Amy kelihatan baru sahaja keluar dari ruang pemeriksaan. Riak wajahnya sudah dapat bertapa kesalnya dia ketika itu apabila Gopal mentertawakan dirinya yang sudah berperban hampir keseluruhan tubuhnya atau digelar Gopal..

"Dey Mumi.. asal degil sangat tak nak diperiksa hah?" Tanya Gopal setelah selesai mentertawakan Amy sambil meletakkan tangannya dibahu Amy.

Soalan tersebut diabaikan Amy dan memilih duduk disebelah Kapten Kaizo yang turut berada disitu. "Luka kecil konon." tidak disangka Kapten Kaizo turut menyindir dirinya.

"Wei Ain,Asal kita dekat sini hah?" Tanya Haziq sambil menyiku lengan Ain yang kelihatannya mencari seseorang.

Ain menolak Haziq ketepi dengan kuat sambil membalas "Saja melawat member lama, lagipun dah terserempak. Jadi kenalah bertukar khabar kan?" Lalu berlari ke arah Kapten Kaizo yang turut melihat kehadiran mereka berdua.

"Yo Kai- pffft- Bwahhahaha!" Ain seketika tertawa lepas disaat melihat Amy yang berada disebelah Kaizo. "Haziq. Haziq.. hahaha"

Haziq yang tiba sebelah Ain keliru dikala melihatnya tertawa. "Apa?kenapa kau ni?"

"Tu.. hahaha.. tu.." dalam sisa tawanya Ain menunjukkan kearah Amy yang sudah menatap dengan wajah datar.

Haziq melihat kearah Amy dan seketika itu jugalah, tawa Haziq lepas membuatkan Ain yang terikut tertawa kembali. "Dah rupa mumia.. hahahah..."

Setelah beberapa minit tawa mereka berdua pun reda. "Hai Kaizo!Apa khabar kau?dah lama tak jumpa" Tegur Ain pada Kaizo.

Bukannya membalas sapaan Ain, Kaizo malah bertanya semula "Dah habis?"

"Habis apa?" Wajah keliru jelas terpampang setelah Ain tidak dapat menangkap maksud dari soalan Kaizo.

"Tak ada apa.." kata Kaizo lalu menarik Ain supaya duduk disebelahnya.

"Ouh ok.. hah apa khabar kau sekarang?"

"khabar aku baik je, kau?" Kini Kaizo dan Ain mula bertukar khabar semula sementara Haziq berbual dengan Amy dikeranakan hanya Amy sahaja disitu setelah Gopal pergi ke kantin.

Setelah lama berbual akhirnya Kaizo tersedar sesuatu dan terus bertanya pada Ain dan Haziq. "Kenapa korang berdua ada dekat Sunnova Stasion hari tu?"

"Ouh tu.. hehehe.. jalan-jalan.." Ain dan Haziq membalas dengan sengihan yang tidak lepas setelah mendengar soalan tersebut.

"Jalan-jalan?"

"Kitaorang teleportasi secara acak.. dan sampai kesana.." terang Haziq pada Kaizo dan Amy yang jelas tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan Ain.

Amy dan Kaizo hanya mampu mengangguk memahami apa yang terjadi. Lalu Amy mula memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan tanda perkenalan "Ah Aku Amy.. kuasa aku teleportasi dan munculkan senjata atau barang yang aku nak.."

"Ouh, Aku Naomi Azuri Infirno.. panggil saja Ain. " Ain menyambut huluran Amy.

"Aku Noah Hazriq Elliot, panggil saja Haziq atau Elliot.. Aku cousin Ain." Kata Haziq memperkenalkan dirinya setelah Ain memperkenalkan diri.

Amy mula bertanyakan apa yang terlintas dimindanya "Ouh.. korang ada kuasa teleportasi macam aku juga ke?"

"Tak.. kami ahli sihir." Balas Ain dan Haziq serentak dengan pandangan serius.

"Ahli sihir?" Amy menutup mulut tidak percaya setelah mendengar apa yang dikatakan mereka berdua.

"Ah.. kenapa korang ke sini? Biasa kau terus menghilang kalau hal macam ni, Ain?" Tanya Kaizo setelah merasakan kejanggalan

"Aku nak minta tolong sikit.. dan alang-alang dah terserempak dengan kau dekat Sunnova Stasion kenapa tak terus tanya khabar je kan?" Balas Ain santai, kenapa dia nak tipu kan? lagipun niat dia dua saja.

"Tolong apa?"

"Aku tipu mak ayah aku tentang kem angkasa TAPOPS.." jelas Ain apa yang terjadi dengan santai.

"Jadi?"

"jadi.. aku nak buat tipu aku jadi kenyataan.." kata Ain terlihat semakin serius

"Jadi untuk buat ia menjadi.." Ain jelas kelihatan semakin serius menatap ke arah Amy dan Kapten Kaizo. "Aku dengan Haziq akan lalui Ujian Kental"

"Bila?" Kelihatan Kaizo tersenyum kecil setelah mendengar kata-kata Ain sebentar tadi.

"Setelah budak BoBoiBoy tu.. kembali sihat."

Kaizo terkejut mendengar nama BoBoiBoy disebut Ain. "Macam mana kau tahu BoBoiBoy?"

"Huh?aku lalu dekat bilik budak dengan kuasa elemental tu.. lepas tu dengar semua panggil dia BoBoiBoy..kan Haziq?" Balas Ain selamba

"Ha ah.. betul lah tu. Tapi aku memang tahu dia tu Boboiboy.. dia kan popular.. Ain tahu masa lalu tadi."

Kaizo menarik nafas lega. "Eh.. dia popular ke?asal aku tak tahu?"

"Iyelah bukan macam kau. kentang.."

"Aku terima aku kentang.. sebab budak BoBoiBoy tu boleh tahan goodlooking macam Laksamana Mechamoto.. tapi kenapa aku rasa ada yang aneh?" Balas Ain lalu terfikir sesuatu

"Apa yang aneh?" Tanya Amy mewakili mereka bertiga disitu

Dengan gaya berfikir Ain membalas pertanyaan Amy "Laksamana Mechamoto ada strip putih pada rambut sebab keturunan.. dan aku perasan BoBoiBoy tu pun ada strip putih pada rambut dia.. dan biasanya strip keturunan macam tu jarang terjadi.."

"Apa kau nak sampaikan ni?" Tanya Kaizo mula terfikir akan perkara yang dikatakan Ain

"Kemungkinan besar Aku rasa BoBoiBoy tu.."

Semua semakin tertanya-tanya apabila Ain mula berbual terkejut.

"Apa? BoBoiBoy apa?" Tanya Amy teruja walaupun tak kenal siapa Laksamana Mechamoto yang dibualkan mereka.

"Anak Laksamana Mechamoto.."

"Aku rasa apa yang kata tu masuk akal juga.." kata Kaizo menyetujui pendapat Ain dan turut mendapat Anggukan setuju daripada Haziq.

Amy dengan wajah keliru mula bertanya. "Ah.. siapa Laksamana Mechamoto?"

Sementara itu ditempat Amato

"Haishummmm!!!haish siapa pula main sebut-sebut nama aku ni?" Kata Amato dan Mechabot serentak lalu menatap sesama sendiri.

"Kau nak perli aku ke apa?" Tanya Amato dengan wajah jengkel pada Mechabot.

"Eh kau yang nak perli aku.." balas Mechabot tidak terima.

Maka terjadilah perdebatan antara mereka berdua.

Kembali semula pada Kaizo, Haziq, Ain dan Amy

"Dia masuk serentak dengan BoBoiBoy ke?" Tanya Haziq pada Kaizo mengabaikan soalan Amy

"Ya.. adik aku cakap.." balas Kaizo. Lalu mereka berdua mulalah berjalan pergi kearah ruang makan sambil berbual-bual kosong.

"Siapa Laksamana Mechamoto,Ain?" Tanya Amy lalu berpusing menatap Ain. Namun dirinya baru tersedar bahawa tiada sesiapa disitu melain dirinya, kerana Ain yang teleportasi pergi setelah melihat Kaizo menarik Haziq.

"Arghh!kenapa mereka tak nak cakap siapa Laksamana Mechamoto tu!" Bentak Amy geram sambil menghentak kakinya lalu berganjak pergi dari situ.

"Kenapa Ain nak tunggu BoBoiBoy sedar dulu?kenapa juga dia fikir Laksamana Mechamoto adalah Ayah BoBoiBoy?" Seseorang yang bersembunyi disebalik dinding dan mendengari semua perbualan dari awal abangnya bersama sahabat lamanya. Akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya menatap Amy yang semakin jauh.

"Kau hanya bertukar khabar dengan abang aku?" Tatapannya sendu

Sementara itu di sisi Ain

"Mana agaknya Fang?padahal dia yang aku cari.." katanya sambil melihat kearah semua arah mencari kelibat orang yang dicarinya.

"Dia cedera teruk ke tak agaknya?"

[To Be Continued]

I'M YOUR PRINCE [ONGOING](Hiatus)Where stories live. Discover now