Tidur Irene terganggu. Tubuhnya digoncang berkali-kali. Dia mendengus. Siapa pulak yang kacau aku pagi-pagi buta ni...
Dia menjelikkan mata. Terlihat Daniel di sebelah. Dah macam nak makan orang. Lengkap berkemeja. Irene mengerutkan dahinya.
"Kau buat apa dalam rumah aku ni?" Jerit Irene. Tangannya laju menutup badannya. Matanya ditoleh kesana kesisni memerhatikan keadaan sekeliling.
Daniel menunjal dahi Irene. Suka mulut dia cakap itu rumah miliknya?
"Tengok guna mata, jangan guna kepala lutut. Ini rumah aku laa.. Pergi balik rumah kau. Aku nak masuk kerja dah ni. Kau tak payah nak cover cover sangat. Dah berani tidur rumah jantan, nak malu pulak" balas Daniel.
Irene mengerutkan dahinya sebelum bangun. Sekilas matanya memandang sekeliling rumah. Sah bukan rumahnya. Macam mana dia boleh berada di situ?
"Kau apasal kejut aku pagi-pagi buta ni?" Marah Irene.
"Eh bangunlah.. Siap pergi kerja. Aku nak gerak dah ni. Bangun cepat, pergi balik rumah kau" bebel Daniel. Tangannya masih membetulkan tie di leher.
Irene mencebik. Tak sah kalau tak buat kecoh. Comforter yang menutupi tubuhnya ditolak tepi. Dia segera bangun. Menonong pulang ke rumah.
'Aku pun tak hadap la rumah dia' getus hatinya. Masuk sahaja di dalam rumahnya, bilik tidurnya dituju. Tuala diambil. Dia juga lambat. Habisla nanti dia dimarahi oleh papanya. Sudah dua hari berturut-turut dia lambat masuk pejabat. Semalam dia lambat kerana menemani Leona ke majlis pelancaran produk terbaharunya. Hari ini, dia lambat kerana mangkuk hayun tu. Entah apa malangnya nasib dirinya.
Mengenangkan peristiwa malam tadi bersama si Daniel, dia semyum sendirian. Haih, romantik betul. Nasib dia masih siuman. Tidak tergilakan lelaki itu.
Fikirannya melayang kepada permainan bola keranjang malam semalam. Badannya, otot bicepsnya, peluh di badan.. Haih, Irene telah jatuh cinta. Bukan dengan tuan badan ya, dengan badan empunya Daniel.
Irene, fokus Irene. Jangan berimaginasi sangat. Ingat, lelaki itu hanya akan menyakitkan hati.
Lamunan, imaginasi Irene runtuh dek ketukan di luar pintu bagai nak roboh. Irene mendengus. Apa lagi lelaki ini mahu?
Bathrobe satin berwarna hitam digapai dan disarungnya. Dihentak kaki. Geram dengan perbuatan lelaki itu.
"Kau nak apa lagi setan?" Jerit Irene. Stressnya tidak mampu ditahan. Dia berpeluk tubuh.
Daniel memasamkan mukanya.
Dia ingat aku nak kut ketuk pintu rumah dia, desis hati Daniel.
Dahi Irene dijentik. "Ingat aku hadap ke rumah kecik kau ni? Cepat siapla, kang kena naik grab pulak. Harini aku baru nak jadi baik hati, pick up, tetiba aku pulak yang kena marah. Cepatla" balaa Daniel, lengkap bersuit.
Irene mendengus. "Aku boleh pergi sendiri la" balas Irene lalu memberi ruang untuk Daniel masuk ke dalam rumahnya. Dia kembali ke bilik untuk bersiap.
Daniel menjulingkan matanya. Mulut kata lain, tapi macam suruh aku masuk. Daniel masuk ke dalam rumah wanita itu, majalah arkitek di atas meja perempuan itu diambilnya. Membelek-belek majalah tersebut. Baju kotor wanita itu disofa dikutipnya. Dimasukkan ke dalam bakul. Bibirnya dicebik. Cis, apa pemalas benar perempuan ni
"Woi, lama lagi ke? Aku dah lambat ni" sahut Daniel dari ruang tamu.
Irene ,menjulingkan mata. Inilah lelaki. Tak boleh sabar sikit.
"Dah," balas Irene sambil berjalan menuju ke ruang tamu. Daniel menjegilkan mata, terus bangun dari sofa. Dia berjalan ke arah Irene kemudian masuk ke bilik wanita itu.
"Kau ni memang takde baju yang mahal ke? Semua barang murah je ke? Memang diri tu tak ada harga ke?" sinis balas Daniel.
"Badan aku, biar laa nak pakai macam mana pun. Sibuk aje"
Daniel mengeluarkan jumpsuit bewarna biru cair kemudian menyuruh Irene menyalin pakaiannya. Mencebik wanita itu dibuatnya. Tetap Irene menukarkan pakaiannya.
"Dahh. Aku malas dah ni. Aku dah lambat" datar bicara Irene. Terus dia keluar dari rumahnya. Bernonong pergi meninggalkan Daniel.
Daniel menghela nafas kuat.
Sabar jelah.