Saat aku menaip ini aku masih waras
walau adakala tersengih-sengih seorang diri mengadu pada ibu bahawa aku demamAku merancang.
Aku merancang aku mulai berkerja dan langsung tidak ingin MC selama 6 bulan.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah mengurniakan aku keajaiban agar aku dan anakku sentiasa sihat untuk 6 bulan ini.
Namun apalah dayaku minggu pertama Affan baik-baik sahaja tetapi masuk minggu kedua hidung Affan mulai berhingus dan akhirnya apa yang paling aku bimbangkan Affan demam batuk dan selesema yang agak teruk. Teruk kerana sepanjang aku menjaga Affan dia sangat jarang demam tidak pernah sampai berhari-hari tapi kali ini hampir seminggu Affan demam.Entahlah.
Aku sedikit kesal. Kerana aku sudah mencuba yang terbaik. Tetapi apabila Affan dihantar ketaska aku tahu aku perlu menghadapi semua risiko-risiko ini.Apa yang aku paling kesal juga setelah Affan kebah dari demamnya aku pula demam. Campur hari ini sudah hari ke 5 masih belum kebah sepenuhnya.
Dulu sepanjang aku mengandungkan Affan walau disuntik vaksin beberapa kali dan orang lain demam aku tidak pernah demam.
Aku akan sentiasa berjaga-jaga minum air hampir 3 liter sehari untuk mengelak dari demam dan walah tak pernah aku jatuh sakit tapi kali ini aku juga buat perkara yang sama tetapi malangnya tidak menjadi. Aku mula memikirkan apakah ini amaran dari Allah supaya aku tidak berkerja? Atau sekadar ujian kecil dari Allah untuk kemanisan yang bakal aku kecap dikemudian hari?
Bukan.
Allah ingin memberitahu aku bahawa aku merancang tapi jika ianya sudah ditakdirkan aku tidak mampu buat apa-apa untuk menghalangnya.
Mungkin. Mungkin.
Masakan aku boleh buat kerja Tuhan. Aku merancang Allah juga merancang.
Aku fikir aku mampu untuk mengelak sakit tetapi sakit tetap akan hadir kepadaku.
Selepas ini aku tidak ingin lagi merancang.
Apa yang telah ditakdirkan untukku aku terima seadanya.
Dapat sakit kutahan
Dapat manis kusimpan.