Hari yang aku tunggu-tunggu telah pun tiba , iaitu hari minggu ! Seperti biasa , aku akan mengemas barang-barangku seperti buku kerja bio yang baru diagihkan oleh cikgu Mustafa , alat tulis dan barangan keperluan aku bersama rakan sebilikku Yazeed . Yazeed memanggilku dengan nada yang kuat, "Ilhan ! Ni buku fizik kau , aku pinjam semalam nak study , sorry tau aku lupa nak pulang" . "Haihhhh , aku ingatkan apalah tadi , aku tak kisah , buku aku buku kau juga , ambil jela " balasku sambil tertawa kecil . Setelah selesai mengemas barang-barangku , kami terus menggalas beg masing-masing dan terus berjalan ke arah pondok di depan aspura sambil menunggu parents kami . Sementara itu , kami terus berbual bagi mengisi kekosongan waktu menunggu .
'Zeed , kau rasa dalam banyak-banyak subjek yang kita pilih ni , subjek apa yang kau rasa paling berat untuk kau' , tanyaku . 'Aku rasa Biologi kot , sebab kau pun tahukan? aku ni tak suka menghafal' jawab yazeed. 'alah , kau ni menipu je , exam semua A jugak ' marahku. Perbualan kami terhenti di situ apabila aku mendapati sebuah Ranger Rover hitam milik abahku tiba di perkarangan asramaku . 'Noah , cepat naik ! kita dah lambat ni nak balik Johor ni , baju semua abah dah bawakkan ni , kita balik rumah sekejap' lantas abahku dengan nada yang tegas . 'Zeed , aku gerak dulu , nanti kita sembang lagi ' kataku sambil menaiki SUV abahku . 'Baik!' jelas Yazeed . Sebaik sahaja tiba di rumah , aku mendapati ummi dan Deena telah bersiap dan menunggu di luar rumah dengan bagasi masing-masing . Kami terus bergerak ke Johor dengan menaiki mpv Lexus ummiku yang dipandu oleh pemandu peribadinya . Tidak lama selepas itu , abah membuka cerita tentang pemindahan HQ syarikat milik keluargaku ke negeri Johor . 'Adakah aku akan pindah ke sekolah lain?' soalku dalam hati. 'Jadi , abah dan ummi kamu dah membuat keputusan untuk pulang ke kampung semula , atas sebab pemindahan HQ syarikat kita ke negeri Johor , ni kita akan ke Johor untuk membuat tinjauan tempat yang sesuai untuk dijadikan stor dan HQ syarikat kita , HQ di Pahang ni akan menjadi francais bagi syarikat kita , abang sedara kamu Rayyan akan menguruskannya , jangan risau .' jelas abahku . ' Noah dengan Adik , ummi nak bagitahu , jangan marah tau... kamu berdua akan berpindah ke Johor , rumah semua abah dah uruskan , seperti biasa bodyguard dan penjaga pasti ada dengan kamu ' jelas ummi dengan rasa serba salah . ' Hah? kena pindah? adik taknak pindahh ummii , adik nak sekolah dekat sekolah lamaa' , Deena mengadu kepada ummi . 'Noah , okay ke?' , tanya ummi . 'Hmm , berat juga sebenarnya ummi , tapi along ikut je pendapat ummi ' , jelasku . 'Kalau macamtu , ummi akan uruskan berkaitan pemindahan sekolah tu secepat yang boleh dan adik fikirlah dulu , nanti adik boleh kenal ramai lagi kawan tau!' pujuk ummi . 'Okay ummi , adik cuba' Deena menjawab dengan perlahan. Dalam perjalanan tersebut , aku meng'khatam' rakaman class kimia aku dengan sir Ameerul , cikgu tuisyen peribadi aku dan aku tertidur . Apabila tibanya di Johor , aku sedar bahawa tempat yang abah yang ingin tuju itu yang bersemak samun tersebut sangat tidak asing bagiku . 'Abah , ni bukan bangunan lama syarikat milik atuk ke ?' tanyaku . Lalu , abah tanpa menjawab soalanku dan berlalu keluar dari mpv dan terus bergerak ke arah bangunan tersebut beserta beberapa orang kontraktor dan designer yang dibayar olehnya . Soalanku dijawab oleh ummi , ' Ya , abah kamu tu tiba-tiba rasa nak pindahkan HQ ni pergi ke Johor , ummi ikutkan je ' . ' Ummi , along ni bukan apa , tapi along nak tahu , sekolah mana nanti yang ummi nak daftarkan ?' soalku . 'Ummi ada buat research sikit sekolah kat Johor ni , tapi abah suruh ummi cari yang dekat dengan rumah , rumah yang Noah dengan Deena akan duduk tu dekat satu kampung yang jauh dari orang , yelah , korang berduakan sukakan privasi , tak suka bergaul dengan orang kan? Jadi , ummi rasa ada satu sekolah ni , rate sekolah ni agak tinggi antara sekolah yang terbaik di Johor , ' jelas ummi . 'Apa namanya ummi?', tanyaku dengan penuh persoalan di dalam kepalaku. 'SMK DATO' BERANGIN , sekolah tu ada aliran yang macam Noah pilih tu , aliran sains... , adik pun sekolah situ sekali dengan Noah nanti' jawab um

YOU ARE READING
CEMERLANG!
Sonstigesseorang pelajar yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya berpindah ke sebuah sekolah di johor atas asbab tertentu dan dia menemukan seorang gadis misteri yang buatkan dia tertanya-tanya siapakah dia?