ARFAEL X DARA

10 2 0
                                    

Kakinya melangkah masuk ke dalam syarikat yang gah itu. Dia tersenyum memandang ke arah semua pekerja yang lalu lalang di bahagian lobi tersebut.

Tetapi lain pula pandangan pekerja-pekerja di situ. Mereka memandangnya dengan jengkel.

"Apa hal dengan dia tu? Tersenyum-senyum buang tabiat ke apa" kata seorang pekerja perempuan itu kepada sahabatnya

"Biasa lah tu, dia kan suka senyum. Tapi tu lah masalahnya.."

"Dia bau!" Kata mereka berdua lalu tertawa bersama

Arfael Darvian hanya tersenyum sahaja mendengar kutukan tersebut. Dia memang dah biasa dengar kutukan-kutukan itu. Hampir setiap hari pula tu

Jejaka itu melangkah masuk ke dalam lif khas untuk pekerja di syarikat itu. Tetapi ada tangan yang menghalang pintu lif itu daripada tertutup.

"Arfael! Dari tadi lagi aku panggil kau! Lepastu kau buat derk je?"

Arfael tersengih lalu menggaru belakang kepalanya.

"Maaf lah aku tak dengar tadi" katanya

"Lain kali korek lah telinga tu" kata lelaki yang bersama dengan si gadis itu tadi.

"Betul tu betul. Ni aku nak tanya kau, kau dah buat kerja yang kami suruh tu ke?" gadis yang bernama Risya itu melipat tangannya ke dada manakala lelaki yang bernama Ikmal di sebelahnya itu tadi hanya mengangkat keningnya sahaja.

"Oh aku dah buat dah. Nanti aku bagi kat atas"

"Hm god job Arfael. Kau memang terbaik" kata Risya lalu dia menganjak ke tepi. 'Tak tahan lah dengan bau dia nok'

Sesampai sahaja mereka bertiga di tingkat atas, masing-masing mengambil tempat di meja kerja sendiri.

Arfael mengambil fail di atas mejanya lalu diletakkan di atas meja Risya.

"Nah ambil ni" kata Arfael

"Okay. Dah pergi sana, bau ler" Risya mencebikkan bibirnya sambil menutup hidung

Arfael melangkah pergi tanpa sebarang kata.

'Haih bau sangat ke aku ni?' dia mencium bajunya di bahagian ketiak.

"Pergh! Masam lah" dia mengerutkan mukanya. 'Betul-betul bau ni'



Their Story: Your First LoveWhere stories live. Discover now