🐻03🐻

4 0 0
                                    







Setelah loceng rehat berbunyi, Hazel dan Thea tidak terus ke kantin. Mereka menuju ke perpustakaan untuk membuat revision. Hazel sedang berpuasa, sebab itulah mereka pergi ke perpustakaan. Thea pun katanya sedang berdiet huhuhu~

                   "Pejam celik pejam celik dah nak exam kan. Tinggal minggu ni je. Kenapa lah terasa cepat sangat. Aigooo~" Thea memulakan perbualan. Hazel menganggukkan kepalanya. "Kan~ Lepastu, umi dengan abah aku pulak takda, hmmm~ Hari sabtu ni diorang dah kena pergi. Tinggal lah aku sorang-sorang."

                 "Eh, tapi kan kau duduk dekat rumah kawan abah kau. Maybe dia ada anak yang sebaya dengan kita, perempuan pulak tu. Boleh jadikan dia kawan kau. Takda lah kau rasa sunyi nanti." Balas Thea. "Hmm betul jugak tu. Takda lah kan aku rasa sunyi." Jawab Hazel menyetujui kenyataan Thea.

                 Mereka berdua telah sampai di perpustakaan yang berada di tingkat atas bangunan sekolahnya. "Nak pergi perpustakaan pun penat kan. Aihhhh kenapa lah dia tak buat dekat tingkat bawah je. Tak payah susah-susah aku nak naik tangga macam ni. Kalau ada lift takpa lah jugak." Bebel Thea sambil bersandar di tembok koridor. Hazel menjulingkan matanya ke atas dan berkata, "Dah lah, jom masuk. Kang tak sempat nak buat revision kalau nak tunggu kau duduk dekat luar ni." Selepas itu dia terus masuk dan memerhati keliling untuk mencari meja kosong.

                  Thea tersenyum seperti kerang busuk lalu mengekori Hazel. Tiba-tiba dia melihat seseorang yang dia kenal. "Weh, Hazel. Kau tengok dekat meja hujung tu. Itu bukan Qash ke? Hehehe, mesti ada Eshan kan. Dekat mana ada Qash, di situ ada Eshan. Kan kan kan." Hazel memberi jelingan kepada Thea yang masih tersengih-sengih itu lalu melihat ke arah yang ditunjukkan tadi.

                     Memang betul ada Qash yang sedang duduk dan....membuat revision? Seorang Qash buat ulangkaji? Biar betul? Hazel mengerutkan dahinya. Selama ni tak pernah dia nampak Qash mengulangkaji setiap kali ada exam. Okay, ni perkara baru untuk Hazel.

                     "Alamakkk lah. Kenapa dekat mana-mana mesti ada mamat tu? Tak pernah bagi aku senang sekali je. Apa lah salah aku sampai hari-hari kena menghadap muka dia." Rungut Hazel. "Maybe jodoh kau? Mana-mana kan mesti ada dia. HAHAHAHAHA, eh lupa perpustakaan. Shuttt, Hehehe." Balas Thea. Hazel membuat muka. "Dah lah kau, malas layan. Tu ada meja kosong, jom duduk. Bagus jugak jauh dari mamat tu." Thea meng'ok'kan sahaja lalu berjalan mengekori Hazel.

🌼🌼🌼

                     Setelah hampir 30 minit membuat revision, Qash menutup buku latihannya dan menggeliat untuk meregangkan otot-ototnya. Mana tak lenguh badan dan leher asyik menghadap buku tanpa rehat sekejap. Sedang dia menggeliat, matanya terlihat ada dua perempuan yang dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Hazel and Thea kan.

                   Tiba-tiba dia tersenyum nakal. Dia menepuk bahu Eshan. "Weh, Eshan. Kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang?" Eshan yang baru selesai menyimpan alat tulisnya melihat ke arah yang dipandang oleh Qash. Setelah itu, dia menggelengkan kepalanya. "Kau ni, sudah-sudah lah mengusik anak dara orang. Kang dia jadi bini kau, aku tak nak cakap apa-apa ya."

                    "Eh kau, melebih. Tak nak aku jadikan dia bini. Minta lah dijauhkan." Balas Qash. "Kau jangan, nanti kata-kata tu berbalik pada kau aku tak tahu. Time tu, memang aku gelak puas-puas." Eshan pula membalas. "Aku nak kacau dia, kau nak join tak?" Tanya Qash yang sudah bangun dari tempat duduknya. Eshan menggeleng, "Taknak. Kau pergi je lah. Aku tengok dari sini." Qash mengangguk dan pergi ke tempat Hazel dan Thea.

                     Setibanya di meja dua perempuan cantik itu, Qash terus mengambil tempat di sebelah Hazel. Hazel yang ketika itu sedang fokus, terkejut dengan kedatangan manusia yang tidak diundang. "Hai budak pendek. Belajar ke tu~" Tegur Qash sambil mencuit-cuit bahu Hazel.

                     Hazel mengetuk jari Qash dengan kuat dengan menggunakan pen dan mencontengnya sedikit. Hehh, padan muka. "Jangan kacau and berambus dari sini. Jangan nak semakkan pandangan aku dengan makhluk macam kau." Selepas itu dia kembali fokus dengan buku di depannya.

                    "Adoiii, sakit lah perempuan. Elehh acah rajin pulak kau." Qash mengusap tangannya yang diketuk tadi. "Dah nak habis rehat ni, kemas-kemas je lah." Hazel mendengus kasar. "Please lah, kali ni je aku mintak tolong. Jangan kacau aku. Penat nak gaduh je dengan kau hari-hari. Dah lah Thea, jom kemas-kemas lepastu blah. Sakit mata tengok ada parasit dekat sini." Dia cepat-cepat mengemas buku dan alat tulis yang dibawa lalu keluar dari perpustakaan itu. Thea pun mengikuti Hazel.

                    Qash speechless dekat situ. Pelik. Selalunya minah tu balas balik apa yang dia buat. Kali ni blah macam tu je. Eshan pergi ke tempat Qash yang masih speechless itu. "Kau dah kenapa? Speechless tengok kacang hazel tak membalas? Hahahahaha, maybe takda mood kot. Husnuzon je lah." "Eh, jom lah balik kelas. Lepas ni masa miss killer. Aku malas nak dengar dia bebel." Ajak Qash setelah sesi speechless selesai. Eshan mengangguk sahaja.

✨✨✨

                   Setelah beberapa hari berlalu, hari ini Hazel harus menerima kenyataan yang dia akan tinggal di rumah kawan bapanya. Datin Amira menjenguk Hazel di dalam biliknya. Dia sedang mengemas pakaian yang bersepah di lantai dan Datin Amira mendapati ada sebuah luggage yang agak besar terletak elok di tepi katilnya. "Adik dah siap kemas-kemas baju yang nak dibawa?" Tanya Datin Amira.

                    Hazel yang berasa ditegur terus memandang uminya. "Eh, umi. Bila masuk? Sorry tak sedar umi masuk. Ni dah siap kemas dah. Cuma buku-buku yang nak dibawa je tak kemas lagi." Jawab Hazel. Datin Amira mengangguk. "Takpa lah, ada masa lagi ni. Duduk sini, umi nak cakap something dengan adik." Dia menepuk sofa agar puterinya duduk disebelah.

                       "Umi nak cakap apa dengan adik?" Tanya Hazel setelah duduk di sebelah uminya. "Tahu kan hari Sabtu umi dah gerak pergi KLIA?" Hazel mengangguk. Datin Amira menyambung, "Umi cuma nak pesan, duduk rumah orang buat perangai elok sikit. Umi tahu macam mana anak umi ni. Jaga solat, jangan sesekali tinggal okay. Kalau boleh tolong, tolong lah apa yang patut dekat rumah tu. Next week dah exam kan? Umi doakan agar dipermudahkan segala urusan time adik exam nanti."

                        Hazel memeluk Datin Amira. "Okay umi. Adik ingat pesan umi. Hmm I'll miss you Umi. Even dua minggu je tapi nanti adik mesti rindu gila dengan umi. Dengan abah sekali." Datin Amira tergelak dengar jawapan anaknya. "Okay lah, umi nak keluar dulu. Adik kemas-kemas lah apa yang patut dibawa." "Okay umi."





















To be continued...

Jangan lupa vote or comment✌️

Abaikan kalau ada typo

Selamat membaca..🌹

                     

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Love Story Where stories live. Discover now