cite dia camni... waktu tu Tok Dalang ngan Ah Tong nak gi mandi sungai, dorang berdua ajak Opah sekali. Semasa dalam perjalanan nak ke sungai opah terpijak kulit pisang dan tergelincir nasib baik ade hero yang selamatkan dia iaitu Tok Dalang daddy. Sejak itulah Opah mula jatuh cinta pada Tok Dalang.
Waktu tu Opah baru beli terompah baru jadi dia sayang nak bukak terompah tu waktu mandi sungai. Tok Dalang dan Ah Tong dah nasihatkan Opah tapi dia degil jugak. Kulit pisang yang dipijak Opah masih melekat pada terompahnya. Ini menyebabkan Opah tergelincir sekali lagi dan terompahnya tertanggal dari kaki busuknya. Tok Dalang yang menyedari hal itu segera mengejar terompah yang hanyut itu. Aksi Tok Dalang yang menyerlah itu mendapat perhatian gadis-gadis di sungai, Opah yang terpaling blushing disitu.
Kemudian Tok Dalang menyerahkan kembali terompah Opah sambil berkata "awok ni hati-hati la sikit.." sambil mengusap kepala opah. Opah kembali blushing. Ah Tong yang menyedari hal itu berasa cemburu kerana Ah Tong sudah lama menyimpan perasaan pada Opah sejak dalam kandungan ibunya lagi.
Beberapa tahun kemudian...
tahun berganti tahun akhirnya Opah bersedia nak confess. Tiba di sekolah, Opah terus menuju ke meja Tok Dalang sambil membawa coklat berbentuk hati. " Alang, sebenarnya.. I dah lama suke you..". Satu kelas memandang mereka berdua sambil berkata " ACCEPT JELA ALANG". Tok Dalang yang mendengar perasaan Opah pada dirinya sangat tekejot dan berkata " APA NI UDA?! MALU LAHHH~~" Lalu dia keluar dari kelas. Opah berusaha mengejar Tok Dalang sehingga ke padang sekolah. Opah berkata "Alang saya dah lama cintakan awak! tolong jangan begini!" sambil menarik tangan Tok Dalang. Tok Dalang yang menyedari ramai pelajar datang berkumpul untuk mengetahui jawapannya lalu berkata " baiklah awok mari bercinta!" Orang ramai bersorak seperti di stadium ketika mendengar jawapan Tok Dalang.
Ah Tong kecewa mendengar jawapan dari Tok Dalang. Sebenarnya, Ah Tong berniat nak confess pada Opah dalam hari yang sama dan dia menyediakan sejambak bunga Rose untuk diberikan kepada Opah.
Sebulan selepas tamat SPM, Opah dan Tok Dalang pergi honeymoon di India. India merupakan negara yang diimpikan oleh Opah untuk honeymoon bersama suami tercinta. " Terima kasih awak, sudi menjadi isteri saya hingga ke Jannah " kata Tok Dalang sambil memeluk Opah. Opah kembali blushing. " Awak, saya lapar lah, jom kita pergi restoran 5 bintang di sini. Saya dengar, restoran itu sangat terkenal di India. Tulang ayam disitu hanya berharga RM 999.00 sahaja". Tok Dalang tercekik karipap yang digoreng 2 hari lepas. Namun, demi isteri yang tercinta, tiada apa untuk dikatakan ' tidak '.
Tiba di restoran, Opah memesan banyak makanan seperti sosej kukus, air udang dan milo panggang. Semasa sedang menunggu makanan sampai, perut Opah tiba tiba sakit dan hampir terkentut. Haruslah menjaga maruah diri dihadapan suami kerana masih baru berkahwin. " Saya hendak ke tandas dulu ya. Jika makanan sudah sampai, jangan makan dulu *wink ". Selepas habis urusan di tandas, tiba tiba datang seorang lelaki berpakaian serba hitam menarik tangan Opah. *sensetif content*. " Mana bini aku ni, lamanya... aku dah lapar dah ni". Kata Tok Dalang sambil memandang makanan yang telah terhidang di atas meja.
Beberapa minit kemudian...
"Maaf awak, s.. saya sakit perut tadi." kata Opah sambil mengelap air mata yang hampir mengalir. "Tak mengapa.. eh, awak ok tak ni? ada apa apa yang terjadi ke?". Tok Dalang sangat risau dengan keadaan isterinya. "Nanti di rumah saya cerita ye. Mesti awak menunggu lama kan? mari makan :)". Mereka berdua makan dalam keadaan kekok. Tok Dalang memikirkan bayaran yang perlu dibayar untuk makan di restoran mewah dan terbaik di India manakala Opah memikirkan kejadian yang ditimpanya tadi. Selesai makan, mereka terus pulang. Tok Dalang telah melihat masa depannya yang akan merempat di India.
Dirumah, opah menceritakan kejadian tadi. Tok Dalang sangat terkejut dan merasa marah. "Apa yang awak katakan ini? sampai hati awak curang semasa kita honeymoon!". "Bukan salah saya, lelaki itu yang tiba tiba mumcul dan tarik saya. Bagaimana kalau saya m4t1 tadi? awak hanya salahkan saya? saya ingat awak sayangkan saya! saya tersilap selama ini. CERAIKAN AKU!. Tanpa berfikir panjang, Tok Dalang melafazkan cerai. Opah yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dia telah menjadi janda berlari keluar dari rumah.
Akibat terlalu stress, Opah mula memberontak. Dia minum arak dan main judi untuk menanggung kehidupan dia disana. Bulan berganti bulan, Opah telah melahirkan seorang anak lelaki dan dinamakan Muthu. Kehidupan mereka tidak pernah bahagia. Apabila hari lahir Muthu tiba, duit yang diperolehinya dirampas oleh Opah untuk bermain judi. Muthu tidak mengetahui kehidupan luar kerana tidak mempunyai rakan dan tidak kesekolah. Bak kata peribahasa, Seperti katak dibawah tempurung. BERSAMBUNG...