maaf sayang

6.4K 57 9
                                    

Ketika mereka sampai memang malam telah larut. Pagar rumah Rose sudah pun di salak walau pun tidak di kunci. Kelihatan semua lampu sudah pun di matikan kecuali di ruang tengah yang tinggal. Tentu suami dan anak anaknya sudah masuk tidur. Mereka pun memang tidak tahu yang dia akan balik hari ini, kerana jika mengikut jadual lusa. Kebetulan pula ada kerja yang di tangguh, jadi sebab itulah dia balik awal. Sepatutnya memang boleh sampai awal lagi, tetapi Rustam teman sekerjanya pula buat perangai. Katanya jika sudah di sini nanti susah nak dapat. Jadi sementara masih di sana dia hendak buat puas puas. Sedangkan tiga hari di sana keadaan mereka sudah seperti  suami isteri. Siang mereka sama sama bekerja, pada malamnya pula mereka sama sama telah memadu asmara. Mereka telah melakukan dengan sepuas puas nya dalam sepanjang tiga malam nya tersebut.

Namun pada masa hari mereka hendak balik itu, Rustam masih meminta lagi. Mahu tidak mahu Rose terpaksalah melayani juga. Sudahlah hari itu bangun lewat, sebab keletihan setelah pada malamnya hingga sampai menjelang pagi, mereka telah melayani kehendak nafsu mereka sepuas puasnya. Hingga seperti tidak ada air lagi yang hendak mereka keluarkan. Sangka Rose sesudah itu, tidak ada lagi. Namun sangkaannya meleset, bila bangun tidur sahaja pada siangnya, Rustam telah pun memintanya lagi. Memang Rustam hebat, itu Rose sendiri mengakuinya. Selama dia mula mengenali seks, tidak ada lelaki yang sehebat Rustam yang pernah Rose temui. Dia menjalin hubungan dengan Rustam ketika mereka sama sama di Universiti dulu. Tidak sangka pula mereka kini telah bekerja di tempat yang sama juga.

Maka bersambunglah semula hubungan yang pernah mereka jalin ketika di Universiti itu. Hanya sekarang masing masing sudah pun berkeluarga. Rose sudah punya dua orang anak, manakala Rustam pula tiga orang. Kerana mereka menjalin hubungan bukan berdasarkan perasaan, melainkan hanya untuk melayani nafsu semata mata, maka tidak menjadi masalah buat mereka berdua. Bagi Rose pula memang dia sangat mengalu alukannya, kerana selama perkahwinannya pun, hubungan seks dengan suaminya memang tawar dan hambar. Bukan tidak ada, tetapi sekadar untuk ada ada sahaja, sebab itulah dia masih tetap boleh melahirkan zuriat suami nya juga. Hanya Rose sendiri sahaja yang merasa tidak puas.

Dengan kemunculan Rustam kembali itu, Rose pun tidak tahu hendak berkata apa. Di satu sisi dia seperti bersukur, kerana ianya telah memenuhi kehendak yang di dambakannya selama ini. Manakala di sisi yang lain pula, ianya telah menyebabkan dia rasa bersalah, kerana telah menjadikannya isteri dan ibu yang  curang. Sebagai manusia biasa dan perempuan yang normal, memang Rose mengakui dia tidak terlepas dari menerima godaan dan tidak berupaya pula untuk menolaknya. Itulah yang sedang di hadapinya kini. Malam itu setelah turun dari kereta dan Rustam pun berlalu pergi, Rose terus masuk ke dalam rumah dengan menggunakan kunci miliknya. Pertama tama yang di cari adalah anak anaknya. Rasa begitu puas dan lega dia setelah melihat kedua duanya yang sedang tidur begitu lena di samping ayah mereka.

Ketika di rumah, memang Rose telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu yang baik. Tetapi bila berada di luar dia seolah olah terlepas dari semua itu. Dia seperti tidak punya suami dan juga seperti tidak punya anak. Rose telah lupa suaminya, Rose tidak ingat lagi anak anaknya. Apalagi ketika sedang bersama dengan Rustam. Dengan nafsu yang sedang di badai gelora, dengan mata yang sedang pejam celik menikmati rasa,  serta dengan mulut yang sedang berbunyi meluahkan suara. Masa itu fikirannya kosong, jiwanya polong, yang ada hanya ghairah yang sedang membumbung dan nafsu yang sedang menggunung. Itulah diri Rose yang boleh berubah dan bertukar mengikut sebagai mana keadaan. Memang tidak baik tetapi bukan juga jahat.

" Helo bu, kenapa ibu lambat balik? ibu kat mana? Ibu janji nak makan kat luar sama sama,"
Kedengaran sayup sayup suara Rima anak sulungnya.
" Helo sayang, maaf lah sayang ibu banyak kerja ni, lambat balik, sayang keluar dengan ayah saja lah ya."
Jawab Rose berbohong, yang sebenarnya ketika itu dia sedang berada di bawah dakapan Rustam.
" Anak I."
Beritahu Rose pada Rustam. Rustam hanya tersenyum sahaja, dia tahu semuanya berpunca dari dia. Jika tidak dia yang mendesak Rose tadi, tentu tidak  berlaku perkara seperti yang tersebut. Dia pun memang tidak tahu apa rancangan Rose pada malam itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

maaf sayangWhere stories live. Discover now