"Asahi...." Haerin menahan Asahi. Dia ingin katakan sesuatu yang sangat penting dan dia mahu Asahi tahu.
"Bagi saya 5 minit. Saya nak cakap dengan Haerin sekejap." Dua pegawai polis yang mengiringi Asahi untuk masuk ke dalam kereta polis hanya mengangguk. Mereka memberi ruang Haerin dan Asahi berbicara untuk kali yang terakhir.
Asahi hanya menunduk. Menunggu Haerin memulakan kata.
"Saya akan tunggu awak Asahi..." Haerin tekad, dia tetap akan tunggu Asahi keluar dari penjara. Dia sanggup menunggu. Walaupun terpaksa menunggu seumur hidupnya.
"Jangan....jangan tunggu aku." Asahi tidak memandang muka Haerin. Bukannya dia tak sudi untuk menatap wajah yang sudah mendapat tempat di hatinya tapi dia tak sanggup melihatkan kesedihan yang terpamer di wajah itu. Wajah yang sentiasa berada di fikirannya semenjak pertemuan mereka yang pertama.
"Kenapa?"
Asahi mengeluh panjang.
"Tak berbaloi kau tunggu orang macam aku. Kau patut cari orang yang sepadan dengan kau. Aku tak layak. Langsung tak layak untuk duduk sama tinggi dengan kau." Hatinya pedih melontarkan kata itu tapi itu adalah hakikat.
Dirinya terlalu kotor untuk hidup bersama Haerin. Terlampau banyak dosa yang dia lakukan dan biarlah dia menanggung dosa itu sendiri. Dia tak mahu Haerin hidup bersama dengan insan terhina sepertinya.
Dia sedar siapa dirinya. Haerin berhak untuk dapatkan lelaki yang lebih baik darinya. Haerin berhak untuk bahagia. Dia tak mampu untuk membahagiakan Haerin. Cukup lah Haerin bahagia walaupun bersama lelaki lain, dia akan bahagia jika Haerin juga bahagia.
"Layak atau tidak itu bukan soalnya. Biar saya yang tentukan sama ada awak layak atau tidak buat saya." Dia sedar akan keputusan yang dia lakukan. Sekali dia jatuh sayang, selamanya dia akan sayang.
Dia tahu sejarah silam Asahi dan dia sanggup menerimanya. Walau seteruk mana pun Asahi dulu tapi Asahi lah yang selamatkan nyawanya. Kerana Asahi lah dia masih lagi bernafas hingga ke hari ini.
Dan yang paling penting sekali, Asahi adalah orang pertama yang boleh membuatkannya jatuh cinta. Dia tak peduli apa orang lain cakap kerana ini adalah hidupnya dan dia berhak untuk tentukan hidupnya sendiri!
Setitik air mata jatuh juga di pipi Haerin. Dia tak inginkan perpisahan ini. Dia tak sanggup lihat Asahi di bawah pergi.
"Jangan degil boleh tak?!" Keras Asahi membalas. Dia mengangkat muka. Wajah Haerin yang sudah basah dengan air mata dipandang sayu. Asahi tak sanggup lihat air mata yang jatuh dari pipi mulus itu.
Jangan menangis sayang. Aku tak sanggup tengok kau menangis sebab aku. Aku tak nak jadi orang yang menyebabkan kau menangis.
"Saya tak akan ikut apa yang awak cakap kali ni." Haerin menggigit bibir. Menahan sebak yang menguasai diri. Matanya semakin kabur dengan air mata.
Asahi hanya diam. Dia mula menjauhkan diri dari Haerin. Asahi mendekati polis yang sedia menunggu untuk membawanya ke penjara.
"Asahi..."
Asahi tetap pergi tanpa memandang muka Haerin lagi. Dia harus mendidik hati supaya belajar melupakan Haerin. Relakan aku pergi dari hidup kau. Aku tak layak untuk kau.
"Asahi....saya akan tetap tunggu awak!"
----------------------------------------------
7 TAHUN KEMUDIAN.......
Haerin menggengam erat tangannya. Degupan jantungnya juga semakin tak menentu. Sesekali dia menelan air liur. Cuba menghilangkan rasa gemuruh yang menguasai diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/327694912-288-k485575.jpg)
YOU ARE READING
GONE FOR GOOD ~ASAHI~
Fanfiction"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...