T𝐀𝐀 -1-

7.4K 149 4
                                    

Kaki aku berjalan dengan laju, dengan mata melilau mencari susuk seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki aku berjalan dengan laju, dengan mata melilau mencari susuk seseorang. Aku seperti orang gila cari member sendiri, dah la tinggalkan aku dekat tandas!

Mencari punya cari akhirnya! Aku kenal sangat susuk tubuh yang aku nampak sekarang ni. Mia!. Meluru aku ke si dia.

"Mia! Kenapa kau tinggalkan aku sorang dekat tandas hah?! Aku macam orang gila tau cari kauu!" Marah ku pada Mia. Mia ni kawan baik aku sejak universiti lagi, dia ni je la yang berani tegur aku dulu dekat u. Sebab dulu ramai kata aku ni sombong.

Sedang kan muka aku memang nampak macam menjeling tapi tak pun.

"Kau ni janganlah jerit, tak malu ke orang tengok?" Mia menegur aku untuk perlahankan suara aku di public.

Aku melihat sekeliling, memang semua orang tengah pandang aku sekarang ni weh! Suara aku kuat sangat ke? Tak sedar la pulak sebab tengah marah.

" Dah la jom!" Aku menarik tangan mia beredar jauh dari situ. Malu beb. Mahu aku kena viral sebab marah member, nanti masuk Mstar tak sia-sia je kau femes.

"Ala lia, aku tak habis shopping lagi. Perfume dekat kedai Perwest (ni jenama sendiri) tu murah la! Ada diskaun hari ni" Ujar Mia seakan tidak puas hati. Dia baru je nak usha perfume.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

"Mia ku sayang, baby bucuk acam saya ni! Kita beli la dekat tempat lain? Banyak lagi murah! Aku tak nak kena viral dekat situ" pujuk ku.

Mia menjeling aku sekilas.

"Siapa suruh marah aku? Padan muka kalau aku ni kejam dah lama aku suruh orang dekat situ viralkan kau ni" Kata Mia pula.

"Kau tak sayang aku ke? Nanti siapa nak masakkan ikan patin tempoyak dekat kau lagi? Ha siapa?" Ujar ku.

"Mulalah tu kaitkan ikan patin tempoyak aku! Ishh!" Marah mia.

"Hehe dah jom aku nak pergi sana" ajak ku.

Mia hanya mampu ikut kata aku.

Kaki melangkah masuk ke dalam pejabatnya, semua yang berada di dalam office itu bangun dan tunduk hormat kepada ' Tuan Hans Arean' yang memegang jawatan sebagai CEO dalam syarikat 'HAN'S MEGAH HOLDING' dan dia juga adalah ketua bagi kumpulan gelap...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki melangkah masuk ke dalam pejabatnya, semua yang berada di dalam office itu bangun dan tunduk hormat kepada ' Tuan Hans Arean' yang memegang jawatan sebagai CEO dalam syarikat 'HAN'S MEGAH HOLDING' dan dia juga adalah ketua bagi kumpulan gelap dikenali sebagai 'DENNIF'.

Tetapi tidak ramai yang tahu kerja keduanya itu.

Butang lif di tekan untuk ke tingkat 12. Sambil menunggu lif sampai dia memeriksa pakaiannya, dia betulkan sedikit yang tidak kemas.

Ting!

Kaki melangkah keluar dari lif itu. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Tok! Tok!

'Aku baru sahaja masuk dalam bilik ni dah ada orang ketuk!' getus hati Arean.

"Masuk"

"Tuan ada meeting pukul 2 dengan Dato' Hisyam untuk perbincangan produk baharu yang akan dikeluarkan" jelas Alisha yang selaku sebagai P.A kepada Tuan 'Hans Arean Danial'.

"Em, thanks. Boleh keluar"

Alisha menundukkan hormat lalu keluar dari bilik itu.

Tok! Tok! Tok!

Siapa lagi ni? Aku nak buat kerja pun tak senang duduk!

"What else do you want Alisha?" Ujar Arean dengan nada sedikit tinggi.

"Ini bukan Alisha ini Akarzha!" Sahut Akarzha dari luar.

"Masuk" dengan nada malas Arean' membalas.

Dengan riang Akarzha masuk.

"Apa kau nak? aku banyak lagi kerja nak kena buat"

"Saje, bosan la duduk dekat office aku tu" alasannya. Kawan-kawan Arean kebanyakkan masing-masing mempunyai syarikat sendiri itulah menyebabkan mereka jarang bertemu kerana banyak benda perlu diuruskan. Kalau bukan kerana urusan pejabat semestinya urusan keluarga.

Tapi tidak bagi Akarzha, dia juga seorang CEO dan juga ahli kumpulan gelap 'DENNIF' kalau nak tahu Akarzha ini paling lama yang bertahan dengan Arean dan kini sudah menjadi sahabat kepada Arean.

Akarzha juga mempunyai pakar dalam membunuh seperti arean. Teknik itu semua dia belajar dari Arean.

Tapi dia tidaklah membunuh orang tidak bersalah (P E N I P U) , dia akan bunuh seseorang itu jika dia mempunyai masalah dengan Arean atau mempunyai masalah dengan dia sendiri.

Memang mati dekat tangan dia lah jawapannya.

Tok! Tok!

Ini sudah kali yang ketiga ketukan pintu.

Siapa lagi ni?! Ya Allah.

Dengan tanpa izin Arean, Akarzha secara spontan membuka pintu itu. 'Tak apa guys dia sayang aku dia tak bunuh aku' getus hatinya.

Terpampang 3 jejaka memasuki ke pejabatnya. Faiz, Haidar, dan juga issac dikenali sebagai orang kuat Arean dan juga sahabat kepada Arean.

"Ramai-ramai baru syok!! Ni dari mana ni? Bawak makanan tak? Aku lapar tak makan breakfast lagi" tanya Akarzha. Memang jenis gebulur dia ni.

"Ada, aku tahu kau ni jenis gebulur" jawap faiz.

Arean mengabaikan mereka. melanjutkan pekerjaan nya yang tertunggak sejak tadi.

√√

⚠️ Disebabkan permintaan seseorang dan sesetengah orang, saya publish semula Arean Bersama Anak-anak buahnya tapi versi new version. saya tukar nama afieyra kepada Adelia, sebab saya rasa nama tu menarik pula. Dan selebihnya saya menambah seorang lagi penduduk baru dalam cerita ni Hahaha. Jalan cerita akan ditukar ya. I hope you guys enjoy
🤍⚠️

Mrs Arean Axier  Where stories live. Discover now