"You are the reason who i am."
Mereka mengambil gambar di atas pelamin bersama-sama. Warna baju yang sedondon.
"InsyaAllah aku akan pimpin kau sampai ke syurga." bisik Qaridzh di tepi telinga Qezryn.
"So, Awak nak ikat saya berapa bulan?" Tanya Qezryn secara membisik. Dia memandang sisi muka Qaridzh yang tampan lagi bergaya yang sudah lama menjadi pujaan hatinya sejak tiga saat yang lalu.
"Sebulan selepas habis spm. Dalam masa sebulan tu, kau jangan nak cuba-cuba nak jauhkan diri dari aku." Mendatar sahaja nada suara Qaridzh meletakkan amaran sepanjang tempoh pertunangan mereka.
"S... Sebulan? Awak biar betul? gelojohnya." Tidak dia sangka, orang tua seperti Qaridzh yang berusia 24 tahun ini gelojoh seperti syaiton.
"Aku tak suka nak haram kan kau lama-lama. Aku cuma kesian kan aku. Tak pasal-pasal jadi spesies anjing. Haram. Haram untuk aku." Tajam mata helang Qaridzh menikam nata bundar milik Qezryn.
"Okaylah, saya anjing, awak bapak anjing. Kita seiringan, sepadan, dan seangkatan dengannya." Balas Qezryn menuturkan bicara. Di hari bahagia seperti bencana yang dibuat oleh Qaridzh ini, dia perlu bahagia bersama senyuman yang sentiasa terukir di bibir.
"Apa-apa aje lah budak. Asalkan kau comel." Hujung bicara, Qaridzh memperlahankan suara. Berharap agar Qezryn tidak mendengarkannya.
Mata mereka saling bertatapan.
"Saya dengar apa yang awak cakap tadi. Terima kasih. Itu semua budi Mak saya. Bagi saya sifat comel. Mak pernah pesan dulu, jadi seorang yang baik, tapi saya tak nak ikut. Saya nak jadi comel. Baru boleh pikat bakal suami. Lepastu, mak saya kata, lantak kau lah." Qezryn tersenyum lebar sambil bercerita kepada Qaridzh.
Qaridzh mengangguk perlahan. Melayankan karenah Qezryn. Dia sanggup menadah telinga demi Qezryn, walaupon taik telinganya cair.
"Dah habis bebel? Jom turun dari pelamin. Makan banyak-banyak okay princess?"
"Aip! Aip! Captain. Saya menurut perintah." Qezryn membuat gaya menabik spring. Dia mendekatkan mukanya ke arah muka Qaridzh, lalu di kenyitkan matanya keoada Qaridzh.
Bertaut kening Qaridzh. Selepas itu riak wajahnya kembali kepada normal. Tiada riak. Beku sahaja.
Lalu Qaridzh pamit terus ke ruangan dapur untuk pergi ke tandas. Mahu membasuh mukanya yang sedang berasa panas.
Lambat betul reaksi blushing nya muncul. Malu! Bakal bini kita wink kat kita lah tadi wei!
Ssrt...
Bunyi pintu dikuak dari luar.
Qaridzh menoleh ke arah pintu. Dahinya berkerut seribu apabila melihat seorang wanita muda menerjah masuk ke dalam bilik air itu tanpa melihat orang di dalamnya.
"Apahal kau main masuk je ni?" Soal Qaridzh dingin tanpa riak. Nak aje aku tibai minah sengkuag yang tak bermaruah ni karang! Bakal bini aku lagi lawo.
"Suka hati I lah, ni rumah mak I. You pun satu, Kenapa tak kunci pintu ni? Kan I dah termasuk tanpa sengaja."
"Kau berambus sana. Sebelum kepala kau berkecai aku tembak." Qaridzh menyuakan kepala pistol tepat ke arah muka Anak mak ngah, iaitu Suhaila.
Suhaila tercengang, tergamam dan terkedu. Dia yang melihat Qaridzh mula melangkah mendekati dirinya mula menjerit. Degupan jantungnya usah di kata. Bagai di lenyek lenyek dengan lori pembuat jalan tar. Gerun.
YOU ARE READING
Unwanted Soulmate | OG
Romance𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐄𝐑𝐕𝐈𝐗𝐄𝐍 | 2 ❝Aku nak bina rumah dengan kau. Tapi ada tangga.❞ Qezryn Lillyan - Selepas kejadian gelap yang menimpa dirinya, dia menetapkan pendiriannya agar tidak jatuh ke dalam kata-kata kaum itu lagi. Berita tergempar...