1 : Hari Pertama

15 3 0
                                    

            Dukk dukk dukk. Detak jantung mereka kedengaran di ruangan kecil.

"Yakin dengan keputusan kamu berdua ?" Mereka mengangguk perlahan.

"Dalam kiraan satu....dua....tiga....." Tapppp

***

Langit cerah menghiasi seantero dunia pagi ini. Bunyi enjin kereta dinyalakan jelas kedengaran di laman rumah yang gah oleh si pemilik kereta mewah itu. Kemeja putih dan seluar palazzo hitam dikenakan dengan kasut tumit tinggi ukuran 1 inci berwarna hitam , ringkas dan kemas.

"Umai kau dah breakfast belum ?! " Soal sosok tubuh dari dalam rumah. Namun soalannya tak berbalas.

Dirinya sibuk mendengar lagu dari aplikasi Spotifeel sambil menikmati penyaman udara dari keretanya

Nama aku Syazlyn Umairah dan hampir mencecah 30-an huhuhu. Hari ini hari pertama aku melapor diri sebagai anggota polis di tempat baharu , sudah hampir sepuluh tahun aku menjadi anggota polis diraja Malaysia. Hari ini aku di naikkan lagi pangkat setelah bekerja selama sepuluh tahun dalam bidang ini.

Tok tok tok , bunyi ketukan tingkap kereta kedengaran . Kelihatan satu sosok tubuh tegap , tinggi lampai di luar pintu kereta , Ummar Syazryn , ye itu abang aku , abang sulung merangkap tulang belakang keluarga. Selepas mak abah meninggal dia lah yang menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh dan terpaksa meninggalkan cita-cita demi menjaga adik yang tercinta dan memulakan perniagaan persendirian.

Takdelah dia jaga sangat, sebelum ni aku hanya duduk di rumah sendiri di kawasan perumahan di Kuala Lumpur. Disebabkan aku dipindahkan ke Johor secara mengejut , aku tinggal di rumah along untuk seketika. Maklumlah bukan senang cari rumah sewa dalam jangka masa yang pendek ini. Tapi tinggal di rumah along pun bukan percuma tetap kena bayar sewa juga ! Along kata biar berdikari dan berjimat , tidak ada lah aku habis kan duit gaji dengan perbuatan sia-sia.

"Woi mangkuk aku tanya dah breakfast belum, orang tanya tak jawab-jawab" soal along.

Aku memberikan jelingan kepadanya, apa dia ingat telinga aku ada extra dekat luar kereta ataupun extra dekat dalam rumah ke ? "Dah lah , dah makan roti tadi , umai bukannya boleh makan pagi-pagi sangat . Lagi satu mana dengar along panggil dari dalam rumah sebab tu orang tak jawab ! Heh ! " aku mendengus sekuat tenaga tanda aku protes, tak puas hati !

"Eleh kalau dengar pun takkan nyahut punya ! Yang ko duk pakai cermin mata hitam apa pasal ? Buang tebiat ke apa ? Sewel ??" Dia mengangkat kaki semula masuk ke dalam rumah sambil mengkritik diri aku sepuas-puasnya. Kalau tak menyakitkan hati bukan abang namanya !

***

Selepas bersalaman dengan along aku terus bergerak menuju destinasi ,tidak mahu pula aku terlambat pada hari pertama bekerja , aku juga tidak mahu orang memandang remeh aku hanya selepas pertemuan pertama. Aku tekan minyak dengan kecepatan penuh. Pada pukul 8.30 pagi aku tiba di destinasi yang ditetapkan untuk perjumpaan dan lapor diri , tak silap aku ada juga beberapa orang yang melapor denganku pada hari ini. Aku meletakkan kereta berdekatan dengan balai , senang mahu masuk , senang juga mahu balik. Bagi masa pekerjaan aku pula tidak mengikut ketetapan dan sudah pasti mengikut kerajinan diri kalau aku nak balik aku balik lah , kalau tidak balik aku duduk sahaja di balai. Maksud aku tidur dan berumah di balai.

 ttokk ttok ttokk , aku menangkap bunyi ketukan dari tingkap belakang keretaku. Mujur pagi hari kalau tidak,mahu terkejut beruk aku dibuatnya. Di sebelah kereta aku ada seorang jejaka memegang topi keledar motosikal sedang menunduk kan badannya ke arah cermin kereta aku. Aku menurunkan cermin tingkap kereta perlahan-lahan sambil tersenyum manis. "Yes ?" soalku ringkas .

 "OKU ke ?" soalan cepumas di lontarkan kepada aku. Terkejut aku dibuatnya , apa punya soalan lah dia tanya , ada ke orang main tanya jer orang tu OKU ataupun tidak. Tapi bukan itu masalahnya sebab aku bukannya OKU. Aku menggeleng sambil tersenyum "Tak lah , kenapa?". Jari telunjuk dia mengarah ke muka aku , kemudian perlahan-lahan beralih ke papan tanda oku di tepi tempat parking kereta , dan ya aku letak kereta di tempat OKU. Aku hanya tertawa ringkas , iyalah takkan nak terbahak-bahak pula ,nanti dia ingat aku kurang waras pula.

"Maaf lah ye , tak perasan pula tanda papan tu , terima kasih bagitahu" buat malu muka aku, sepuluh tahun jadi anggota polis tapi mata buta , tak nampak papan tanda OKU , patutnya mereka pekatkan lagi tulisan pada jalan raya dan papan tanda itu. Kasihan pula pada mereka yang tidak perasan disebabkan warna papan yang telah pudar.

Aku selesai meletakkan kereta aku ke tempat sepatutnya , jauh sikit tak mengapa lah janji tak menggunakan hak orang lain. Aku menuju masuk ke  pintu utama balai sambil mengenakan kaca mata hitam, beberapa mata menuju ke arah diriku . Aku meneruskan perjalanan aku tanpa rasa terganggu , namun ada satu masalah , aku tidak tahu di mana arah yang sepatutnya aku pergi . Nasib baik aku ternampak sekumpulan anggota polis wanita yang sedang berbual-bual. Aku menghampiri mereka dengan perlahan dan terdengar perbualan mereka tentang anggota polis yang lain juga. 

"Eh kau tau , ada orang baru masuk tempat kita , tapi katanya ramai tak suka dia , perempuan !" salah seorang dari mereka membuka bicara . 

"Kenapa pula?" soal rakannya kembali . "Diva lah apa lagi ! gedik semacam lepastu suka raih perhatian orang ! lagi-lagi lelaki , katanya laki orang pun dia kebas, tapi tu lah dia power betul kerja , sebab tu pindah sini katanya dia masuk team kes spesial tu , tapi aku dengar-dengar je lah, kewujudan team tu pun tak tahu betul ke tidak " sambung mereka.

Amboi-amboi sedap  betul diorang mengata orang , kalau benda tu salah dah jadi pencemaran nama baik orang tu dah , tak perlu ambil segi undang-undang , segi agama pun dah tentu-tentu salah ! tapi cerita tu macam familiar pula pada aku . Aku melangkah ke arah mereka , tahu pula kelam kabut takut kantoi ngumpat orang lah tu. "Nak tanya dekat mana tempat lapor diri ya?" soalku ringkas dan padat. 

"Ouh pegawai baru ya ? Boleh ikut saya , saya tunjukkan" kata salah seorang dari mereka , bolehlah pegawai baru pun baru lah , janji jumpa jalan.

Kami tiba di depan pejabat kecil yang tergantung papan tanda 'Ketua Balai Polis : Sarjan Muhammad Adnan Ibrahim' . Aku berikan ketukan kecil pada pintu kayu itu. "masuk" suara Sarjan Adnan memberi arahan kepada aku. Aku melangkah masuk dengan perasaan berdebar-debar memandangkan ini kali pertama aku berkenal dengan wajah baharu.Sebaik aku melangkah masuk ke dalam pejabat kecil itu , empat pasang mata serta merta tertumpu ke arah di mana aku berdiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now