"Cik Irene dah sampaiiii"
"Hah? Dah sampai? Semua cepat-cepat, berdiri dekat tempat masing-masing" ujar Elena selaku pembantu perbadi wanitu tu.
Keadaan di Megah Holding ketika itu menjadi kelam kabut apabila anak Tan Sri Adrian melangkah masuk ke bangunan mencakar langit. Para pekerja mula mengemaskan meja dan berdiri tegak untuk menyapa wanita itu. Jangan bermain dengan singa itu, sekali angin timur selatannya muncul, habis segala barang dibalingnya.
"Good Morning Cik Irene Adriana" ujar Elena yang menyambut Adrian di pintu utama pejabat di tingkat 22.
Irene Ariana mula melangkah masuk dengan penuh keyakinan. Berkali-kali minda mengingatkannya supaya tampil dengan beryakinan agar dia lebih nampak berkarisma, mahu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja.
Contoh yang baik konon...
Dadanya ditegakkan. Belahan kain menunjukkan kakinya yang putih licin itu. Mungkin orang akan terjogel matanya apabila melihat, namun di mata pekerja, setiap kali wanita itu muncul, kecut perut jadinya.
Lain pula di pandangan Irene. Kalau boleh dibelah lagi belahan kain, lagi dia mahu. Padanya, badannya yang langsung itu perlu ditunjuk. Tuhan memberikan tubuh yang indah kepadanya.
"Elena!!!" Terpekik Irene memanggil gadis genit itu. Dipinta untuk gadis itu menyiapkan teh buatnya.
"Azim. In my room, NOWW!" Panggilan telefon pejabat diletak. Azim yang ketika itu terus berdebar. Siti di cubicle sebelah hanya mampu memberi semangat.
Azim melangkah kakinya. Kini dia berada betul-betul di hadapan pintu Cik Irene. Belum sempat dia mengetuk pintu, Irene sudahpun mengarahkannya supaya masuk ke bilik.
Damn...
Azim berdiri terpacak, beberapa inci daripada meja Irene. Irene mendengus. Kertas lukisan beserta model taman peruhaman dihempasnya ke lantai.
"Kau sebenarnya nak kerja ke tak Azim? Kalau kau tak nak kerja, aku boleh buang kau" dingin bahasa Irene. Kukunya ditilik berkali-kali.
"Maaf cik Irene. Saya tak sempat, minggu lepas.."
"KALAU KAU RASA KAU TAK SEMPAT, AKU BOLEH GAJIKAN ORANG LAIN. KAU NAK AKU BERHENTIKAN KAU KE?" tengking Irene.
Laju Azim menggelengkan kepala. Kertas lukisan itu diambil bersama dengan model perumahan itu.
"Three days, Azim. Aku nak kau buat semula. Contact semula contractor dan engineer yang terlibat. Consult dengan diaorang. This is your last chance" keras bahasa Irene.
Laju Azim mengangguk. Tidak betah dia berlama-lama dengan singa itu.
Haih... Irene mengeluh panjang. Teh yang disediakan oleh Elena dihirup perlahan.
Elena masuk ke dalam biliknya untuk memaklumkan beberapa mesyuarat penting yang perlu dihadirinya. Irene hanya mengangguk perlahan.
"Cik Irene, Madam Elle booked a dinner date for you and your next blind date" serba salah Elena ingin memberitahunya.
Irene mengeluh lagi. Mamanya tidak habis-habis dengan pencarian jodoh buatnya. Mentang-mentang kesemua abangnya telah berkahwin, fokus mamanya terarah kepadanya pula.
"Just send the details to me" gumam Irene. Elena mengangguk kemudian meninggalkan Irene untuk menghadiri online conference.
************************************
Habis sahaja mesyuaratnya tadi, mamanya terus sahaja menelefon. Ingin mengingatkan Irene mengenai janji temu yang telah diaturkan olehnya.
"Yes Maa, I already on my way. Don't worry. But please after this, stop this match-making things for me mama. I have tons of workload in the office" keluh Irene.