LAGI sakit bila ditembak oleh abang kandung sendiri. Terkejut? Yes aku sebenarnya adalah Larissa Elaire yang ryder cari Selama ini.
Tak ramai yang tahu identity sebenar aku. Tapi mamat Hakimi ataupun nama sebenarnya nazri berjaya dapat tahu identity sebenar aku. Aku tak boleh biarkan Ryder Tau!
Aku Masih teringat kata kata mamat tu. 'Jangan ingat aku tak tahu'. Aku tak boleh biarkan dia! Aku akan bunuh dia sebelum dia bagitahu Ryder.
"Aura? Kau kenapa ni? Aku Tanya kau tak jawab pun" suara Ryder membuyarkan pikiran aku. Aku kembali menatap Ryder dengan wajah polos Naura
"Sorry. Aku okay je kau Tanya apa tadi?" Ryder hanya tersenyum. "Aku Tanya sakit tak kena tembak tadi? Aku minta maaf sebab tak lindungi kau betul betul" aku tersenyum.
"Aku okay. Takpe aku nak balik ni. Bye" aku nampak Ryder macam nak cakap sesuatu tapi terlambat kerana aku sudah berlari ke manison De'luca.
AKU terajang pintu bilik Zachary lalu mencengkam pergelangan tangannya membuatkan dia bangun Dari perbaringan.
"Kenapa kau tembak adik kau sendiri huh!?" Aku jerit Memang aku geram. Zachary ketawa lalu melepaskan diri daripada cengkaman maut aku.
"Nazri tahu identity kau. Kau nak dia bagitahu Ryder? Aku takde pilihan Lain selain tembak kau supaya dia tak curiga. Kau pikir aku tak sayang adik aku?" aku terkejut apabila terdengar pengakuan Zachary. Aku terduduk lemas di atas katil Zachary. Zachary duduk sebelah aku.
"Don't worry Larissa. If Ryder tries to kill you..I will be the first one to kill him with my own hands. And I will make sure his death is the cruelest I have ever done" Zachary mengusap kepalaku lembut.
"Abang. Aku fikir kita tak payah la nak balas dendam kematian akak. Aku tak rasa akak akan tenang disana kalau tahu kita berdendam dengan keluarga Grayson" tangan Zachary yang mengusap kepalaku tadi berhenti lalu dia tersenyum dingin.
"Mind to repeat it again, Larissa?" Aku hanya menatap Zachary dengan ketakutan. Zachary berdiri lalu berjalan menuju ke tingkap. Dia menatap pandangan luar tingkap.
"Aku suruh kau buat buat macam kau kejar cinta dia bukan betul betul! Kau ingat tak kenapa identity naura wujud!? Kau tak ingat?" Zachary mula menendang kotak yang berada didekat aku. Aku tersentak.
"Naura wujud sebab kita nak tahu kelemahan keluarga Grayson Dari dalam" aku jawab dengan suara kecil. Serious aku takut sangat kalau Zachary marah.
"Kau tahu pun. Habis kenapa nak suruh kita berhenti buat ni? Kita buat ni demi kakak!" Takut takut pun aku beranikan diri.
"But he didn't kill our whole family! Kita Masih ada papa, mummy, Marissa, and abang Enzo!" Pipiku di tampar sampai aku terjatuh ke lantai. Penangan yang sangat kuat aku pernah rasakan.
"Kau...jangan nak kurang ajar dengan aku. Kau bernasib baik sebab kau adik aku. Kalau bukan adik aku dah lama aku bunuh kau!" Aku menyentuh pipiku yang terasa panas akibat ditampar. Zachary berjalan keluar bilik.
"Kalau kau tak boleh buat, jangan halang aku untuk bunuh Ryder Dan avia"
HARI menjelang malam aku pun menuruni anak tangga satu per satu. Aku ternampak semua orang berada di meja makan kecuali Marissa yang sudah pulang ke Malaysia. Aku mengambil tempat duduk disebelah abang Enzo.
"Larissa..okay ke?" Suara shailey terdengar. Pada mulanya aku pun terkejut apabila dapat tahu bahawa dialah ibu kandung aku. Tapi dia tak pernah ambil tahu tentang aku mahupun adik beradikku. Aku dibesarkan hanya untuk dijadikan manusia yang terkutuk yang melaksanakan kerja Kotor diorang.
"Okay kenapa?" Shailey tersenyum Manis. "mummy nak Larissa balik Malaysia and temukan jawapan untuk membunuh keluarga Grayson. The whole family" aku hanya memandang makanan yang berada dihadapan aku.
"Kalau larissa tak nak, mummy nak buat apa?" Aku bertanya sambil menatap tajam pada Shailey . Shailey tersenyum Manis lalu memberi isyarat pada Zachary. Zachary bangun Dari tempat duduk lalu rambut aku direntap dengan kuat sampai aku terjerit kesakitan.
"Kalau kau tak nak mati kat tangan abang kau sendiri, baik kau dengar cakap aku! Kau tu Larissa! Anak aku Dan Orion! Mahu sejauh mana pun kau deny kau akan tetap ada darah De'luca yang mengalir didalam tubuh kau!" Aku berusaha melepaskan diri tapi tak berjaya. Aku hanya boleh menangis disitu. Aku ternampak Enzo mengengam penumbuknya tapi tak buat apa apa.
"Mummy orang yang paling kejam! Jadikan anak sebagai senjata. Perempuan macam kau tak layak jadi mak aku!" Entah bila papa berada didekatku tetapi aku dapat rasakan bahawa pipi aku dilempang oleh papa. Dihujung bibirku terdapat sedikit darah yang mengalir.
"Larissa Elaire! Kau tak patut kurang ajar dengan mummy kau ataupun menghina keluarga De'luca! Aku nak kau cari jalan macam mana nak bunuh keluarga Grayson! Bunuh diorang semua Larissa!" Aku hanya terduduk di lantai sambil memegang pipi aku yang sudah lembab.
"Ataupun kau nak aku turun tangan? Aku akan bunuh semua keluarga Grayson dan orang yang Cuba lindungi mereka sekali" aku memandang papa yang sudah menacukan pistol ke arah kepalaku. Aku hanya melelapkan mata yang sudah basah akibat menangis. Enzo kemudian bangun Dari tempat duduk.
"Papa enough! I will make sure that Larissa kill the whole Grayson family!" Zachary anggukkan kepalanya setuju lalu menghampiri papa.
"Zachary pun akan pastikan Larissa membunuh the whole family of Grayson" papa tersenyum lalu menarik kembali pistolnya.
"Good. Make sure she kill the whole Grayson family and if she failed. Eliminate her!" Papa berjalan meninggalkan aku diikuti oleh shailey. Enzo lalu menarik aku ke dalam pelukannya. "Kenapa Larissa Cuba ingkar arahan Mummy Dan papa? Jangan buat macam tu lagi" Enzo memeluk aku sambil menangis. Aku hanya menangis teresak esak di pelukannya.
Zachary melutut dihadapan aku Dan Enzo. "Abang minta maaf Larissa"
SESUAI dengan perancangan semalam aku, Enzo Dan Zachary berada di airport untuk balik ke Malaysia. Aku menutupi lembab dimukaku dengan mekap. Aku ternampak Naira bersama Avia Dan noa untuk menjemput kami pulang.
Naira ataupun nama sebenarnya Marissa berlari ke dalam pelukanku. Aku hanya memeluk Marisa dengan erat lalu memandang Avia yang tercegat kat depan aku.
"Kau buat apa kat sini, Avia?" Avia tersenyum canggung. "Abang aku pun balik harini, so aku jemput dialah" aku angguk.
Noa hanya tersenyum tipis padaku. "Hm pelik asal Ryder balik harini Dan kau pun balik harini? Jangan jangan kau dah kawin kat sana ek?" Bahu noa ditampar olehku.
"Aku just selesaikan kerja" noa menangguk. Aku ternampak cincin dijari manis kiri noa yang bersinar akibat terkena pacaran matahari. Maksudnya noa dah kawin! Tapi dengan siapa? Sempat aku lirikkan mataku ke arah tangan Avia tapi aku tak menemukan cincin dijarinya. Ataupun...jari manis kanannya!
Avia aku pandang menanggalkan cincin dari jarinya lalu dimasukkan dalam beg silangnya. Sekarang aku makin curiga. Okay...mood Larissa turn on. Mungkin sahaja Avia sudah dijadikan isteri noa.
Tak boleh jadi!

YOU ARE READING
𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]
Hành độngBERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NAURA QALISHA "Sebab tu aku kekalkan identiti sebagai Ralief untuk protect Naura" -Alex Ryder Grayson ...