•••••
" don't ".
" benda ni serius, encik. encik sabar kejap, biar saya minta bantuan ". helena merengus kesal. apa kejadahnya tak perlu minta bantuan pulak?
" i said, don't ". tekannya lagi menunjukkan dia benar-benar serius.
helena buntu. apa masalah lelaki ni sebenarnya? orang nak tolong tu kira baik tau tak?
tidak menghiraukan lelaki misteri itu, dia sekali lagi mendail nombor kecemasan. baru sahaja sekali deringan pertama, lelaki tadi merampas telefonnya lalu mencampaknya jauh. mata mencerlung tajam ke arah gadis itu.
" aku cakap jangan, are you deaf? ".
helena tidak membalas sebaliknya terkejut. memandang kesal telefonnya yang terlihat sudah retak skrinnya. kalau tidak silap, baru sahaja dia tukar tinted dua minggu lepas, kena tukar lain tampaknya.
sebegitu rupa lelaki itu menegaskan. tapi kenapa?
orang lain kalau cedera relakan je kalau dipanggil ambulans, sampai kat mamat ni boleh pulak melawan. ada ke macam tu? tidak pernah seumur hidup dia jumpa lelaki seperti ini.
lamunan helena mati mendengarkan erangan si lelaki. tangan menekan-nekan perut sendiri bagi menghalang darah keluar lebih banyak. sesekali, dia mendesis sakit.
helena gigit bibir, resah. apa nak buat ni?!
teringat akan sesuatu, dia bergegas ke arah dapur. setahunya, cafe ni ada simpan first aid kalau ada sesiapa yang injured dekat dapur sewaktu memasak.
puas mencari di dapur, kaunter pula dituju. setelah menjumpai first aid di hujung penjuru kaunter, dia bergegas semula mendapatkan lelaki tadi.
mujurlah dia pernah mengambil course perubatan dan di situ dia pernah belajar cara-cara untuk merawat dalam keadaan seperti sekarang.
tapi sekarang dia betul-betul cemas. apa yang boleh difikirkan sekarang dia harus hentikan pendarahan. gunting di tangan digenggam kuat sebelum menggunting baju yang dikenakan lelaki itu.
bandage dicapai seraya tangan laju melilit bandage itu membalut bahagian perut lelaki itu. sedaya upaya helena menutup rasa gugup.
argh, ini memang kerja gila!
•••••
ann rasa nak re-edit cara penulisan semua story yang tah pape bila baca balik, rasa cringe sangat TvT
YOU ARE READING
his love, taehyun.
Fanfiction" i'll sacrifice everything for my princess ". but.. the devil also deserves a happy ending with his angel, right? he does, isn't it? 『 A TXT'S SERIES :: BOOK IV 』 ━━ SLOW UPDATE ━━ txt's taehyun ━━ kkvvit :: 2024 ━━ malay START :: 04022024 END ::