"Kak Dee, untuk batch pertama dan kedua junior dah setel" .
"Okay, Thanks Bella!"Dee mengangkat muka menala pandangan kepada tuan punya suara sambil mengoyak senyuman segaris. Pandangannya kembali difokuskan ke skrin laptop.Jemarinya yang sedari tadi masih belum berhenti menaip sudah menunjukkan ciri-ciri memberontak kerana tidak diberikan rehat. Lenguh!
"you are welcome kak!". Bella melabuhkan punggung di sebelah Dee. Tengkuknya sengaja di panjangkan ke skrin laptop ala ala spy yang sedang dalam misi rahsia. Matanya di kecilkan membaca satu persatu isi content yang di taip oleh vice pres disebelahnya itu.
Tidak lama kemudian jemari Dee berhenti menaip. Tangannya sengaja digerakkan ke kiri dan kanan melonggarkan sendi-sendi yang dikerah untuk bekerja sejak hari pertama sesi persekolahan pada semester tersebut dibuka. Dia sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bersama beberapa orang lagi ahli persatuan tersebut adalah merupakan antara individu yang terpaksa dikerah kudratnya bagi membantu melancarkan proses admission pelajar-pelajar lama dan baharu pada semester tersebut.
"Lepas ni kira dah setel la kerja kita kan kak?" Bella sengih memandang Dee. Matanya sengaja dikelip beberapa kali mengharapkan jawapan yang keluar daripada vice pres mereka itu sama seperti apa yang di 'skema' kan di dalam kepalanya.
Dee senyum sambil angkat kening." Agak-agak?" Bella buat acah layu " hmm..ada lagi eh kak?"
Dee tahan gelak. Terhibur melihat gelagat juniornya itu. "takde la, Abang Bad korang tu bagitahu tadi dah habis dah, just ada seorang lagi nak masuk, batch kitorang, but no worries, I and Bad will handle that part, don't worry okay" Dee menepuk lembut bahu Bella yang sudah seperti di awangan. Yeayy akhirnya.....
"Dee, jom" Mendatar suara Bad mengajak. Ops! bukan ajak tapi lebih kepada bunyi arahan. Tak tahu darimana datangnya. Tiba-tiba muncul.
"Pergi mana?" Dee masih dalam upacara regangan tangan yang belum selesai daripada tadi. Sengaja dia mengaju soalan yang dia dah tahu jawapannnya tu kepada Bad.
"Eh dia ni...." Bad buat muka toya. Kalau dilayan budak Dee ni memang tak kesudah.
"Haa yela kejap kejap" Dee mengeluarkan nota kecil daripada beg disebelahnya kemudian disambarnya sepantas kilat pen yang berada di atas meja bilik persatuan itu. Matanya sempat melirik Bella. Eh budak ni tidur duduk ke apa. Niat untuk mengejutkan Bella terpadam bila kedengaran sayup-sayup suara Bad daripada luar.
"Aku tunggu kat depan bilik Pengetua"
****
YOU ARE READING
ANEKDOT ; KAU AKU
RomanceBertemu buku dengan ruas. Seorang rigid seorang keras kepala. Kisah mereka seteru zaman sekolah. Ketika masing-masing masih mencari identiti Ketika masing masih cuba menerobos makna hidup You cold headed VP - Khal You Stone-faced mafia - Dee