Pelajar Baru Di KUDRAT

1K 22 3
                                    

Kahar x readers
Amir Ahnaf as Kahar
Readers as Anniesya Marsya

   Mesti pelik en kenapa aku sekolah kat KUDRAT sedangkan sekolah ni untuk lelaki semua.Ya,itulah jadinya bila kau anak pengetua KUDRAT. Kalau sekolah campur takpe lagi,ini sekolah lelaki semua.Gila lah.Tapi aku tak kisah,asalkan papa happy aku sekolah kat sini.

Aku baru je lepas kena buang sekolah sebab gaduh.Sekarang ni,aku tengah tunggu papa aku.Aku tengok gambar yang diletakkan dekat atas meja papa aku.Mata aku tertumpu pada satu gambar.Gambar family kitaorang.Aku tersenyum bila teringat kenangan kitaorang sama ii dulu.Tiba-tiba,pintu terbuka luas.Papa aku,Tuan Yusof pun masuk dalam pejabat.

"Dah lama tunggu,Marsya?".Papa memang panggil aku dengan nama belakang aku.Itu kira nama manjalah.Sebab semua orang panggil aku Anniesya except papa aku."Tak lama pun".Kata aku dengan tak lupa senyuman dihujung jawapan aku."Kamu dah daftar?".Tanya papa lagi.Aku mengangguk."Papa sihat?".Tanya aku pula.Yalah,aku dah lama tak jumpa papa since aku masuk asrama.

"Papa sihat je.Papa harap kamu suka bersekolah kat sini.Tapi,kalau kamu tak nak papa tak kisah.Papa tak paksa kalau kamu tak selesa".Kata papa lagi.Aku senyum."Eh papa.Marsya Okay je sekolah sini".Aku senyum pada papa supaya dia tak risaukan aku."Oh and Marsya jangan risau pasal dorm.Papa dah suruh pihak sekolah ready satu bilik khas untuk kamu supaya tak bercampur dengan budak laki,okay".Kata papa aku.

Aku tersenyum lebar bila papa cakap macam tu.Tipulah kalau aku kata aku tak suka ada bilik sendiri kan."Thanks,pa.I luv you".Sambil peluk papa aku."Ur welcome.Apa ii je untuk anak kesayangan papa ni".Kata papa aku.

Time Skip

Sekarang aku sedang bersiap untuk ke dewan makan sarapan pagi.Aku pakai uniform yang disediakan untuk aku.Baju kemeja dan seluar.Aku keluar dari bilik aku dan kunci lalu terus menuju ke dewan makan asrama.Jalan ke dewan makan dari bilik aku taklah jauh mana pun.Bila aku sampai kat dewan makan,aku terus beratur untuk ambil makanan.

Tiba ii,aku rasa bahu aku disentuh.Aku toleh belakang,ada seorang pelajar lelaki pandang aku dengan pelik."Ye saya?".Tanya aku."Awak sekolah sini ke?Tak tahu pula pengetua sini masukkan student perempuan?".Tanya pelajar lelaki itu."Ouh,papa saya nak saya sekolah kat sini untuk belajar".Kata aku.

"Papa...awak...?Papa awak siapa sampai awak boleh belajar kat sekolah lelaki?".Dia tanya lagi.Banyak betul soalannya."Papa saya pengetua kat sini".Aku kata sambil senyum sedikit.Pelajar lelaki tu macam terkejut tapi aku buat dek je.Lagi sikit makanan tu nak sampai kat aku.Cepat sikit.Aku lapar ni.

Pelajar lelaki tu tepuk bahu aku lagi."Ye saya?".Aku senyum untuk sorok annoyed aku pada si dia."Nama awak siapa ye?".Tanya dia."Nama saya Anniesya.Awak pula?".Tanya aku."Nama saya Ayam".Kata dia.Aku tahan gelak supaya dia tak fikir aku gelak kat nama dia.Tapi aku pelik,kenapa ayam.Dia mesti tengah tengok aku sekarang ni kenapa macam nak gelak.Aku pelik.Kenapa nama dia Ayam."Lebih baik ayam daripada sotong kan?".Kata Ayam.Aku senyum je dekat dia.

Aku baru nak ambil makanan,tiba ii ada 3 pelajar lelaki dengan muka tak malunya selamba badak je potong barisan."Orang lain pun lapar juga.Takdelah sampai potong barisan macam korang!".Kata aku dengan marah.Diaorang bertiga yang tengah ambil makanan tu terhenti dan pandang aku.And yes,aku mula rasa gerun bila diaorang pandang macam nak terkam aku je sekarang ni.

Siapa je tak takut bila 3 orang lelaki pandang korang macam nak bunuh korang but aku still tunjuk berani sedangkan lutut aku dah longgar."Apa kau cakap?".Kata salah seorang dari diaorang bertiga sambil mendekati aku tapi aku still dekat tempat aku berdiri."Aku kata,orang lain pun lapar tapi takde pun potong barisan cam korang ni".Kata aku.Aku perasan Ayam dekat belakang aku tengok situasi tersebut dengan perasaan yang takut.

Tak tahulah kenapa,tapi bayangkan kau tengah lapar tetiba ada orang potong barisan kau.Mesti kau bengang kan?Macam tulah perasaan aku sekarang ni."Kahar!Sorry ii,dia budak baru dekat sini.Dia tak tahu pape".Kata Ayam sambil tarik tangan aku untuk jauhkan diri daripada Kahar.

"Budak baru??Sejak bila KUDRAT terima pelajar perempuan pula ni??".Kata Kahar."Sebab aku anak pengetua sekolah ni.That's why lah aku sekolah kat sini".Aku senyum sinis pada diaorang bertiga.Aku tengok ada kawan dia dekat belakang tu muka dah cuak tapi Kahar still dengan riak muka yang sama.Aku tengok Kahar pandang aku atas bawah sambil sengih.Tipulah kalau aku kata muka dia tak hensem.

"Okay...disebabkan hari ni 1st day kau kat sini,aku bagi kau chance.Tapi,kalau kau buat lagi...".Kahar menjeda kata katanya."Kalau aku buat lagi kau nak buat apa?Kau nak pukul aku?".Kata aku dengan berani.Kahar still sengih."Nothing.Just to remind you".Kata Kahar sambil buat muka derp dia."Jomlah geng kita beratur kat belakang.Kesian pelajar perempuan kita ni lapar ye".Kata Kahar sambil memainkan rambut panjang aku.Aku menepis tangan dia.Diaorang pun terus ke belakang.

Aku tengok semua pelajar yang tengah beratur tengok aku shock,especially Ayam."Gila lah.Kau tau tak diaorang tu siapa?Diaorang f5 tau".Kata Ayam."Ala...apa masalahnya.Beza setahun je pun.Tapi,betullah aku cakap.Orang lain lapar beratur je.Tak macam diaorang pun".Kata aku."Ye aku tahu.Tapi diaorang tu ada lesen".Kata Ayam.Lesen?Lesen apa?Lesen macam nak bawa kereta atas jalan tu ke?Ayam perasan muka aku pelik.

"Takpe.Kau duduk dengan aku.Nanti aku cerita".Kata Ayam sambil senyum."Okay".Kata aku.Sementara aku ambil makanan,aku perasaan ada orang pandang aku dari belakang.Kahar.Dia tengok aku sambil tersengih.

"So,maksudnya,kalau kau nak lesen,kau kena bayar RM200 pada High Council dan dengan lesen tu kau boleh buat apa saje?".Tanya aku."Yes!Sebab tu kalau kau tengok ada orang buat benda illegal kat sini,kau jangan tegur.Sebab diaorang ada lesen".Kata Ayam.Aku tengah proses segala maklumat yang Ayam bagi tahu aku tadi.

Tiba ii,terasa seperti ada orang duduk kat sebelah aku.Aku toleh tepi,rupa rupanya pelajar yang bernama Kahar tadi duduk sebelah aku."Ye nak apa?".Tanya aku."Tak patut kalau aku tak bagi tahu nama aku kan?Nama aku Kahar dan kau??".Tanya Kahar.Patut ke dia tahu nama aku?Aku pandang Ayam untuk meminta bantuan tapi Ayam dah blah dulu biarkan aku berdua dengan Kahar kat sini.

Kuang aja punya Ayam.Tinggalkan aku berdua dengan Kahar kat sini."Anniesya".Aku beritahu nama aku."Ouh...Anniesya.Nama cantik,macam tuan dia".Kata Kahar sambil pandang mata aku.Kitaorang eye contact for a few seconds lepastu aku pandang tempat lain selain muka dia.Aku tak sepatutnya blushing sekarang ni.

"Emm...dah lah.Aku nak kena pergi kelas dah ni.Bye".Kata aku sambil cepat ii bangun untuk pergi kelas aku.Takkan 1st day pun nak lambat attend kelas kan."Bye,Anniesya".Kata Kahar dengan senyuman dia.Bukan senyuman macam tadi.Kali ni senyuman yang betul ii ikhlas.Aku balas senyuman dia dan terus bergerak ke kelas.Aku tak perasan langsung yang Kahar masih tengok aku dari jauh dengan senyuman dia.

*1134 words*

Projek:High CouncilWhere stories live. Discover now