan penonton tidak berbayar. 

"Weyh, jangan lupakan kitorang tau!!" Intan menjerit kuat sambil kedua-dua tangan membuat teropong di mulut sendiri. 

"Mestilah!" Aku pula menjerit kuat tatkala kereta Honda mula meluncur laju diatas jalan raya. Tergelak aku melihat mereka yang terlebih emotional, seminggu cuti aje pun. Tingkap ditutup semula, pandanganku dicampakkan kearah Alpha Academy yang tersergam indah. Lama-kelamaan, bangunan sekolah hilang dari pandangan dan mataku turut tertutup rapat. Lena dibuai mimpi indah.


𝕄 𝔸 𝕀 ℝ ℍ 𝔸 ℕ


𝐇𝐄 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄!Where stories live. Discover now