Esok 17/2, Hari Kelahiran saya.
11.19 Malam Saya merindui ayah yang telah tiada, ayah yang telah pergi untuk selamanya.
ayah adalah tulang punggung keluarga.
dari kami kecil hingga besar, ayah tak pernah lelah cari rezeki untuk kami sekeluarga.
sehinggakan masa untuk kami tiada, akrab pun tidak, bergurau senda apalagi.
ayah seorang yang pendiam kalau di tanya baru dia jawab, kalau tak di bawa cerita kesudahannya sampai bila bila pun tak akan buka suara untuk bercerita.
kalau dengan ibu iyalah, mengibah mungkin mereka kan pasangan so, lebih terbuka satu sama lain.
ayah pergi pada hujung tahun 2021 akibat kemalangan runtuhan jembatan d kampung saya.
akibat dari kemalangan tu, ayah saya sakit badan selama seminggu sebelum pergi untuk selamanya.
semasa kejadian tu, saya berada di negari seberang. saya hanya sempat video call dengan ayah.
Ayah nampak ceria, boleh cerita , senyum , ketawa tapi tak sangka dia pergi jua.
kami selalu sambut ulang tahun cucu ayah, anak anak buah saya dan ayah saya la yang akan memulakan majlis dengan doa.
saya nak call ayah tapi yang angkat call uncle cina.
untuk pengetahuan telefon ayah saya hilang semasa kejadian kemalangan itu terjadi, tak ada harapan la nak dapat nombor ayah yang dulu.
kalau bahas tentang ayah, atau nampak pak cik pak cik auto saya teringat ayah, sampai air mata mengalir.
Ayah Selalu ada dalam doa dan hati.tenang la Ayahnda di sana bersama Yang Esa.
memang betul la, apa yang d katakan orang orang, rindu yang sakit adalah rindu pada orang yang tiada. rindu yang amat sakit dan tiada penyembuhnya.