2- PRETTY EYES ( PART 1)

47 3 0
                                    

KARYA-MISSMUFFIN ( Q.L )

..........

"Daiyan, lepaskan aku! Daiyan! Kau dah gila ke?!" jerit Ayra dengan kuat sambil mencuba untuk melepaskan dirinya yang terikat pada kerusi yang diperbuat daripada pokok kayu itu.

"Ye, aku memang gila. Aku gilakan kau, Ayra. Kau tak faham. Kau tak faham perasaan aku bila kau tinggalkan aku macam tu je dan tunang dengan seseorang yang aku sendiri tak kenal." ujar lelaki itu sambil menahan air matanya keluar menderas.

Jejaka itu mula ketawa dengan kuatnya lalu jari-jemarinya bergabung dengan sebelah lagi tangannya mencekik leher gadis yang tidak bersalah itu.

"Errkkk. D-Daiyan, awak buat apa ni? Lepaskan saya, awak. Errkk." gadis itu meronta-ronta mencuba untuk melepaskan kedua-dua belah tangan lelaki itu yang sedang mencekik lehernya itu. Nafasnya mula tidak teratur, bunyi nafasnya juga hampir putus. Air mutiaranya juga mula keluar menderas dari matanya.

Jejaka tersebut melepaskan tangannya daripada gadis itu apabila melihat bola mata gadis itu hampir bertukar putih. Dia terus mengusap-usap pipi gadis itu lalu mengelap tangisan air mata gadis itu.

"Ayra! Ayra! Awak okay tak? Ayra! Saya minta maaf awak, saya janji yang saya tak akan buat macam ni lagi kat awak. Awak janganlah menangis lagi, awak." kata lelaki itu merayu kepada gadis yang masih tidak berhenti lagi menangis. Dia melonggarkan ikatan tali yang terikat pada gadis itu lalu memeluknya dengan erat.

"Awak, awak janganlah menangis lagi, awak. Saya tak suka kalau nampak awak menangis. Tolonglah, tolonglah, jangan menangis lagi. Saya minta maaf atas kelakuan saya tadi, awak. Saya terlampau ikutkan emosi saya, sampai saya nak bunuh awak dengan tangan saya sendiri." bunyi tangisannya semakin kuat dan dia masih merayu kepada gadis yang masih menangis atas situasi yang berlaku tadi.

Tangisan dari gadis tersebut masih belum terhenti dan lelaki tersebut juga masih merayu-rayu kepada gadis itu atas kelakuannya yang menggila tadi.

Gadis yang bernama Ayra Raihana itu mula terlelap selepas menangis sekuat hatinya. Daiyan Matteo yang tadi tidak habis-habis merayu-rayu kepada Ayra perasan yang gadis itu sudah pun terlelap dengan posisi yang kurang menyelesakan. Dengan itu, dia mendukung gadis itu lalu meletakkannya ke atas katil miliknya yang berwarna hitam itu.

..........

POV DAIYAN

Selepas aku meletakkan kekasih buah hati ku di atas katil bersaiz king milik ku itu lalu ku mengeluar dan menutupi pintu bilik ku itu dengan perasaan serba salah. Aku menyerabutkan rambutku kusut yang berwarna kehitam-hitaman itu. Ku menarik nafas yang agak dalam lalu mehembus nafasku kembali. Aku memejam kedua belah kelopak mata aku buat seketika dan kaki ku melangkah ke tangga rumah ku untuk ke garaj.

Tibanya di garaj. Aku mengambil kunci kereta ku dan membuka pintu kereta ku yang berwarna hitam lalu memasuk ke dalam perut kereta ku dan memulakan enjin kereta ku. Aku membawa pergi diriku dengan keretaku yang mewah itu ke restaurant berdekatan untuk membeli makanan untuk kekasih buah hati ku di rumah ku itu.

Perjalanan ku dari rumah ke restaurant berdekatan sekitar 5.6 kilometer. Tibanya di restaurant tersebut, aku membeli makanan kegemaran kekasih buah hati ku itu. Dia sangat menyukai nasi goreng pataya, aku masih ingat akan makanan kegemarannya walaupun kami berdua sudah tiada apa-apa hubungan sejak setahun ini.

Ya, aku dan dia sudah tiada apa-apa hubungan sejak setahun yang lalu kerana kecuaian aku sendiri. Tetapi, dalam tempoh masa ini jugalah, aku ingin dia bersama dengan ku balik. Dia ialah my everything. Aku mahu memperbetulkan hubungan kami berdua ini. Tetapi dalam saat aku mahu memperbetulkan hubungan kami berdua, aku mendapati yang dia sudah pun bertunang dengan seseorang lelaki yang aku sendiri tidak kenal. Teringat akan lelaki tersebut membuat aku berasa marah. Lelaki tersebut merampas dia daripada aku. Lelaki tersebut ialah punca utamanya.

Sedangkan, lelaki itu bukanlah punca utama antara mereka berdua, sebaliknya, dia sendiri ialah punca utama mereka berdua tidak menjalingkan hubungan ini lagi.

Aku yang tadi puas mengelamun, terdengar suara seseorang yang agak manis didengari seperti memanggilku, kini, kembali ke realiti. "Ughh.. Encik. Encik! Ni bungkusan yang Encik pesan tadi. " kata seorang gadis muda sambil menghulurkan satu bungkus yang berisikan nasi goreng pataya itu kepada aku. Aku menyambut hulurannya dan berlalu pergi.

Aku berjalan ke arah kereta ku lalu membuka dan memasuki ke dalam perut kereta ku. Aku meletakkan bungkusan tersebut di tempat duduk dibersebelahan aku itu. Aku memandu pergi kembali ke rumah ku.

Tibanya di destinasi, aku memasuki rumah ku lalu meletakkan bungkusan yang berisikan nasi goreng pataya itu ke dalam peti sejuk. Kaki ku melangkah ke ruang tamu untuk menonton tv.

Sedang ku sibuk menonton tv, telefon pintarku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku mengambil telefon ku dan melihat dipermukaan screen phone ku terpapar nama 'Mama' lalu jari telunjuk dengan cepat menekan butang hijau di skrin telefon ku bagi mengangkat panggilan dari Mama ku tersebut.

"Assalamualaikum, Daiyan. Daiyan dah jumpa ke, Ayra? Dia dah hilang selama tiga hari ni. Risau Mama dibuatnya. Daiyan ada apa-apa maklumat tak tentang kehilangan Ayra dalam tempoh masa tiga hari ni? Mama dan Ibu Ayra dah mula risau sangat ni."

"Belum lagi lah Mama. Dia pun tak angkat telefon Daiyan, Mama. Tapi takpe, Daiyan akan usaha untuk cari Ayra sampai dapat. Okay, Mama ye." ujar Daiyan tanpa perasaan serba salah selepas menculik bekas teman wanita dia.

"Kamu jangan macam-macam ye, Daiyan. Kalau Mama dapat tahu ni semua angkara Daiyan, siap Daiyan nanti Mama kerjakan. Apapun nanti call Mama, kalau dah dapat apa-apa information pasal Ayra."

"Ye, okay, Mama. Nanti Daiyan call Mama ye. Okay, bye Mama." balas Daiyan sambil lewa lalu meletakkan phone nya dan mematikan ia.

Lenguhan kecil dilepaskan dari Daiyan. Kakinya melangkah masuk ke bilik nya dan berhenti di depan katilnya itu. Dia berdiri buat seketika memandang gadis yang tertidur lena dibuai mimpi yang indah di atas katilnya.

"Haih.. Nampak gayanya, aku kena lepaskan kau awal lah ni. Kenapa lah kita tak boleh kekal bersama macam dulu ye, Ayra. Asal kau buat keputusan untuk tunang dengan dia and bukan dengan aku? Esok aku akan hantar kau balik rumah ye, Ayra. Dah tiga hari kau kat sini, kau perlu balik dengan segera. Sejahat-jahat aku, aku taknak tangkap basah dengan kau and kahwin dengan kau guna cara ni. Aku masih ada rasa respect terhadap kau." omelnya seorang diri dan langkahnya beralih ke bilik sebelah untuk tidur di situ buat sementara waktu.

..........

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ OG |  KHAYALAN ]Where stories live. Discover now