Catitan dakwat ceria,
diakhirnya berdakwat duka -- gembira.Saat ini,
perlu menutup kembali kisah,
yang baharu saja dibuka.
Walau ringkas cerita,
memori kusayang bahagia.Simpan kembali.
Tiada paksaan,
kerana dari awal pilihan,
di akhirnya juga pilihan.Emosi;
masih belum mahu berdamai,
perlu kembali menjadi pemujuk hati.
Namun, tiada benci.
Tetap mahu menghargai
tiap momen yang pernah.Walau cuma menyinggah,
Kenangan itu tetap kupeluk,
kerana menjadi pemula suatu
rasa yang pernah hampir kulupa.Jalan takdir,
tiada terbatas kuasa-Nya.23 Januari 2023;
1:45 Pagi.
#kembali
YOU ARE READING
Puisi: Hitam dan Putih
PoetryPuisi yang tak berapa nak puisi. Ditulis berkisarkan hitam dan putih kehidupan. #ceritasanghati