"Naura, Naira!" Aku Dan kakak kembarku menoleh ke arah punca suara. Terlihat seorang budak lelaki berlari anak ke arah kami. "Saya nak bagi awak berdua ni. Terimalah hadiah saya" Belum sempat aku atau Naira bertanya, budak lelaki TU dah lesap macam pelesit. Hesy.. ini orang ke berapa bagi kitorang hadiah pon tak tahu la.
Nama aku Naura Qalisha Binti Muhammad imran @ James Thompson manakala kakak kembarku pula bernama Naira Qaisara Binti Muhammad imran @ James Thompson. Menurut mummy, papa sudah memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan mummy. Nurul syaza Yasmin nama yang diukir di hati papa Dari dulu sehingga kini. Beliau merupakan wanita yang berkarisma tinggi Dan juga merupakan idola bagi Naira. Aku ini tak Minat dengan produk kecantikan maka aku hanya meneruskan bakat ku dengan menulis novel.
"Ceh untunglah korang dapat hadiah, bukan macam aku! Sorang pon tak sudi nak bagi" ujar Alexi Avia sambil menjuling mata ke atas. Naira hanya mampu bergeleng kepala sebelum memandang gadis kecil itu. "Untung kau Kate? Untung sangat la sampai orang tu sanggup terjun banggunan kalau kau tak terima hadiah dia!"
"Hesy...kau orang ni dah kenapa! Ni mana si mem besar ni". Memang aku tahu satu satunya kawan aku yang dipanggil mem besar tu hanya sorang. Siapa lagi kalau bukan cik Ainul cinta safiyah ni. Mahukan aje aku buatkan announcement kat kampus ni. Belum sempat aku buat kerja gila...sampai dah tuan punya badan. "Sorry anak anak tadi lecturer aku keluar lambat".
WALAUPUN aku Dan Naira terkenal di kampus ni, tak bermaksud kami ni sombong. Tiba tiba bahuku dirempuh kuat. Kuat tak kuat sampai jatuh gak aku ni. Bila aku panggung kepala, aku ternampak seseorang yang selekeh Dan nerd yang sangat aku kenali. Ralief!
"S-sorry!" Selepas itu ralief melangkah pergi meninggalkan aku yang memang terjatuh terduduk ni. Eh dia patut tolong aku! Maiale! Naira menghulurkan tangannya untuk disambut oleh aku. "Kau okey?" Tanya Naira dengan suara penuh perhatin. Aku hanya mengangguk kepalanya.
"Eleh depan depan boleh la si Naura ni jeling jeling tapi dalam hati berbunga bunga" suara Ainul yang memecahkan kebisuan itu terdengar. Tiba tiba rasa mukaku bahang. Memang betul cakap Ainul aku memang berbunga bunga disebabkan Ralief tu Mr perfect nerdku. Ralief agak friendly dengan semua orang di kampus kecuali aku. Dengan Naira pon aku nampak Ralief berborak cuma aku yang dia elak. "Kau orang ni jahat aku bagitahu Ryder nanti!" Ugutku. Alexi hanya menjuling mata ke atas.
Semuanya terjadi apabila Alexi memperkenalkan aku kepada Abangnya, Ryder. Dan sejak dari hari itu aku Dan Ryder terus rapat dan tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku. Sehari tak menggadu padanya tak sah!
![](https://img.wattpad.com/cover/333926810-288-k757524.jpg)
YOU ARE READING
𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]
ActionBERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NAURA QALISHA "Sebab tu aku kekalkan identiti sebagai Ralief untuk protect Naura" -Alex Ryder Grayson ...