Bab 18: I'll Treat You Nicely

13 0 0
                                    

Krrakk

Pintu gerbang dibuka.

Dilihatnya Xavier sedang bersandar di kereta limousine hitam miliknya sambil tangan disilangkan ke dada. Segak bergaya dengan leather jacket berwarna coklat dan seluar panjang hitam. Kaca mata hitam masih terletak di wajahnya manakala rambutnya gaya messy hair. Nampak santai!

Pertama kali Rose melihat Xavier memakai pakaian sesantai ini selalunya dia akan mengenakan pakaian formal iaitu black morning suits.

Damn! He is hot! Get a grip on yourself, Rose. Kau masih marah dengan dia kan. Jangan lupa tu.

Rose menarik nafas sedalamnya dan dihembus keluar.

Xavier mengalihkan pandangan ke arah Rose.

Terkesima!

Gaun berwarna pink lembut tersarung di tubuh langsingnya. Rambut hitam lebat yang ikal mayang dibiar lepas serta sepasang kasut sukan berwarna putih dipadankan dengan gaun yang dipakai.

Rose berjalan menuju ke kereta. Semakin dia menghampiri ke kereta atau lebih spesifik ke tubuh tegap itu. Hatinya berdebar-debar. Sungguh dia terlihat kerdil jika ingin dibandingkan dengan tuan empunya badan.

“Too revealing.”

“What? Excuse me!” Tak percaya dengan apa yang diedegari.

George, bring me a black cloak.” Arah Xavier kepada Butler George.

Setelah mendapat cloak tersebut Xavier menyarungkannya ke tubuh Rose yang terdedah di bahagian bahu dan menariknya menutupi bahagian kepala Rose. Justeru tangannya pula ditarik oleh Xavier memasuki kereta.

“Hei!” Marah Rose.

Keep quiet or you’ll be lock forever in that room.” Ugutan berbaur serious diberikan kepada Rose.

Geram dengan perilaku Xavier namun Rose hanya mengikut takut dengan ugutan tersebut.

Ragnvald Royalty Market

“What is this place?” Soal Rose.

“Follow me.” Suara dalam itu memberi arahan.

Iii…menjengkelkannya mamatni. Hatinya berdialog.

Pelbagai hidangan serta kedai seakan-akan booth disediakan. Kanak-kanak berlari bertempiaran. Bergelak ketawa keriangan. Ada juga yang menangis kerana dimarahi ibu bapa. Belon warna warni diletakkan di setiap penjuru kedai sebagai tarikan pengunjung agar membeli barangan yang dijual. Suasana riuh rendah menguasai pasar itu.

“Wah!” Terlopong mulut Rose melihat pemandangan di depan matanya.

Langkah dilajukan bagi meneroka makanan yang dijual di situ.

No way! Sate pun ada jual kat sini. Yong Tau Foo pun ada!” Hampir meleleh air liur melihat makanan yang sudah lama tidak dilihat olehnya.

“Sedapnya.” Rose mengigit bibir menahan rasa kelaparan yang mencanak naik.

“Beli-beli! Tiga batang dua ringgit.” Pelawa pak cik itu.

Alamak aku tak bawak duit. Kenapa lah mamatni tak bagitahu aku yang kita pergi tempatni. Boleh aku bawak duit siap-siap. Ingatkan dia bawak aku ke penjara betul-betul ke. Hmph!

Tiba-tiba sebuah tangan berserta duit dihulurkan kepada pak cik di hadapannya.

“Dua belas batang encik.”

Dua belas batang! Gila ke apa! Dia makan semua tu ke? Eh, sekejap. Boleh pun cakap Bahasa Melayu mamatni.

Pak cik itu mengambil duit dan menghulurkan plastik yang sudah tersedia dua belas batang fishball.

“Here, take it.”

Plastik itu dihulurkan ke Rose.

“Ha!”

“Eat all of it.”

“Wait. No. You don’t need to…”

Just take it. Air liur kau meleleh tengok makanan tu.” Perli Xavier.

“Apa?”

Xavier mendekatkan wajahnya ke Rose walaupun berkaca mata Rose dapat merasakan dia ditenung tajam oleh sepasang mata itu.

“Fine!”

Plastik diambil dengan kasar.

Fishball disuakan ke dalam mulut.

“Mmm… Sedapnya!” Rose mengunyah makanan yang lazat itu.

Selepas makan beberapa batang fishball Rose memandang Xavier.

“Anyway, thank you for this fishball. You should tell me earlier about bringing me to this place. I would have prepared some money.”

“That’s why I didn’t tell you.”

Mata dikecilkan tidak faham dengan kata-kata Xavier.

“I will pay for everything that you want so just take anything that caught your eye. That’s the reason why I brought you here. I want to treat you nicely so bear with me.” Jelas Xavier.

Kata-kata yang ringkas tapi mampu mencairkan hati mana-mana wanita yang mendengarnya.

Merah padam muka Rose. Matanya memandang ke merata-rata tempat asalkan bukan pada lelaki itu.

Kenapa gentleman pulak mamatni harini? Relax Rose. Relax. Hatinya tak keruan.

Mereka berdua meneruskan aktiviti meneroka dan menjamah pelbagai makanan di situ. Satu persatu kedai dikunjungi. Hari itu menjadi hari yang paling bahagia buat Rose. Merasai makanan di situ mengingatkan kembali memori di dunianya dulu.

Pap!!

“Uwekkk…” Seorang budak perempuan menangis.

“Adik! Awak okay ke? Sorry, akak tak perasan.” Rose memohon maaf kepada budak perempuan itu.

“Uwekkk…” Lagi kuat tangisan budak perempuan itu.

Rose rasa bersalah. Dengan pantas otaknya berfikir cara untuk menenangkan budak itu. Satu idea menerjah otaknya.

“Adik, tengok ni akak ada gula-gula. Nah, adik ambik la.”

Tiga biji gula-gula diberikan kepada budak itu.

Budak itu berhenti nangis.

Yes, berjaya! Jerit Rose di dalam hati.

“Adik jangan menangis dah tau. Kalau adik ambik gula-gula ni mesti adik akan happy.”

Pipi budak itu dicubit lembut oleh Rose.
Budak itu memerhati Rose dan mengambil gula-gula itu. Dia berlari ke pangkuan ibunya semula.

“Hehe… Berjaya pun buat dia berhenti menangis.”

Dia senyum puas.

Xavier di sisi nya hanya memerhati gelagat Rose. Setiap inci pergerakan tubuh itu dilihat. Terpesona dengan tindakan Rose.

Riak panik yang terlakar di wajah ibunya itu kembali normal setelah menjumpai anaknya yang hilang waktu itu. Budak itu dimarahi dan dipeluk sebagai pujukan untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Pipi budak itu dicium oleh ibunya dan mereka berlalu pergi.

“Haih… Sebaik budak tu jumpa ibu dia balik.” Kata Rose.

Matanya melirik ke Xavier di sisi namun raut wajah Xavier berubah…

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

DARKNESS & LIGHTWhere stories live. Discover now