1 : First Meet

1.1K 23 6
                                    

"Fourth oui bangun!" Seorang perempuan yang berumur sekitar 40-an berkata.

"Haa mae.. 5 minit lagi" Fourth berkata dan kembali menyelimutkan seluruh badannya.

"Ohh tak nak bangun ye... 1.... 2....3-" Belum sempat cakap tiga segar sudah si Fourth.

"Hehe ni dah bangun ni" Fourth berkata sambil tersenyum tidak bersalah kepada ibunya.

"Tau takut. Dah pergi mandi nanti lambat pulak nak pergi sekolah." Maknya berkata dan berjalan keluar dari biliknya.

"Baikkk" Fourth berkata malas sambil mengheret badannya ke bilik air untuk mandi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Sekolah-

Baru sahaja Fourth melangkah masuk ke dalam sekolah, seseorang menjerit memanggilnya. Dia melihat ke arah suara tersebut dan terlihat Prom, kawan baiknya.

Prom berlari ke Fourth dan merangkul bahunya.

"Mana yang lain?" Fourth bertanya tentang kawan mereka yang lain.

"Entah, dah kat dalam kot. Jom ar masuk kelas." Prom berkata dan Fourth hanya mengangguk.

Mereka masuk ke kelas dan terlihat member mereka yang lain tengah gossip.

"Woi gossip tak ajak siak. Gossip pasal ape nak tau gak" Prom berkata dan duduk di sebelah Captain.

Fourth hanya diam dan berjalan menuju ke mejanya.

"Tak la en aku dengar ar budak yang lain cakap nanti kelas kita ada dua orang budak baru. Dengar cita diaorg hensem." Ford cakap dan melihat ke arah Fourth dengan lirikan yang bermakna.

Mereka melirik ke arah Fourth, Fourth yang sedang bermain telefonnya merasa diperhati, mendongak dan melihat membernya memandangnya lain macam.

"Korang dah kenapa pandang aku centu?" Fourth cakap bingung.

"Takla try ar salah sorang dari diaorang mana tahu sangkut ke en" Prom berkata, mengusik.

"Ah takde maknanye nk sangkut. Tak kuasa aku." Fourth cakap dan meletakkan kepalanya ke atas meja untuk tidur.

"Eleh ye je la kau." Satang berkata turut mengusik Fourth.

"Ikut kau la nak percaya ke tak." Fourth berkata, dah penat nak layan kawan-kawannya.

Tidak lama kemudian lonceng berbunyi dan murid-murid bergegas kembali ke tempat masing-masing sebelum guru yang bertugas masuk.

Pintu kelas dibuka dan guru kelas mereka iaitu Miss Ploy masuk.

"Selamat pagi murid-murid, harini kita ada dua orang murid baru yang akan join kita. Silakan masuk!" Miss Ploy berkata dan terlihat dua orang murid melangkah masuk.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, gadis-gadis di dalam kelas tersebut mula menjerit dan lelaki pandang tak puas hati kerana disebabkan dua orang murid baru ini.

"Haish pekak aku ceni" Fourth mencebik.

"Sudah-sudah diam!" Miss Ploy berkata dan teriakan mula mereda.

"Maaf ye, sila perkenalkan diri" Miss Ploy berkata.

"Nama aku Gemini Norawit, panggil Gem."

"Nama aku pulak Mark Pakin, panggil je Mark tpi nk panggil sayang pun boleh"

Disebabkan pickupline Mark semua gadis-gadis menjerit kembali.

Tetapi fokus Fourth tertuju kepada budak Gem ni.

"Boleh tahan gak mamat ni, hensem." Fourth bercakap dengan dirinya sendiri.

Fourth memandang Gemini atas bawah, sehingga dia melihat ke mata Gemini yang dia tidak sedari, sudah memandangnya dari awal lagi.

Mereka bertatapan mata dan bibir Fourth perlahan-lahan terukir senyuman nakal yang dibalas oleh Gemini. Dia juga memberikan senyuman nakal ke Fourth.

"Gemini kamu duduk di sebelah Fourth, Mark kamu duduk di sebelah Ford." Miss Ploy berkata menentukan tempat duduk mereka.

"Fourth sila angkat tangan." Miss Ploy berkata dan Fourth menangkat tangannya.

"Terima kasih." Gemini berkata dan menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.

"Ford angkat tangan." Ford lalu mengangkat tangannya.

Mark hanya mengangguk ke Miss Ploy dan berjalan menuju ke meja di sebelah Ford.

Gemini duduk di sebelah Fourth.

"Harap kau boleh tahan dengan aku." Fourth berkata, senyuman nakalnya tidak meninggalkan bibirnya sambil menghulurkan tangannya.

Gemini hanya tersenyum sinis lalu menghulurkan tangannya juga untuk bersalaman.

Mereka bersalaman dan menatap mata masing-masing dengan dalam.

He's Mine. | GeminiFourthWhere stories live. Discover now