BAB 1: The Moment I Met You

150 4 0
                                    

TW!!!

GURUH berdentum di langit dan hujan sudah mula rebas mebasahi bumi. Menandakan hujan ribut akan berlaku. Ketika itu, langit kelihatan sudah gelap. Sesekali guruh berdentum membingitkan telinga.

TAP, TAP, TAP.

Bunyi derap kaki berlari di hutan yang gelap itu. Rose berlari sekuat hati. Kedua-dua tangannya dibaluti bandage. Akibat didera secara kerap oleh ibu bapa angkatnya. Kakak angkatnya juga turut serta menyeksa Rose setiap hari. Dress putih yang tersarung di tubuh Rose terkoyak dan lusuh. Tubuhnya yang basah kuyup dihiraukan. Hampir dirogol oleh bapanya, Rose melarikan diri dari rumah.

Tangisan demi tangisan mengalir di pipinya. Air mata sudah tak terkira mengalir daripada matanya diseka kasar. Kaki bagaikan ingin tercabut. Walaupun begitu, Rose tetap meneruskan usahanya untuk melarikan diri sejauh yang mungkin dari hidup yang perit itu.

Sakit hatinya bagaikan dihiris-hiris. Luka yang berbekam di hatinya amat sukar diusir. Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Dirinya bagaikan dipijak-pijak seperti makhluk yang tidak bernyawa. Diperlaku sebegitu kejam oleh ahli keluarga angkatnya. Satu perasaan yang tidak pernah Rose rasai memberanikan dirinya untuk mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Sedang Rose berlari.

Tiba-tiba...

AUUU!...

GRRR!...

Kedengaran serigala mengaum. Rose mengalihkan wajahnya kearah bunyi tersebut. Matanya terpukau melihat serigala tersebut. Akibat kilat sambar menyambar menjelaskan lagi pengelihatan Rose. Kedua-dua matanya terbuka luas melihat makhluk itu. Tidak lagi tidak bukan. Saiz serigala yang besar itu mengejutkan Rose. Sepantas kilat Rose berlari menyelamatkan diri. Tahu akan nyawanya berada di hujung pedang. Di dalam fikirannya hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja.

Langkah kakinya semakin perlahan. Tidak mampu lagi untuk berlari. Tubuhnya semakin lemah. Kemudian kelam dan Rose jatuh tersungkur. Air hujan membasahi tubunya. Darah semakin banyak mengalir keluar daripada bahagian tangan dan kakinya yang tidak berkasut itu.

Semakin hampir, makhluk seakan gergasi itu. Melihatkan Rose yang separa terbaring di atas tanah basah itu. Makhluk tersebut memperlahankan dirinya dan bergerak mendekati Rose. Gigi taringnya terselah menandakan mangsanya sudah sedia untuk dibaham. Mata seperti helang tajam menusuk mata Rose yang kuyu itu. Menggigil tubuh Rose. Rose menyerat tubuhnya ke belakang sedikit demi sedikit sehingga merasakan dirinya terkena sebatang pokok.

Rose terperangkap.

RAWRRR!!!

Muka Rose ditutup oleh kedua-dua tangannya. Rose merasakan nyawanya sudah melayang.

BOOM!!!

Bunyi hentakan kuat jelas kedengaran dari arah hadapan. Seekor lagi serigala bersaiz besar menghentak serigala tersebut ke tepi. Bermulanya perang di antara kedua-dua makhluk itu. Serigala itu bergaduh dan menyerang antara satu sama lain. Seigala-serigala tersebut menggigit lalu membaham menyebabkan darah terpancut keluar dari tubuh masing-masing.

Sehinggalah salah seekor serigala itu, mengeluarkan kuku yang tajam lagi panjang lalu menusuk tubuh serigala itu. Kukunya yang terbenam itu membuka peluang kepadanya. Sepantas kilat dia menarik kukunya yang terbenam membuat satu garisan lurus di leher serigala tersebut.

FUSH!

Bunyi percikan darah keluar dari leher makhluk tersebut lalu tubuhnya rebah di atas tanah.

Rose yang sedari tadi hanya diam terpaku melihat situasi di hadapannya. Tergamam. Rose tidak pernah melihat situasi seperti ini di dalam hidupnya. Hampir merasakan semuanya bagaikan mimpi ngeri baginya.

DARKNESS & LIGHTWhere stories live. Discover now