"Adam for now follow Medina yang kat belakang ni dulu untuk urusan documentation, right after that Dee tolong tunjuk Aspura kat mana eh nanti" Bad bersuara memecah kesunyian. Medina yang dari tadi mengekori dua orang lelaki dihadapannya itu mengangguk faham.
"Just call me Khal" budak lelaki itu akhirnya bersuara. "oh ..okay.. by the way, Badrul, you can call me Bad, the lady behind is Medina, you can call her Dee" Bad senyum segaris. Fuh Pres berwibawa kononnya!. Dee buat muka ais batu tidak beriak. Budak baru itu juga turut tidak memberi respon.
Ah sudah! Bad garu kepala. Dia seakan boleh membaca ada aura 'seram sejuk' sedang menyapa. Medina yang memang diketahuinya PANTANG dengan apa sahaja jenis datuk nenek perlanggaran peraturan. Budak baharu ini pula boleh diagak, bukan senang untuk di 'handle'.
"Okay..aku tinggalkan korang kat sini" mereka serentak berhenti di hadapan pintu masuk dewan pendaftaran.
"Dee tolong eh" Bad menambah sambil matanya melihat kejap Khal yang masih tidak berkutik buat hal sendiri di sebelahnya. Dia cepat menghantar isyarat tanpa suara please-be-nice kepada Dee.
''okay'' Dee membalas pendek. Tiada perasaan.
Bad terus mengatur langkah menuju ke ruang menunggu di sebelah kanan dewan pendaftaran. Kelihatan Pa'an Exco Multimedia melambai-lambaikan tangannya.
Setelah kelibat Bad sudah tidak kelihatan. Budak berdua yang ditinggalkan tadi beredar masuk ke dalam dewan pendaftaran. Sesampai mereka di dalam Dee mengeluarkan seberkas fail yang mengandungi borang-borang yang perlu diisi. "Em boleh duduk kat kerusi tu" perlahan suara Dee tapi masih boleh didengar jelas oleh budak baharu itu yang dari tadi matanya meliar melihat sekitar dewan.
'' ini borang-borang yang perlu diisi '' Pen diletakkan di atas meja. Budak baharu tadi yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi tidak menunjukkan apa-apa reaksi tetapi terus menjangkau pen kemudian mengisi borang-borang tersebut.
'' esok kelas dah mula, cuma nak bagitahu awal... all those accessories are prohibited '' Dee bersuara lagi. Matanya cuba membaca riak wajah budak baharu di hadapannya. Senyap. Tiada respon. Eh mamat ni tak dengar ke atau buat-buat pekak. Dee menarik nafas panjang. Sabar....sabar......bahana apa pula kali ni...
'' .... and rambut tu kena ikut cut yang sekolah dah tetapkan '' budak baharu itu akhirnya mengangkat muka. Dia memandang tepat ke arah Dee.
'' I know''
*****
YOU ARE READING
ANEKDOT ; KAU AKU
RomansaBertemu buku dengan ruas. Seorang rigid seorang keras kepala. Kisah mereka seteru zaman sekolah. Ketika masing-masing masih mencari identiti Ketika masing masih cuba menerobos makna hidup You cold headed VP - Khal You Stone-faced mafia - Dee