MDA 2

89 9 4
                                    


"Hoy... Aku nak kau kemas rumah, tu kain tu basuh pinggan tu cuci. Aku nak keluar. Pastikan masa aku balik nanti semua kerja dah siap kalau tak tau la nasib kau nanti" Ujar Datin Maya panjang lebar sambil menunjal kepala Elreen yang berdiri kaku dihadapannya.

Elreen memulakan kerja rumah dengan mengemas bilik tidurnya, Datin Maya dan 5 bilik yang lain.

Mengemas bilik sahaja sudah memakan masa 1 jam 30 minit. Diikuti dengan mengemas ruang tamu dan lain-lain.

Sehari suntuk Elreen membuat segala kerja-kerja rumah yang dulunya dibuat oleh Cik Pah.



ಥ_ಥ



Datin Maya pulang ke rumah pada lewat malam.

"Hoy pompuan". Jerkah Datin Maya kepada Elreen yang sedang tidur diulit mimpi itu.

" Picit kaki aku ni kejap, lenguh ni ha aku shopping tadi" sambil menunjuk-nunjukkan kakinya.

Dengan menahan ngantuknya, Elreen memicit kaki Datin Maya.

Setiap kali Elreen cuba menutup kelopak matanya, setiap kali itu jugalah Datin Maya menunjal kepalanya ada juga menyepaknya.

Elreen hanya mampu menangis dalam diam sahaja.




ಥ_ಥ




Keesokan harinya, Elreen ternampak satu bungkusan beg hitam yang seakan begnya diluar rumah.

Elreen terus menuju ke arah beg itu. Alangkah terkejutnya apabila terdapat banyak barang-barang miliknya.

Datin Maya tersenyum sinis melihat tingkah laku Elreen. Datin Maya menuju ke arah Elreen.

"Ma... Kenapa barang-barang Elreen dekat luar ni maa? " Soal Elreen dengan kerutan didahinya.

"HAAA tunggu apa lagi aku nak kau berambus daripada rumah aku ni" Ujar Datin Maya dengan bangga dan bongkak.

"Ouh lagi satu aku tak jual kau pun...aku saja je nak takutkan kau lagipun kalau aku jual kau ada ke orang nak beli? "

Datin Maya ketawa jahat diikuti dengan senyuman jahat.

"Maa... Sampai hati mama. Janganlah halau Reen, Reen dah takde sapa sapa lagi selain mama. Reen merayu sangat... Reen sanggup buat apa apa je asalkan mama tak buang Reen. "

Teresak-esak teruk Elreen menangis dihadapan Datin Maya sehinggakan melutut di atas kaki orang tua itu.

"AAAA AKU BENCI TENGOK KAU DARI BAPAK KAU HIDUP LAGI AKU MEMANG DAH BENCI KAU... AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU LAGI... BERAMBUS DARI SINI!!!!! "

Datin Maya menghalau Elreen. Disebabkan kedegilan Elreen yang tak mahu keluar dari situ membuatkan Datin Maya menjadi marah lalu mengheret Elreen hingga ke luar pagar rumah.

Elreen meraung bagai orang gila dihadapan rumah namun Datin Maya tetap memekakkan telinganya.

Setelah penat meraung sepuasnya, Elreen sedar yang rayuannya hanyalah sia-sia sahaja.

Elreen melihat rumah besar itu buat kali terakhir sebelum beredar dari situ bertemankan begnya itu.

Elreen pergi menuju ke tanah perkuburan ayahandanya dengan langkah tidak bermaya, terjatuh-jatuh Elreen ketika berjalan.

Dia tidak menghiraukan orang sekeliling yang sedang memerhatikannya.




ಥ_ಥ





Elreen mengusap batu nisan pusara ayahandanya.

"Pa... "

Hiks.... Hiks....

"Kenapa Reen kena lalui semua ni sorang-sorang. Papa, Reen rindu papa... Papa tahu tak mama dah buang Reen.... Reen dah tak ada tempat tinggal"

Tersedu sedan Elreen meluahkan perasaannya kepada Dato Qays Malek....

Tanpa Elreen sedar ada seseorang yang memerhatikan tingkah lakunya sambil tersenyum dengan sangat sinis...

"Wait for me babygirl... "  -  unknown





ಥ_ಥ





Setelah 2 jam berada  di pusara Dato Qays Malek, Elreen beredar dari situ.

Ketika Elreen keluar dari tanah perkuburan, hujan turun dengan sangat lebat.

Hujan itu seakan akan memahami dengan situasinya sekarang.

Elreen masih meneruskan perjalanannya. Elreen berjalan tidak tentu arah.

Mahu menempah bilik di hotel, Elreen tidak mempunyai duit. Hanya pakaian di dalam begnya sahaja berada bersamanya.

Semasa perjalanannya, Elreen tiba tiba pengsan di tepi jalan akibat kepalanya yang terlampau pening oleh sebab hujan lebat.

Dylan turun dari kereta BMW nya.

Dia tersenyum sinis melihat wajah polos itu. Lantas tubuh kecil itu diangkat dengan gaya bride style oleh Dylan.

Ya Dylan Rashad.

Tubuh Elreen dibaringkan di seat bahagian belakang kereta dengan berlapikkan peha Dylan...









Tbc~

MRS DYLAN ARSHADWhere stories live. Discover now