Setelah beberapa minit kami tiba di Cafe Ž. Kami memasuki cafe itu dan mencari keberadaan Qazzriel.
"Hi Assalamualaikum,I nak jumpa dengan abang Qaz. Dia dekat mana ye?" Ucap Kaylissa
"Waalaikumussalam boss ada dekat dalam, Puan Lissa duduk dulu ye. Saya pergi panggil boss kejap." Balas pekerja yang bernama Farhan itu dan aku hanya membalas dengan anggukan
"Jom lah kita duduk dulu, Farhan dah pergi panggil abang Qaz." Ajak Kaylissa
"Ok" Balasku
Kami duduk di sebuah meja dan menunggu kedatangan Qazzriel. Hampir 2 minit kami menunggu dan akhirnya nampak jugak si Qazzriel.
"Yoww Ardylann bila sampai?" tanya Qazzriel sambil berjabat tangan dan memeluk Ardylan
"Baru je sampai tengah hari tadi" balas Ardylan sambil duduk semula dan diikuti dengan Qazzriel
"Kenapa tak bagitahu aku yang kau nak balik, kalau tak boleh aku ambik kau dekat airport" kata Qazzriel
"Saja je nak buat kejutan dekat korang semua, lagipon aku tak nak susahkan kau" balas Ardylan
"Hmm ye lah, ha ni sape yang ambik kau dekat airport?" Tanya Qazzriel
"Aerren yang ambik aku" balasku pendek
"Ouhh"
"Hai Leen lama tak nampak you" sape Qazzriel kepadaku
"Hai abang Qaz, hehehe Leen busy sikit tolong papa uruskan kerja dekat office" balasku dan Qazzriel hanya mengangguk
"Ha abang Qaz kitaorang ingat nak pergi tengok wayang, abang Qaz nak ikut sekali tak?" Tanya ku
"Hmm boleh jugak, dah lama abang tak tengok wayang"
"Okay jom kita pergi" ajakku dan mereka semua mengikuti ku menuju ke kereta
~~~
Hampir 20 minit kami tiba di sebuah mall. Kami berjalan memasuki mall dan tiba tiba Ardylan dan Qazzriel menyapa seorang lelaki.
"Assalamualaikum Aerren lama tak jumpa, macam mana kau sekarang" sapa Qazzriel
"Waalaikumussalam Qaz, macam apa yang kau nampak lah" balas lelaki yang bernama Aerren itu
Ouhh jadi itu lah Aerren boleh tahan jugak. Dia mempunyai kacukan Arab dan hidung yang mancung, bulu mata yang lentik, rambut yang agak panjang tetapi terurus, kulit yang putih, gigi yang tersusun rapi, mata yang berwarna hijau cair dan yang paling penting sekali bibirnya merah bak delima yang menandakan dia tidak merokok. Cuma satu je yang membuatkan aku tertarik, nak tahu apa? Parut yang terdapat di kening lelaki itu. Parut itu bagiku sangat menggoda.
"Leen, Leen Leennnnnn" jerit Kaylissa disebelah telingaku
"H-ha k-kenape" balasku gagap akibat terkejut
"Jom lah pergi, abang Qaz dengan abang Ardy dah gerak dah tu dengan kawan diorang" ucap Kaylissa
"Ha jom jom" balasku
Kami berjalan menuju ke wayang dan memilih cerita. Kami membuat keputusan untuk menonton filem horror.
Aku membeli lima tiket termasuk kawan abang Ardy yang bernama Aerren itu. Aku mengambil lima baris seat yang berada ditengah-tengah wayang. Memandangkan aku yang ajak, jadi aku yang belanja.
Kami memasuki wayang dan memilih tempat masing-masing. Qazzriel berada di hujung belah kanan dan diikuti dengan Kaylissa, Ardylan, aku dan Aerren .
Sebelum filem bermula sempat aku memandang Aerren melalui hujung mataku, tetapi tidak kusangka Aerren perasan akan hal itu.
"Aku tahu aku handsome kalau nak pandang, pandang je bukannya aku makan orang pun" balas Aerren sedikit berbisik tapi masih lagi dapat di dengari
Apabila ditegur oleh Aerren aku terus pandang kedepan. Filem akhirnya bermula dan sepanjang filem itu berlangsung ada lah jugak aku memandang Aerren dan Aerren juga memandangku lalu mengenyit matanya.
~~~
Setelah filem tamat kami keluar dari wayang dan berjalan-jalan di dalam mall. Aku mengajak mereka makan dahulu sebelum sambung berjalan kerana perut ku sudah berkeroncong.
Aerren menyarankan sebuah restoran yang katanya sedap dan kami semua hanya menurut sahaja. Selepas selesai makan Aerren memutuskan untuk pulang dahulu kerana ada hal peribadi.
"Ada nak pergi mana-mana lagi tak dik?" Tanya Ardylan kepadaku
"Hmm tak de, jom lah balik adik dah penat lah" balasku
"Okay" balas Ardylan
"Ha Qaz mama aku ajak kau tidur rumah aku je, adik kau pun sama" kata Ardylan
"Ouh okay" balas Qazzriel
Kami pun bergerak menuju ke rumah. Sebelum tiba di rumah kami menuju ke rumah keluarga Qazzriel dan Kaylissa dahulu untuk mengambil baju mereka.
Sampai sahaja di rumah, aku dan Kaylissa terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Malam ini Ardylan memutuskan untuk belanja makan malam di luar.
~~~
Keesokan paginya setelah aku dan Kaylissa solat subuh kami turun ke bawah untuk menolong mama masak. Kami menuruni tangga dan menuju ke dapur.
"Selamat pagi mama" ucapku dan Kaylissa serentak
"Selamat pagi" balas mama sambil menyuci sayur
"Awalnya bangun, dah solat subuh dah?" tanya mama setelah selesai membasuh sayur
"Dah mama kitaorang baru je lepas solat subuh, ingat nak tolong mama masak sebab tu kitaorang turun ni" balasku
"Haah mama ena nak kitaorang tolong apa-apa tak?" tanya Kaylissa
"Hmm Leen tolong mama basuh bahan-bahan mentah, Lissa pulak tolong mama potong sayur-sayur ni boleh?"
"Boleh mama" balas kami
Setelah siap memasak aku dan Kaylissa membawa sarapan dan minuman untuk dihidangkan di meja makan.
"Ha Leen pergi kejut abang kamu dengan Qazzriel solat subuh, lepastu turun makan" suruh mama
"Baik mama" balasku
Aku dan Kaylissa berjalan menuju ke tingkat dua. Sampai sahaja di depan bilik Ardylan aku mengetuk pintu.
"Abang ohh abangg" ucapku sambil mengetuk pintu
"Ha ye kenapa" balas Ardylan setelah membuka pintu dengan rambut messy dan hanya memakai seluar track, dan terserlah badan Ardylan yang berketul-ketul.
"Dah mandi ke belum?" tanyaku sambil menutup mata Kaylissa
"Belum" balas Ardylan sambil menenyeh matanya
"Mama suruh bangun mandi and solat subuh, lepastu turun makan" kataku
"Okay"
"Abang Qaz dah bangun?" tanya Kaylissa dalam keadaan mata yang ditutup olehku
"Dah, dia tengah mandi" balas Ardylan
"Okay lah kitaorang tunggu dekat bawah, jangan lupa lepas solat turun bawah" ucapku
"Ye" balas Ardylan pendek lalu kembali menutup pintu
Kami pon kembali turun ke bawah dan menonton drama korea, sementara menunggu mereka untuk turun.
~~~
So Assalamualaikum and hi korangg. Sorry sebab sha dh lama tk update, idea susah sangat nk sampai dkt otak ni. Korang apa khabar?? Semoga korang sihat-sihat sahaja. Sorry kalau bab ni membosankan or bnyak typo. Jangan lupa vote😉
So enjoy your reading

ANDA SEDANG MEMBACA
The young husband|og
RomanceMengisahkan tentang seorang perempuan yang sudah berumur 32 tahun dan masih tidak mempunyai kekasih hati. Akibat usia yang semakin menua dan belum mempunyai kekasih ibunya memberikan dia waktu sebulan untuk mencari seorang lelaki. ...