Tidur ku terganggu akibat jeritan suara mama yang berada di tingkat bawah.
"Leen bangun dah pukul berapa ni kamu tak kerja ke" jerit mama yang berada di bawah
Aku terus terjaga dari lena dan melihat jam sekarang sudah hampir pukul 10. Aku terus berlari memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Dalam beberapa minit aku sudah siap untuk pergi ke pejabat. Aku berjalan terburu buru menuruni tangga dan menuju ke dapur untuk mencari mama.
"Ma papa dah pergi pejabat ke" tanya aku dengan nafas yang tercungap cungap
"Dah baru je pergi, yang kamu ni kenapa" balas mama
"Tak semalam papa kata ada meeting pagi ni, kalau leen lambat habis lah leen" balas aku
"Ha dah tu kenapa kamu tercengak lagi dekat situ pergi lah, nanti papa kamu mengamuk karang" suruh mama
"Ok lah ma leen pergi naik motor tau, takut jalan jem sat gi" ucap aku sambil menyalam tangan mama
"Ha ye lah hati hati jangan bawak motor laju laju" pesan mama dan aku hanya membalas dengan anggukan
Aku membuat keputusan untuk menaiki motor sahaja kerana aku yakin jalan mesti jem kalau naik kereta. Aku menghidupkan enjin motor R15 milikku dan laju memecut menuju ke pejabat. Setelah 25 minit aku tiba di pejabat dan aku terus berlari menuju ke lift dan menekan butang tingkat 38 iaitu tingkat atas sekali. Aku terus masuk ke dalam bilikku dan meletakkan barang barangku dan kembali keluar menuju ke bilik meeting. Aku membuka pintu bilik meeting sambil tersengih memandang semua.
"Sorry pa leen lambat" ucapku lalu terus duduk sambil membetulkan rambutku yang serabai
"Leen kan papa dah pesan semalam jangan lambat" ucap papa dengan nada serius
Aku hanya tersengih dan meeting pon dimulai. Habis sahaja meeting aku kembali ke bilikku untuk menyiapkan beberapa kerja yang tergendala kerana melayan kerenah Kaylissa semalam. Dalam beberapa minit terdengar ketukan dari luar.
"Leen you ada dekat dalam ke boleh I masuk" tanya kaylissa
"Ada masuk lah" balasku pendek
Kaylissa pon membuka pintu dan kembali menutup lalu duduk di depanku.
"You busy ke sekarang ni leen" tanya Kaylissa
"Boleh lah" balasku yang masih lagi fokus terhadap kerja kerjaku
"Ermmmm I sebenarnya nak mintak tolong something" ucap Kaylissa
"Apa" jawabku ringkas
"Boleh tak you teman I jumpa Noah" tanya Kaylissa
Aku yang mendengar nama itu terus menatapnya dengan tatapan tajam. Aku menutup file yang aku periksa tadi lalu kembali memandang Kaylissa.
"Kenapa kau nak jumpa lagi jantan tak guna tu, kau tahu kan perangai dia macam mana" balasku kasar
"Please leen I cuma mintak you teman I je, lagipon dia yang nak jumpa I. Dia kata ada benda nak bincang and dia janji yang ini kali terakhir kitaorang berjumpa" terang Kaylissa panjang lebar
"Dan semudah itu je kau setuju nak jumpa dengan dia Melvina Kaylissa" balasku dengan nada marah
"Please leen kali ni je and I janji ni kali terakhir" pujuk Kaylissa
"Okay fine tapi kali ni je" jawabku
"Kita nak jumpa dia dekat mana?" tanyaku
"Tempat biasa" balas Kaylissa pendek dan aku hanya membalas dengan anggukkan
Aku dan Kaylissa keluar dari bilikku dan terus berjalan ke lift untuk turun ke bawah. Sampai sahaja di tempat parking aku terus menarik tangan Kaylissa untuk menuju ke arah motorku.
"Naik motor aku je" ucapku
Setelah memakaikan helmet untuk Kaylissa aku menghidupkan enjin motor dan memecut laju. Lebih kurang setengah jam kami berdua tiba di Cafe Ž iaitu cafe milik Qazzriel abang Kaylissa. Kami berdua turun dari motor dan berjalan memasuki cafe.
"Hai lissa lama I tunggu you tau" ucap Noah ingin memeluk Kaylissa
"Kau jangan sentuh dia" ucapku menolak Noah kebelakang
"Okay aku tak sentuh dia sorry dah terbiasa, duduk lah dulu kita sembang sembang" ajak Noah setelah menstabilkan dirinya
"Apa lagi yang kau nak" tanyaku setelah menyelesakan duduk
"Aku nak cakap berdua dengan lissa kejap boleh" pinta Noah
"Ta-" belum sempat aku menghabiskan ayat Kaylissa sudah memotong
"Boleh" ucap Kaylissa dan dia memandangku dengan pandangan yang menyuruh aku untuk pergi
"Ok fine aku bagi kau bercakap dengan dia, tapi kalau kau buat apa apa yang tak sepatutnya kau tahu kan apa yang aku boleh buat" kataku terselit ancaman
"Yes i know you Aileen Daffa" balas Noah
Aku bangun dan pergi ke meja lain. Aku hanya memerhati gerak geri Noah.
"So kenapa you nak jumpa I" tanya Kaylissa
"I cuma nak bagi u ni" balas Noah sambil memberi ku sampul
Kaylissa membuka sampul itu dan mengeluarkan isinya. Alangkah terkejut apabila melihat jemputan kad kahwin.
"I harap you dapat datang waktu weeding i nanti" kata Noah
"Of course I datang, nanti apa apa hal I call you balik" balas Kaylissa sambil tersenyum
"Ok lah kalau tak de apa apa lagi I pergi dulu, banyak kerja yang tertangguh" ucap Kaylissa mengundur diri
Noah hanya membalas dengan anggukan. Kaylissa terus bangun dan berjalan ke arah ku.
"Dah settle?" tanyaku
"Dah" balas Kaylissa sambil tersenyum
"Ok memandangkan aku dah tolong kau pergi jumpa Noah, sekarang aku nak kau tolong aku siapkan kerja aku pulak" ucapku
"Boleh kan?" tanyaku sambil tersengih
"Ye lah" balas Kaylissa pasrah
Aku tersenyum mendengar itu. "Okay kalau macam tu jom balik office" ucapku
"Okay tapi petang nanti you kena teman I pergi tengok wayang ehh" ucap Kaylissa sambil bergandengan tangan denganku menuju ke motor
"Okay" balasku ringkas
Aku terus memecut laju menuju ke office untuk menyiapkan semua kerja yang tergendala. Sampai sahaja kami berdua terus menaiki lift dan masuk ke dalam bilikku. Kami berdua pon menyiapkan semua kerja tanpa menyisakan satu pon. Setelah hampir dua jam kerja yang kami siapkan telah pun siap.
"Siap pon kerja" ucapku sambil meregangkan otot yang terasa sakit
"So jadi kan teman I pergi tengok wayang?" tanya Kaylissa
"Ye jadi tapi singgah makan rumah aku dulu" balasku
"Okay" ucap Kaylissa
Kami pon mengemas file-file yang bersepah di atas meja. Kami menuruni lift dan menuju ke tempat parkir. Aku menunggang motorku dan Kaylissa pula memandu keretanya menuju ke rumahku.
~~~
Assalamualaikum and hi guysss. So ini cerita kedua sha and sha harap korang suka dengan cerita ni. Sha akan cuba sebaik mungkin untuk cerita ni. Sorry kalau ada typo and ayat yang kurang memuaskan.
So enjoy your reading
YOU ARE READING
The young husband|og
RomanceMengisahkan tentang seorang perempuan yang sudah berumur 32 tahun dan masih tidak mempunyai kekasih hati. Akibat usia yang semakin menua dan belum mempunyai kekasih ibunya memberikan dia waktu sebulan untuk mencari seorang lelaki. ...