17 : Boyfriend

474 16 0
                                    

Malam tiba, Fourth sedang berdiri di balkoni yang terletak di luar bilik tidurnya.

Matanya menatap langit malam yang dihiasi bintang-bintang itu, tetapi otaknya masih memikirkan kata demi kata yang diucapkan Ford kepadanya petang tadi.

"Hargai orang yang tulus sayangkan kau sementara diaorang masih nak berjuang"

Seketika ayat itu melintas fikirannya.

Fourth dengan tergesa-gesa mengambil telefonnya dan membuka roomchatnya dengan Gemini.

Fourth dengan tergesa-gesa mengambil telefonnya dan membuka roomchatnya dengan Gemini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mesej dan panggilannya tidak kunjung mendapat jawaban dari Gemini. Membuatkan Fourth memutuskan untuk pergi ke rumah Gemini.

Fourth mengambil jaketnya kerana udara di malam hari sangat dingin. Fourth berjalan dengan terinjit-injit kerana tidak mahu membangunkan maenya yang sudah terlelap. 

Akhirnya Fourth berjaya keluar daripada rumahnya, dia berjalan ke rumah Gemini yang hanya bersebelahan dengannya itu.

Fourth mengetuk pintu kediaman Titicharoenrak itu perlahan.

Tidak lama kemudian, Mama Gemini membuka pintu. Ketika dia melihat Fourth lah yang mengetuk pintu rumah mereka, sebuah senyuman ramah muncul di mukanya.

"Kenapa Fourth?" Tanyanya lembut.

"Um.. aunty, Gemini ada?" Tanya Fourth, Fourth berdoa di dalam hatinya jikalau Gemini memang berada di dalam biliknya.

"Gemini tak ada, dia tak balik lagi.." Geleng Mama Gemini.

Fourth sekarang buntu, di mana lagi dia harus mencari Gemini?

Melihat raut wajah gelisah Fourth, Mama Gemini tersenyum dan tangannya mengusap lembut rambut hitam legam Fourth itu.

"Aunty tak tahu apa yang terjadi kat korang, tapi aunty harap, korang tak lari dari masalah dan selesaikannya sama-sama.."  Tangan Mama Gemini dengan perlahan turun dari mengusap rambutnya ke mengusap pipi merahnya itu perlahan.

"Kalau kamu tak tahu nak cari Gemini kat mana, cuba kamu cari kat taman. Gemini memang orang yang banyak diam tentang hal yang ganggu fikiran dia. Dia akan tengok langit sebab dia kata dia suka sangat bintang," Usapan di pipi Fourth terhenti, "Jaga anak aunty baik-baik ye, sayang" Mama Gemini meletakkan tangannya di bahu Fourth, sedikit meramasnya seolah memberikan semangat untuk Fourth.

Fourth mengangguk dengan percaya diri. Dia menyalam tangan Mama Gemini sebelum bergegas berlari ke arah taman yang dimaksudkan Mama Gemini.

Taman itu terletak tidak terlalu jauh daripada persekitaran rumah mereka.

Angin sejuk menerpa wajah Fourth membuatkan pipi dan hidungnya memerah.

Tidak lama kemudian Fourth sampai di taman dan matanya berlegar-legar mencari sosok Gemini.

He's Mine. | GeminiFourthWhere stories live. Discover now