𠗫 .ᨒ 🗒️ ikigai ﹅ %!
setelah selesai aktiviti night walk , mereka semua pulang ke kemah masing-masing berehat dan kumpul tenaga untuk aktiviti esok hari .
demian dan aaron sudah masuk kedalam kemah mereka berehat manakala kai duduk ditepi sungai menghirup udara malam sambil rendam kakinya . mentang-mentang kemah mereka berdekatan dengan sungai
aimy yang melihat kai sedang kusyuk di tepi sungai terus berlari mendekatinya
"KAYII BUAT APAA TU !" aimy berlari terus memeluk kai dari belakang . dia melihat kai yang sedang kusyuk bermain game di telefonnya
"aku ingat hantu kopek mana la peluk aku dari belakang" kata kai matanya ralit dengan telefon ditangan tidak menghiraukan aimy
"tak berhabis dengan subway surf kau" kata aimy lalu dia duduk disebelah kai merendam kakinya juga "arhh sejukk !" jerit aimy setelah merendam kakinya
"SHH !" kai menekup mulut aimy "orang nak tidur aimyyy" kata kai perlahan lalu dia melepaskan tangannya dari menekup mulut aimy risau tekup lama-lama nanti meninggal budak tu
"ops.. sorry hehe" bisik aimy
"nak cuba main ?" pelawa kai
"nak !" aimy menghulur tangannya mau mengambil telefon kai
"nah.." kai memberikan telefonnya lalu dia bersandar di bahu aimy "kau main diam-diam jangan bising nanti ikan-ikan dalam air ni marah" kata kai lagi lalu dia memejamkan matanya .
"kau dah habis bateri ke kai..biasanya kau bising" tanya aimy sambil fokus main game . itulah tadi dalam hutan bukan main terpekik lagi . sekarang dah habis bateri ."hmm.." jawab kai malas mahu melayan . penat dah
"wey.. kayi jangan tidur kat sini ! nak tidur masuk la kemah.." aimy mengerak-gerakkan bahunya supaya kai tidak tertidur
"aku nak lelap sekejap jelah" katanya
" nanti kalau betul-betul terlelap memang aku campak je kau dekat sungai ni tahu-tahu esok ada mayat terapung je dekat sungai ni-" aimy yang sedang membebel terus terdiam kerana kai mencium mulutnya .
YOU ARE READING
𝗶𝗸𝗶𝗴𝗮𝗶
Fanfiction𝘪𝘬𝘪𝘨𝘢𝘪 [OG] a reasons for being ; the thing that gets you up in the morning . genre ; comedy & romance fiksi ini mempunyai bahasa gaul & bahasa kasar , jika tidak selesa maafkan saya :) selamat membaca ! start ; 4 March 2023 end ;