PS: 01

54 3 0
                                    

Author macam tak mature tulis cerita macam ini.

Plot dia macam budak-budak. Aku langsung tak boleh brain.

Agaknya dia rasa dia terpaling bagus lah itu. Itu yang terpaling yakin nak terbit buku macam ini.

Membazir duit aku beli!

Puas dada telefon itu aku tatal ke bawah. Semakin lama, semakin mencucuk ulu hati. Bila tersedar pandangan aku semakin kabur dan berkaca, terus aku matikan telefon. Gadjet petak itu aku campak ke sisi.

Nafas ditarik sedalamnya. Malas mahu melayan perasaan yang sedang terumbang-ambing. Ini bukan pertama kali kecaman tersebut dituju padaku tetapi seringkali sahaja mengusik jiwa. Padahal aku sudah berjanji, aku mahu jadi kuat. Ambil semua kecaman itu sebagai pembakar semangat. Namun bukan semangat aku yang terbakar, hati aku yang terbakar sekarang.

Aku mencapai pula novel tebal di atas meja sisi katil. Tajuknya Pawana Cinta. Karya Cik Adiwarna.

Sambil berbaring terlentang, aku membelek helaian demi helaian muka surat novel itu. Novel yang ketiga aku berjaya terbitkan di sebuah syarikat terbitan. Pada awalnya, novel pertama dan kedua aku yang bergenre romantik moden mendapat sambutan yang hangat. Jadi aku terasa ingin menulis lagi. Dengan nasihat keluarga, aku mencuba menulis genre fantasi pula. Sangkanya sambutannya sama hangat macam dulu, nampaknya meleset.

Semasa terbitan novel terawal itu, tipu lah kalau aku kata tiada yang kecam. Pembenci itu ada di mana-mana. Tak boleh elak. Namun tidak seteruk kini. Rata-ratanya mengecam novel terbaru aku. Sehinggakan, aku yang sedang dalam perjalanan nak menulis jilid kedua novel itu pun terhenti separuh jalan. Jujurlah, siapa yang tak takut kalau novel jilid kedua nanti lagi teruk dikecam dari sekarang ini? Aku takut untuk hadapi kemungkinan itu.

Pintu bilik kedengaran diketuk dari luar. Kemudian kedengaran pula suara mama memanggil dari luar. "Adik, adik tak nak makan? Mama sudah siap masak?" Mama bersuara. Aku dengan pantas membuka daun pintu.

"Nak. Adik nak makan." Sahutku. Muka mama nampak terkejut melihatku. Ibu jari mama mengusap bawah mataku. Eh, aku menangis ke?

Terus aku mengesat lebihan sisa dengan lengan baju t-shirt yang tersarung di tubuh. Macam mana aku boleh tak perasan yang aku menangis? Bertambah malu lagi bila mama yang nampak.

"Kenapa adik menangis ini? Siapa buat? Bagitahu mama."

"Tak ada apa. Adik cuma penat je. Biasalah cuti mid sem ini banyak assignment yang lecturer bagi. Adik takut kalau adik tak sempat buat." Jelas sekali aku berbohong. Padahal semua tugasan itu tiga hari awal-awal cuti aku sudah siapkan. Sudah submit pun.

Mama menarik tubuhku ke pelukannya. Ubun-ubun kepala diusap penuh lembut. Aku terasa dipujuk. Selesa dengan hangat pelukannya, aku membalas pelukan mama seeratnya. Kepala disandarkan pada bahu mama.

"Adik jangan risau ya. Mama yakin adik boleh buat. Anak mama kan rajin dan pandai." Kata Mama. Aku mengoyak senyum kecil.

"Terima kasih mama sebab percaya adik."

"Anak mama, semua mama percaya."

Mama menepuk bahu aku kemudian pelukan perlahan-lahan dileraikan. Wajah aku menjadi sasaran jari jemarinya. Diusap pipi kemudian dicuit pula hidung. Sudah macam anak kecil pula mama buat aku. Hakikat yang ibu-ibu sentiasa memandang anaknya seperti anak kecil. Itu lah mama.

"Jangan sedih-sedih lagi ya? Adik dah tak comel kalau sedih-sedih ini. Anak mama kan kena comel-comel. Ya?"

Aku ketawa kecil seraya mengangguk kepala.

Perfect Strings Where stories live. Discover now