"MIZPAH 2"

14 0 0
                                    

Selepas tamat waktu rehat, Fourth kembali melakukan tugasnya dengan beberapa kelas yang lain. Dalam hatinya menghela nafas panjang kerana dia tidak tahu pula jadual mengajar Cikgu Sorn sangat padat. Fourth mula merasa bangga akan Cikgu Sorn kerana beliau mampu melakukan kerja sebegitu dengan kondisinya yang sarat mengandung. Jika Fourth berada di situasi Cikgu Sorn mahu dia berhenti kerja sahaja

"nasib lelaki"

Fourth menuju ke kelas terakkhir yang akan dia ajar. Selepas itu, dia akan menyiapkan tugasan kerja yang seperti sebulan dia tidak berkerja di mejanya nanti

"sawadikap"

'kringggggg!'

Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Fourth mengambil langkah untuk ke bilik guru sejurus semua muridnya keluar dari kelas

"aik..Fourth, lambat kau balik harini?"

Belum sempat Fourth ingin duduk, rakannya Winny telah mengajukan pertanyaan kepadanya

"belum..aku nak setelkan kerja berlambak ni..kenapa kau nak tolong ke?"

"hihi. Harini aku tak boleh lah. Satang kata nak bawak aku pergi castle light dinner"

Winny dengan pantas memberi alasannya

"candle light dinner lah bukan castle light dinner"

Fourth membetulkan ayat Winny yang salah menyebut candle kepada castle

"aku tersasul sikit jer. Bunyi dia kan hampir sama"

Winny pun meggaru kepalanya kerana malu

"dah lah baik kau pergi cepat. Dengar kau membebel kat sini, Satang jer lah makan sorang ii"

Fourth pun menyuruh Winny beredar segera kerana dia ingin membuat kerjanya secepat mungkin dan pulang sebelum matahari terbenam.

"err ii..kau duduk sorang ii hati-hati tau, takut ada benda teman"

Winny sengaja ingin menakutkan Fourth dengan berkata sedemikian.

"phai ii"

Kini tinggal Fourth seorang sahaja yang berada di bilik guru . Dia pun segera mencapai fail di hadapannya

Akhirnya fail yang berlambak seperti gunung pun telah diletakkan di meja pengetua untuk semakan. Fourth menghela nafas panjang, dia melihat jam di tangan. Jarum sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Dia terus mengemas mejanya dan beredar dari bilik guru. Sesampainya Fourth di hadapan pagar sekolah dia menelefon Gemini tetapi tidak diangkat.

"dia sibuk kot"

Fourth dengan pasrah menunggu tuk tuk kalau ii ada yang melalui jalan tersebut. Hari semakin gelap, perasaan Fourth semakin gelisah dia tidak mahu bermalam di situ sehingga esok. Dia pun tidak mahu membuat maenya risau akan dia. Tiba-tiba dia teringat yang ada satu cafe berhampiran dengan sekolahnya. Mungkin disitu dia akan dapat tuk tuk. Fourth pun berjalan sehingga dia melihat sebuah cafe aesthetic di hadapannya. Itu merupakan kali pertama dia menginjakkan kaki ke dalam cafe itu. Maklumlah dia bukan pencinta kopi. Fourth duduk berdekatan dengan kaunter cafe tersebut

"maaf ye encik kami dah tutup cafe"

Kelihatan seorang pemuda memberitahu Fourth bahawa cafe telah tamat beroperasi hari ini.

"ouhh..yeke minta maaf yer"

Fourth dengan segera keluar dari cafe tersebut. Dia menunggu di luar cafe. Sekarang ini dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi otaknya jadi buntu. Tidak lama kemudian lampu cafe mula terpadam menandakan pemilik cafe bersiap ingin pulang ke rumah

"erm..encik tunggu siapa ye?"

Fourth menjengah kepalanya ke belakang untuk melihat siapa yang bercakap dengannya

"erm..belum..erm kalau kat sini senang tak nak dapat tuk tuk?"

Fourth terus menanyakan soalan kepada pemuda di hadapnnya ini

"kat sini susah sikit nak dapat. Kalau di bandar besar baru dapat"

Fourth mati akal apabila mendengarkan penjelasan dari pemuda itu. Matilah aku macam ni, takkan aku kena bermalam dekat sekolah pulak.

"kalau encik sudi, saya boleh tumpangkan encik"

Pemuda itu pun tidak sampai hati ingin meninggalkan Fourth yang ketakutan itu seorang diri

"ermm..nama saya Dew"

Pemuda itu menghulurkan tangan sambil memberitahu namanya

"Fourth"

Ringkas sahaja Fourth memperkenalkan dirinya. Dia tidak mahu berlama di situ, apa yang berada di dalam kepalanya sekarang cuma ingin selamat sampai ke rumah.

Setelah habis sesi suai kenal Dew pun mengambil keretanya lalu menghidupkan enjin, menghantar Fourth pulang. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Setelah sampai di hadapan rumah, Fourth berterima kasih kepada Dew kerana menghantarnya balik ke rumah

"khop pun krab, khun Dew"

Mae Pijika melihat anaknya di luar rumah. Dia pun bergegas ke luar untuk melihat namun kereta itu terus meluru laju meninggalkan rumahnya

"ai Fourth, siapa yang hantar kau balik?"

Mae Pijika terus menyoal anaknya itu. Dia tahu itu bukanlah kereta milik Gemini

"ouhh.. Mae ingat tak ada cafe yang dekat dengan sekolah tu..tu lah owner dia"

Fourth pun memberitahu maenya

"kenapa tak balik dengan Gemini?"

Mae Pijika bertanya lagi

"Fourth dah call dia tapi tak angkat mungkin sibuk agaknya. Dia kan dah dipindah kan ke ER"

Fourth tahu maenya pasti akan menanyakan soalan ini

"err..Fourth...ER tu apa?"

"maeee...dah jom ii kita masuk dulu okey.. Badan Fourth letih sangat Mae"

Mae Pijika masih lagi bertanya maksud ER sehingga mereka masuk ke dalam rumah

Selesai sahaja mandi, Fourth melihat cahaya dari telefon bimbitnya. Fourth melihat 30 panggilan daripada Gemini yang tidak berangkat. Fourth tidak ingin membuat Gemini risau lalu dia terus menelefon teman lelakinya itu

"Fourth, maaf sangat saya tak angkat call. Tadi busy sampai tak perasan awak call. Saya memang nak jemput awak tadi tapi ramai sangat patient kat hospital. Ni awak dah balik ke belum. Kalau belum nak saya ambilkan?"

Telihat kerisauan dari suara Gemini. Manakan tidak, dia tidak pernah lambat untuk mengambil atau menjemput Fourth tapi sekarang dek kerana sibuk di hospital, dia tiada masa melihat telefonnya. Gemini sudah sedia dimarahi oleh Fourth kerana itu memang salahnya.

"Mai pelai Gem, saya dah balik dah"

Fourth ketawa kecil mendengar suara Gemini seperti budak kecil itu. Dia faham kenapa Gemini tidak mengangkat telefonnya, bekerja di hospital memang tiada masa untuk bersenang lenang.

"betul ni Fourth, saya datang rumah awaklah"

Gemini masih merasa bersalah.

"Gem, tak pe saya okey, dah sampai rumah dah pun..awak tak payah lah datang sini esok awak kan kerja..awak pergilah berehat lagipun dah pukul berapa dah ni..rumah awak jauh tau"

Fourth juga merasa bersalah kerana dia tahu Gemini pasti penat setelah seharian bekerja. Dia pernah sekali pergi ke tempat kerja Gemini dan melihat teman lelakinya asyik berlari sana sini kerana terlalu ramai pesakit dan itu merupakan kali pertama dan terakhir Fourth mengikut Gemini ke tempat kerjanya.

"saya tidur rumah awaklah hari ni"

"huh? Seriuslah...Gem...halo? Ai'Gem! Dia tutup fon?!"

Gemini terus memecut laju supaya cepat sampai ke rumah Fourth. Dia sangat rindu ingin memeluk faennya yang narak ii itu..

Fourth menuggu Gemini didepan pintu rumahnya. Dia tidak mahu maenya terbangun nanti kerana Fourth tahu maenya pasti bertanya macam-macam kepada Gemini.

Bersambung...

The World Between Us Where stories live. Discover now