PROLOG

10 0 0
                                    

"Khayla Hafiya."

Tegur seseorang wanita dengan nada yang tegas. Khayla bagai tahu empunya suara yang memanggilnya itu. Laju sahaja jantungnya berdegup umpama setiap kali dikejar polis atau terserempak dengan abang JPJ yang menjaga jalan raya. Bukan dirinya sahaja, mana-mana murid pun pasti akan merasa perkara yang sama setiap kali ditegur oleh empunya suara tersebut. Bila terserempak dengan nya, dari jauh pelajar di sekolah ini lintang pukang larinya.

"Ya cikgu? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Khayla tersenyum kelat.

"Lepas awak bertugas ni, saya nak jumpa awak dan beberapa senarai nama ini. Tentang jawatan awak sebagai pengawas, lepas bincang saya akan pertimbangkan sama ada nak kekalkan atau buang awak."

Kata-kata Cikgu Laila itu semakin membuat jantung Khayla berdegup kencang sehingga rasa yang nyawanya kini berada di hujung tanduk. Fikirannya serabut diiringi tanda tanya.

'Aku buat salah apa ni? Tiba-tiba je nak lucutkan jawatan aku.' Bisik hati Khayla kebingungan.

Dengan wajah yang mulai memucat, Khayla hanya menganggukkan sahaja apa yang diperkatakan oleh Cikgu Laila dan cuba untuk fokus terhadap tugasan nya pada masa itu.

Seperti yang dijanjikan, usai loceng yang menandakan waktu rehat sudah tamat berbunyi, Khayla pun dengan beribu tanda tanya menjejakkan kaki ke bilik guru disiplin bersama pelajar lain yang terlibat.

Terdapat lima termasuk Khayla di dalam bilik disiplin tersebut. Suasana di bilik itu kelam, sepi. Bagai menunggu hukuman gantung sampai mati. Tidak satu yang berani bersuara termasuk Khayla. Beberapa minit kemudian..

"Awak tahu kenapa saya panggil muka-muka ni?" Soal Cikgu Laila dengan riak wajah yang menakutkan.

Khayla hanya menggeleng-gelengkan kepalanya kerana dia betul-betul tidak tahu dan ini kali pertama namanya dipetik masuk ke dalam bilik disiplin.

"Dating?! I'm so disappointed with all of you! Especially you Khayla!"

Khayla terkejut dengan tuduhan melulu yang dikeluarkan daripada mulut Cikgu Laila. Pelajar lain tampak cuak namun Khayla hanya mampu berdiam dan menyoal diri beberapa kali adakah telinga nya yang tersalah dengar atau Cikgu Laila yang salah faham akan dirinya.

"Apa tujuan kamu orang datang kat sini? Cari boyfriend ke nak belajar? Khayla kalau betul apa yang awak buat ni. Saya lucut tau jawatan awak Khayla. Tak sangka awak macam ni, malukan nama pengawas. Perangai suka menegur awak tu memakan diri!"

Mendengar tuduhan bertubi-tubi itu, akhirnya Khayla pun bersuara membela diri dan maruahnya yang dipijak-pijak.

"Cikgu, sepanjang rehat tadi. Saya hanya meronda kawasan blok yang saya jaga. Cikgu sendiri yang tengok saya. Macam mana saya boleh terpalit dengan tuduhan macam ni? Haa lelaki dengan mereka tadi, saya yang halau sebab saya tahu pelajar daripada sesi lain dilarang masuk ke dalam blok tanpa sebarang urusan." Jelas Khayla tegas.

"Betul apa yang Khayla bagitahu ni?" Soal Cikgu Laila sambil memandang ke arah pelajar yang lain.

Pelajar-pelajar tersebut hanya mampu mengganguk ketakutan. Mungkin mereka terbayang akan nasib yang menimpa mereka. Salah seorang daripada mereka mula menangis namun tangisan itu tidak dihirau oleh Cikgu Laila.

"Kalau macamtu, awak boleh keluar sekarang. Yang lain ni, tulis nombor telefon ibu bapa atau penjaga kamu. Saya ada benda nak dibincang dengan mereka."

Dalam perjalanan Khayla balik ke kelas, sempat hatinya berbisik membebel dengan sikap Cikgu Laila dan kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

'Eleh, ego. Dah tuduh orang, tak nak mintak maaf. Suka suki je nak halau orang keluar. Malu tau tak, suara tu kalau boleh nak suruh satu pejabat tu dengar. Dating? Tak payah carila Khayla, kau sendiri tahu siapa yang sebar fitnah tu.'

Semasa dalam perjalanan menuju ke tingkat 2 bangunan kelas nya itu, dia mendengar bunyi esakan tangisan seorang perempuan bersama perempuan yang lain. Khayla pun menghentikan langkahnya dan cuba mencuri dengar perbualan dua orang pelajar perempuan tersebut walaupun kurang jelas.

"Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Hidup aku terumbang ambing. Kau rasa patut atau tak aku teruskan keputusan aku ni? Betul ke keputusan aku ni?"

"Sabar ya, kau ikut je kata hati kau. Kita tak dapat paksa kan?"

Khayla pun menunjukkan wajahnya kerana tidak mahu berada terlalu lama di tangga menuju ke kelasnya. Rupa-rupanya empunya suara itu adalah Celina dan Melly. Bekas rakan sekelas Khayla dahulu. Walaupun tangisan itu menimbulkan tanda tanya kepada Khayla namun dia hanya tersenyum dan berlalu pergi oleh kerana kepalanya yang serabut akibat tragedi tadi.

Sesampai di dalam kelas, semua mata memandang tajam wajah Khayla. Lebih-lebih lagi Ustazah Hanisah. Baru sahaja Khayla hendak melabuhkan punggungnya di kerusi, namanya pula dipanggil oleh ustazah.

"Riuh tadi dekat bilik guru, betulka kamu dating Khayla?"

Pertanyaan Ustazah Hanisah itu diiringi keluhan kecil Khayla, namun Khayla tersenyum.

"Tak ustazah, semua tu fitnah. Kalau betul pun saya ada boyfriend di sini. Saya takkan buat benda macamtu. Saya tahu niat asal saya ke sekolah kerana apa."

"Ya ustazah percaya. Kamu pernah bagitahu ustazah, ramai pelajar dekat sini pulaukan kamu sebab sikap kamu yang suka menegur."

"Tak salah kan? Kalau kita menegur walaupun kita tahu diri kita pun tak sempurna?" Soal Khayla dengan nada yang kecil.

Ustazah Hanisah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Teruskan walaupun tak semua suka. Tak payah tunggu sempurna untuk tegur orang. It's okey, tak lama lagi dah nak habis."

Topik tersebut berakhir apabila Khayla tersedar ketiadaan Celina di kelas Pendidikan Islam tersebut. Lantas Khayla pun menyoalkan perkara itu, bertanya mengapa Celina tidak masuk ke dalam kelas Ustazah. Namun jawapan Ustazah Hanisah tidak memuaskan hati.

"Kamu doakan Celina kembali semula dengan kita. Ustazah dah cuba bantu, tapi tak membuahkan hasil. In syaa Allah, satu hari Allah beri dia hidayah."

Terserlah nada hampa disebalik bicara Ustazah Hanisah. Walaupun ianya bagai teka teki, namun Khayla memahami sedikit apa yang cuba diperkatakan oleh Ustazah Hanisah.

Jika Bukan Kerana ItuWhere stories live. Discover now