"SAUDADE"

39 1 0
                                    

"Ai'Fourth! Bangun cepat! Hari ni kamu kerja kan"

Suara kuat memecah hening pagi di kala Fourth masih lagi dibuai mimpi

"Fourth!!!!!!!"

Sekali lagi Mae Pijika mengejut anaknya untuk siap berkerja. Dengan susah payahnya, Fourth akhirnya akur dan membuka matanya untuk bangun

"Krab maeee..."

Sayu kedengaran suara Fourth menandakan dia telah bangun. Fourth terus ke bawah untuk melihat ibunya di dapur

"Maeee...hari ni Fourth mana ada kelas"

Fourth yang masih separa tidur dan separa bangun pun memberitahu ibunya

"Iyeee...habis tu malam tadi asyik membebel jer kena gantikan cikgu bahasa Thai tu apa? Bukan kelas"

Mae Pijika pon mengingatkan anaknya kembali tentang perbualan mereka malam semalam. Fourth pun teringat tentang itu, dia terpaksa menggantikan guru bahasa Thai kerana beliau sedang sarat mengandung dan tidak dapat mengajar.

"Chai mae! Aduhhh macam mana boleh lupa pula!"

Fourth pun bergegas naik ke biliknya untuk bersiap

=15 minit kemudian=

*pin pin*

Kedengaran hon kereta di hadapan rumah Fourth dan pemiliknya ialah Gemini

"Sawadikrap mae"

Gemini memberi salam kepada Mae Pijika yang sudah berada dihadapan pintu rumah mereka bagi menyambut Gemini

"Sawadee Gem, Fourth belum siap lagi kamu masuk dululah makan sekali"

Dengan senang hati Mae Pijika mempelawa Gem masuk sambil menunggu Fourth siap

"Tak pe mae, Gem pun nak cepat ni sebab ada appointment dengan patient"

Jawab Gem lembut, bukan dia tak nak makan masakan Mae Pijika tapi hari ni dia ade appointment dengan pesakitnya. Kalaulah tidak ada appointment sudah lama Gem habiskan makanan yang dibuat Mae Pijika

"Ye ke...FOURTH!! CEPAT SIKIT GEMINI TUNGGU KAT BAWAH NI!!"

Dengan sekali jeritan dapat membuatkan satu penduduk taman bangun. Dengan gopoh gapahnya Fourth menuruni tangga

"Mae, Fourth pergi dulu yer"

"Nanti dulu. Nah, ambil ni"

Mae Pijika menghulurkan beg kertas yang di isi bekal makanan untuk diberi kepada anaknya itu

"Uiii mae...hari ni mae masak apa?"

"Pad kra pao...ha,yang ni untuk Gem kalau tak de masa nak keluar makan,makanlah bekal ni yer"

Mae Pijika senyum sambil menghulurkan beg kertas yang berisi bekal makanan kepada Gem

"Khop phun na krab mae"

"Mae mae mae...kami pergi dulu ye mae bye"

Fourth dengan cepat mencium ibunya dan bergegas masuk ke dalam kereta. Gemini yang melihat kelakuan Fourth itu pun tersenyum kecil

"Heii!! Fourth bertuah punya anak!"

Gemini pun mengucapkan selamat tinggal kepada Mae Pijika sebelum bertolak ke tempat kerja mereka. Setelah itu, Mae Pijika pun melambaikan tangannya ke arah kereta Gemini

"Fourth, Ai'Fourth bertuah kau dapat Gemini"

Mae Pijika tersenyum kecil melihat gelagat anaknya yang menggemaskan itu apabila di hadapan Gemini.Mae Pijika pun menyambung kerjanya sebelum membuka kedai ABC nya itu.

*bersambung*

*ABC= Ais Batu Campur*

Tolong like dan komen yer untuk chapter seterusnya 😁

The World Between Us Where stories live. Discover now