Teaser 1

277 17 1
                                    

“Yang kena reject aku, yang bersedih kau. Dah kenapa?” Selamba je Adnin melontar soalan seraya duduk di kerusi buaian yang masih kosong.

Soalan itu membuatkan mata Raihan yang membulat terus memicing.

Excuse me! Seingat aku, aku tak reject kau... lagi.” Perkataan terakhir tu macam ditambah saat akhir. Dengan tak yakin dan jeda beberapa saat.

Adnin tergelak kecil. Tak reject lagi! Maksudnya nak kena reject secara rasmi baru valid ke macam mana?

Pergh! Terasa sadis pula nasib Adnin tiba-tiba.

“Aku terkejutlah. Bagilah aku masa bertenang dulu.” Raihan dah memuncung. Buaian yang dia duduki digerakkan perlahan.

Ek eleh! Bertenang bagai. Yang simpan perasaan kan Adnin, boleh pula Raihan yang minta tempoh bertenang. Tak aci!

“Habis dah seharian mengelak dari aku ni, dah dapat bertenang dah?” tanya Adnin. Berbaur usikan.

Adnin mengerling plastik yang dibawanya dari kedai runcit tadi. Tengok apa yang ada kat dalam sebelum dia capai aiskrim drumstick perisa vanila yang sebenarnya dia belikan untuk adiknya tadi.

Tanpa fikir panjang, dihulur kepada Raihan di buaian sebelah.

“Dua tiga aiskrim vanila, kau couple dengan aku jelah.”

Tujuh saat Raihan tak berkelip memandangnya. Wajah gadis itu antara speechless dan disappointed, Adnin sendiri tak pasti yang mana.

Tapi yang jelasnya, selepas beberapa detik berlalu, gadis di sebelahnya itu tertawa kecil. Gelak seolah baru je tengok sesuatu yang paling tak masuk akal di depannya.

Seriously, Nin?” omel Raihan. “Kau ni confess ikhlas ke tak ikhlas?”

•••

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Plus-One (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now