lapan

36 10 0
                                    

februari 2005

"haseul! jom pergi main buaian dekat sana! siapa lambat, dia kena jentik dahi!"

jeonghan menuding kearah buaian yang ada pada tengah-tengah hospital. haseul pun mengangguk laju.

"okay, saya kira eh?"

"satu.."
"duaㅡ"
"TIGA!"

jeritan dari seorang budak laki buatkan haseul berhenti mengira. dia dan jeonghan memandang kearah gerangan tersebut.

tanpa amaran, budak lelaki tersebut terus membaling batu kearah kepala jeonghan.

saiz batu itu sama dengan tapak tangan seorang budak. tak kecil mahupun besar.

pak

batu itu tepat terkena pada dahi jeonghan. haseul panik melihat jeonghan yang sudah jatuh terduduk disebabkan terkejut.. dan sakit.

"HAHAHAHHAHAHA PADAN MUKA KAU! SERONOK AKU DAPAT TENGOK KAU SAKIT! DAH LA OTAK SENGET"

suara tawa budak lelaki itu bergema kuat sehingga menarik perhatian jururawat disitu.

haseul terkelu. dia memegang bahu jeonghan supaya dia duduk dilantai dan bukannya berbaring.

darah yang mengalir didahi jeonghan buatkan haseul naik berang. namun cepat-cepat dia menyorokkan wajah geramnya.

gadis itu dengan cepat mengeluarkan tisu di poket.

"letak tisu ni dekat dahi awak. jangan bagi darah ni jatuh dekat muka. okay?"

tanpa sebarang suara, jeonghan mengangguk. haseul tersenyum puas hati. dia membantu jeonghan dengan menyelakkkan rambut depannya.

setelah itu, dia berdiri semula untuk pergi kearah budak lelaki tadi. wajah manis tadi sudah hilang. kini tinggal wajah berangnya saja.

budak lelaki tadi hanya bercekak pinggang melihat haseul yang semakin dekat dengannya.

"kau nak apa? nak kena baling batu jugak ke ha?"

haseul membiarkan badannya membuat kerja. mulutnya rasa dikunci. dia tak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

apa yang dia tahu ialah dia perlu pertahankan jeonghan.

melihat kelakuan pelik haseul buatkan budak lelaki tadi berubah muka.

"k-kau nak buat apa ha?"

mata budak lelaki itu tertancap pada pisau kecil yang ada di tangan haseul.

dari riak wajah haseul sudah menampakkan bahawa dia sudah..

emotionless

"budak macam kau ni patut mati jelah"

ucap haseul perlahan. namun ia dapat didengari oleh si pembuli. haseul memberhentikan langkahnya.

belum sempat dia menghayunkan pisau, dirinya di tahan oleh seseorang.

"pergi lari, sekarang!"

kata budak lelaki itu kepada si pembuli. dengan langkah yang lemah, si dia berlari dengan kadar segera.

jisoo memusingkan dirinya sebaik saja kelibat budak lelaki itu sudah tidak kelihatan.

bahu haseul dipegang. dengan cepat, tangannya mengambil pisau lipat itu.

"haseul, sedarlah. ni bukan diri kau"

badan kecil itu digoncang perlahan.

mata haseul terkebil-kebil melihat jisoo yang berada dihadapannya. entah kenapa, dia berasa seperti dia baru sahaja dipukau.

"jisoo.."

air mata haseul bergelinang. tanpa menunggu permintaan haseul, jisoo terus memeluknya.

"takpe seul, aku dah ada dekat sini. jangan risau. semua benda akan okay"

good to meWhere stories live. Discover now