Sahabat , Kawan , Kenalan

4 0 0
                                    

Dulu aku ramai teman bermula sekolah rendah , sekolah menengah dan universiti.
Mungkin kerana anugerah dari Allah aku antara salah seorang pelajar pintar jadi ramai yang ingin berkawan.

Yaa itu dulu mungkin 5 6 tahun yang lepas. Semakin dewasa semakin kecil lingkungan aku . Dari seorang sahabat bertukar kepada kawan dan berubah menjadi sekadar kenalan.

Dulu aku lah orang pertama yang sentiasa menadah telinga dan meminjamkan bahu untuk sahabat sahabat aku . Ya aku anggap mereka sahabat tapi aku tak pasti mereka menganggap aku hanya kawan atau sekadar kenalan ketika menimba ilmu.

Sekarang semua hanya kenangan aku perlahan lahan menghilang juga mereka langsung tak sedar . Ya mungkin tak sedar atau mungkin tak mau ambil peduli. 

Ya siapalah aku dibandingkan dengan mereka. Hanya seorang graduan universiti yang tidak mempunyai apa apa pencapaian.

Ya siapalah aku dibandingkan dengan mereka. Hanya seorang kawan yang tidak berharta.

Aku masih ingat ketika ulang tahun sahabat baik aku. Ya aku anggap dia sahabat . Aku belikan dia hadiah , dia whatapps ucap terima kasih.
Tapi aku sedikit berkecil hati bila aku nampak story whatsapp dan ig dia upload gambar gambar hadiah dari kawan kawan nya yang lain dan antara itu tak terselit pon pemberiaan dari aku.
Mungkin hadiah aku tidak semahal hadiah mereka.

Hari berganti tahun mereka semakin berjaya . Aku ? Aku masih lagi seorang kawan yang tak punya apa apa. Seorang pekerja kilang yang ke mana mana sarung helmet sahaja.
Sekarang aku left group aku unfollow semua social media tapi satu orang pon tak menyedari kehilangan aku .

Barulah aku sedar aku tak hilang tapi aku tak pernah wujud dalam kehidupan mereka.

AKUWhere stories live. Discover now