Bangunan E Wajaya Holdings
Sepang8.10 malam.
Kachik.
Kedengaran bunyi pintu terbuka.
'Siapa?'
Iskandar yang sedang mengutip klip-klip kertas bertaburan di lantai lantas mengalihkan badannya dari sisi meja sambil merenung ke arah pintu pejabat yang baru dibuka.
Pelik kerana pejabat sudah tutup pada waktu ini. Pengawal biasanya berjaga di bawah. Dia pun baru sahaja naik kerana tertinggal dokumen penting yang perlu diselesaikan sebelum esok pagi.
Iskandar terpana melihat orang yang sedang berdiri di pintu.
Seorang lelaki berpakaian biru gelap bertopi hitam mengacukan pistol ke arahnya.
"Hai Faisal, lama tak jumpa""Kau!"
Jerit Iskandar.Dentam.
Kedengaran dentum sedas bunyi tembakan memecahkan kesunyian malam.**********************************************************************************
Kuala Lumpur International airport 2. Balai ketibaan Antarabangsa
9.15 malamGelisah.
Zinnirah merenung jam di tangan kirinya sambil memegang telefon di tangan kanannya. Matanya pantas melilau kekiri dan kekanan, mencari kelibat orang yang dikenalinya.
"Mana abang Is ni. Dah lebih setengah jam tunggu. Call tak angkat. Whatsapp pula seen pukul 8.20 tadi.
Aiyoo. Dah cakap dah boleh balik sendiri, nak juga jemput. Hmmph"Bebel Zinnirah seorang diri sambil merenung telefon bimbitnya. Tiba-tiba....
'Eh kak Sarah call' pantas Zinnirah menjawab.
"Hello Kak Sarah, abang Is tak..." Belum sempat Zinnirah menghabiskan kata-katanya.
Jatuh.
Terlepas telefon digenggamannya. Lalu Zinnirah jatuh terduduk sama.
"Aabang...." Ujar Zinnirah lalu diikuti dengan esak tangis yang kuat.
Dan, malam itu adalah malam yang paling pahit dalam sejarah hidupnya.
**********************************************************************************
8 Tahun kemudian.
10.30 pmPusat Perubatan UKM, Cheras
Jabatan KecemasanKelihatan ramai pesakit menunggu giliran untuk dirawat dibahagian kecemasan.
"Dr Zinn, should I refer this to surgical department? Kaki pesakit ni ada retak, kat bahagian talus dia. Can you see it?
Kata Dr Lim sambil meletakkan gambar x ray bahagian kaki di hadapan Dr Zinnirah." Yes, you are right, you should refer this. Ok Dr Lim, I think Im going back now, Dr Hassan dah datang sambung shift I".
Kata Zinnirah setelah meneliti x-ray tersebut sambil mengemaskan barang-barangnya untuk sedia pulang memandangkan shift kerja malamnya sudah tamat untuk disambung oleh Dr Hassan."Alright thanks Dr Zinn. By the way, tadi ada patient gunshot masuk Red zone*. I thought you will be interested to see it before balik, as you minat nak buat kepakaran kecemasankan"
"Oh yeke? Gunshot kat which part eh? dada ke?. Tanya Zinnirah ingin tahu.
"Nope, peluru masuk kepala bahagian temporal* kiri, dengar sikit lagi dah nak kena ICA* . Luckily cepat hantar hospital. Gunshot sebab kena rompak. They are still struggling to resuscitate the patient, you should see it though". Ujar Dr Lim.
Zinnirah terpaku setelah mendengar penjelasan dari Dr Lim.
'Head gunshot, bahagian temporal, kena rompak..'
Terkedu.Tak semena-mena ingatan 8 tahun lalu menerjah diingatannya.
Sama. Ya sama.Tak semena-mena, tubuhnya rasa ringan, kakinya rasa lemah dan
dunia pun kelam tiba-tiba.Tamat part 1
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki :
1. Red zone : Kawasan yang paling kritikal di jabatan kecemasan hospital selepas green and yellow zone.
2. Temporal : nama bahagian tengkorak di atas telinga
3. ICA : Internal Carotid Artery. Pembuluh darah utama di dalam otak.
YOU ARE READING
Degup
Mystery / ThrillerKod EE 2 Iskandar. Mati. Dibunuh. Pahit kenyataan yang ditelan Zinnirah tatkala mengetahui setelah 8 tahun rupa-rupanya kematian abang kesayangannya adalah disebabkan pembunuhan terancang oleh pihak tertentu. Bukan disebabkan kematian tanpa diduga a...