CHAPTER 1

122 2 0
                                    

Haih pagi pagi lagi aku dah kena ikut bapak aku pergi kerja kat dewan makan di Kolej Ungku Deramat atau nama singkatan ialah (KUDRAT) di mana terlahirnya armada melayu lelaki terakhir,,, itu ape yang aku tau pasal sekolah ni sebelum nak bekerja kat sini.

"tolong angkat barang-barang ni semua masuk dalam, aku tau semua barang ni dah siap tersusun sebelum kol 9 pagi"

itu apa yang dikatakan oleh bapakku kepada aku dengan Mia

haih leceh lah bapak aku ni suruh angkat-angkat barang pagi-pagi ni,orang dah lah tengah ngantuk haih,,ape lah nasib kau Mel

"Oi Mel tolong lah aku angkat barang barang ni semua kau terjegat kat situ lagi buat apa"

"hish kau ni kacau lah aku nak berangan pagi pagi ni pon tak boleh" kataku sambil pergi ke arah selepas bersandar di kereta bapakku.

"banyak lah kau punya berangan" kata Mia

ok sebelum tu aku nak perkenalkan diri aku,nama aku Mel a.k.a adik kepada Mia,,,sebenarnya aku dengan Mia beza 10 minit je, Mia awal 5 minit , tapi walaupun kitaorang beza 10 minit je, Mia akan tetap jadi kakak dan aku akan jadi adik kepada Mia.

sebenarnya perwatakan aku dengan Mia tak jauh beza pon,masing masing keras kepala, haih ape lah nasib bapak aku dapat anak macam kitaorang ni,, ok skip. perbezaan aku dengan mia cuma aku boleh mengubah perasaan aku bila bila masa sahaja kepada seorang yang periang bertukar kepada seorang yang dingin,,dan yang paling penting aku hebat dalam seni mempertahankan diri, SLAYYYY. Ok back tu reality.

Tengah sambil sambil aku angkat barang barang masuk dalam,mata aku tertumpu dekat kerumunan orang ramai di depan kawasan pintu masuk sekolah ni,,pelik

"Weh Mia kenapa ramai sangat orang hari ni bukan hari ni hari weekend ke?"

"orang balik dorm lah.Kau ni takkan tu pon tak tau"

"hah? balik dorm tapi hari ni kan hari sabtu" kataku

"Tu budak budak nak mendaftar lah. kau ni banyak tanya pulak macam makcik makcik" Aku memandang Mia dengan muka tak puas hati,, berani dia cakap aku macam mak cik mak cik



Aku dengan Mia mula mengemas barang barang yang perlu disusun. Tak sampai 2 jam semua benda dah settle.

"Weh Mia aku keluar kejap tau nak healing" Kataku

"banyak lah kau punya healing" Kata Mia kepadaku

lepas dah siap susun barang semua aku bercadang untuk ambik angin kejap dekat parking kereta untuk menenangkan kan fikiran. Aku memejamkan mata dan menghirup udara segar serta menikmati angin sejuk yang telah menyambar mukaku. Tiba tiba aku terdengar bunyi enjin kereta dari arah belakang. Aku memalingkan badan lalu melihat seorang budak lelaki tengah berdiri membelakangiku sambil melihat kereta tersebut keluar dari kawasan sekolah

"Jangan nangis....jangan nangis" kata budak lelaki tersebut

"pahal mamat ni tiba tiba je. masuk asrama je pon bukan nak pergi berperang" kataku di dalam hati.

𝐄𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐮𝐥Where stories live. Discover now