Pertemuan - 01

3 0 0
                                    

Adam Harraz + Nurin Haifa

      "Hahh hahhh NURINNNNN!!!! wehh kau nak tau tak ada budak baru masuk sekolah kita weh. Serius aku cakap dia hensem" kata Nadia. Lihat Nurin tiada reaksi terus Nadia berdecit perlahan.

Terasa ada makhluk yang sedang memandang dirinya terus Nurin mengangkat kepalanya memandang Nadia. "Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke?" soal Nurin dengan polos. Nadia yang mendengar soalan yang baru sahaja dilontarkan oleh Nurin itu terus mendengus kasar.

"Hishh kau ni aku cakap dengan kau kan tadi, yang kau sibuk sangat dengan novel kau tu. Aku cakap ada budak baru yang masuk sekolah kita ni. Lelaki tapi serious dia hensem weh" kata Nadia.

"Ouhh itu je yang kau nak cakap. Aku tak berminat la nak dengar. Setakat budak baru tu biar la dia baik aku sambung buat tulis novel" tanpa hiraukan Nadia terus dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Tokk tokk tokk, assalamualaikum minta maaf cikgu mengganggu awak semua tapi cikgu nak bagitahu yang akan ada budak baru masuk kelas awak ya. Itu sahaja terima kasih" kata cikgu itu. Nadia terus menepuk bahu Nurin sekuat hati.

"Weh budak baru tu masuk kelas kita la. Dapat la aku cuci mata hari-hari" kata Nadia dan tiba-tiba....... "Tok tok tok, assalamualaikum nama saya Adam Harraz dan boleh panggil saya Adam ataupun Harraz but better Adam then Harraz" kata budak lelaki itu.

Terus dia berjalan menuju ke meja kosong di belakang Nurin dan Nadia. "Hai Adam saya Nadia kalau awak tak faham boleh je tanya saya" tanpa dipinta terus Nadia perkenalkan diri. Harraz hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Ouh ye saya nak tanya awak single tak hehe" soal Nadia. Harraz yang mendengar soalan itu terus membalas "Aku still single sebab aku tengah tunggu seseorang yang aku suka dan satu lagi just bahasakan diri aku kau je" jawab dia.

Tiba-tiba ada satu suara yang mencelah di antara mereka. "Nad kau nak tau tak cikgu Rahimah tak ada harini so boleh la aku tulis novel aku yeayy" kata Nurin tanpa sedar ada seseorang yang sedang memerhati dirinya. Harraz yang melihat gelagat Nurin terus berbisik di dalam hati dia "Finally i found you"

"Ouh ye Adam ni kawan aku nama dia Nurin Haifa. Dia ni pegang banyak jawatan and active dalam berkuda" kata Nadia. Nurin menahan malu apabila mengeluarkan aksi yang agak kebudak-budakan di depan lelaki.

Skip waktu balik

Macam biasa Nurin dan Nadia berjalan beriringan menuju ke perhentian bas. "Nurin kenapa aku rasa macam kau dengan adam ni macam sesuai eh? Harraz dan Haifa perghh gila la macam jodoh la" kata Nadia.

"PAKKK!! ishh kau ni mengarut la ramai lagi tau orang yang nama lebih kurang je. Kau ingat apa ha jodoh ni semua ketentuan Allah tau" bidas Nurin. "Yelah aku cakap je tu pun nak marah. Ehh tu mak kau dah sampai jumpa minggu depan tau baii" balas Nadia sambil melambaikan tangannya ke arah Nurin.

"Assalamualaikum kakak. Ni mama ada nak cakap sikit esok malam ada tetamu nak datang rumah kita jadi kakak tolong mama masak eh esok" kata Puan Fatimah.

"Waalaikumusalam mama, insyaallah boleh je kakak tolong tapi siapa yang nak datang tu?" soal Nurin. "Esok kamu tau la siapa" balas Puan Fatimah sambil tersenyum. Nurin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

VROOM VROOMM bunyi deruan motor memasuki pagar rumah. "Ha Raz meh sini umi nak cakap sikit" kata Puan Halimah kepada Harraz.

"Assalamualaikum umi, Raz tak masuk rumah lagi umi terus sergah Raz. Ada apa yang tak sabar sangat nak cakap tu" Kata Harraz yang menuju ke sofa di ruang tamu. "Waalaikumusalam ni umi nk habaq, esok malam umi nak Raz ikut umi dengan abah pergi rumah kawan umi" kata puan Halimah.

Mrs.Haifa[OG] Where stories live. Discover now