parental favoritism = when one or both parents display consistent favoritism toward one child over another. It can include more time spent together, less discipline, and more privileges.
-"bah, aya ngan ajiq nak ikut abah ngan umi bole", kata aya,11 tahun. Umi cuma pandang aya dari jauh. Pada awalnya abah cuma ajak umi sahaja, tapi anaknya yang lain dapat tahu. Hasilnya aya dan ajiq nak ikut. Umi takut nak tanyakan, jadi dia suruh anak kecilnya tu tanyakan sendiri.
"Ish, rumah pun bersepah, ada hati nak ikut. Lagi satu kan abah cakap mandi pagi2, rambut cam sarang burung lagi. " kata abah sambil bersiap. Abah mahu pergi kerja tapi saja ajak umi ikut teman. Aya dan ajiq cuma mampu terdiam. Suasana jadi dingin seketika. Aya berbalas pandang dengan kakak sulungnya, iffa yang cuma tersenyum penuh makna. Senyuman itu lebih ke arah meyakinkan dan menyemangati berbanding mengejek.
Habis bersiap umi dan abah pun menuju ke keeta yang dah siap terparkir di luar rumah. Iffa mula bersuara,
"Hahahah takpelah aya ajiq duk umah je, kami kan kat rumah-", tiba-tiba bunyi gril rumah dibuka semula.
"Ajiq, abah panggil. Abah kasi ajiq ikut. Jom cepat.", panggil umi.
"A-aya umi? Abah kasi?" Aya mempamerkan senyumnya sebelum berura mencari tudung untuk disarung.
"Aya.. abah panggil ajiq je, sorry aya. Ajiq cepat nnti kene tinggal", lantas Ajiq pun keluar.
Aya tertegun, Iffa pun sama. Senyumnya luntur. Matanya berair. Iffa tak tinggal diam. tak, dia tak dekati Aya. Dia cuma bangun sambil tundukkan mukanya. "A-Aya jangan nangis. Aya, jangan nangis. Ni bukan kali pertama Aya, you should know better. Aya tak patut nangis kan." kenapa aya berkeras nak ikut kalau dah tahu hasilnya camni jugak. Kalau nak kata iffa keras hati, bukan. Iffa tahu dia tak mampu tahan nangisnya juga. Iffa sayang semua adiknya. Tapi aya. Iffa tak tahu. Abahnya memang sentiasa akan lebihkan yang muda, ajiq. Aya juga pernah ada masanya dulu. Iffa kenal perasaan tu. Tapi entah kenapa, aya tak pernah serik.
Sebutir air mata aya perlahan gugur. Memang dia kene marah tadi tapi dia dah tahan. Tapi kenapa selalu macam ni. Iffa tak betah lagi duduk di situ. Dia tahu sebentar lagi aya akan mengamuk. Iffa kene beri ruang. Lalu Iffa pelan naik ke atas dan mencatat sesuatu lagi dalam buku hariannya. 'Jadi lagi, maafkan kakak Aya.'

YOU ARE READING
Oneshot plot / Draf idea.
RandomAku memang banyak idea cerita ngan draf tapi mostly setakat sikit2 je. Selalu lah gak kasi kawan baca, diorang cakap best. So aku buat buku ni dulu so takdelah draf aku tu lesap ke mana en. Nanti aku ade ruang masa dan interest yang more utk menulis...