CHAPTER 7

30 2 0
                                    

[ 𝒑𝒖𝒌𝒖𝒍 𝟗:𝟑𝟎 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒎 ]

aku tengah jalan gi dorm ayam ngan fakhri sebab aku memang nak jumpa ayam lagipun budak budak tengah cuti lagi so boleh lah aku seludup masuk gi dorm dia

Tiba tiba...aku nampak fakhri tengah jalan ke arah yang sama,tak lain tak bukan dia nak masuk dorm dia

"Fakhri!!..." panggil aku..

"Mel..kau buat ape dekat sini?" tanya fakhri

"owh aku nak jumpa ayam.." balas aku

"awal kau balik, bukan cuti korang panjang lagi ke?" tanya aku

"uhh aku rindu ayam,tu yang balik sekolah balik" jawab fakhri

"owhh.."

"Eh dah lah jom kita masuk nanti warden nampak pulak.." kata fakhri

sebelum kitaorang bukak pintu kitaorang dengar bunyi lagu...aku dengan fakhri bukak pintu untuk masuk dalam and kitaorang nampak ayam tengah joget lagu ayam...aku dah tahan gelak fakhri pasang muka biasa je..ayam pusing belakang and nampak kitaorang tengah berdiri tengok dia

"AGHHHHH, korang ni buat terkejut aku je..buatnya aku ade penyakit sakit jantung ke ape ke..."

aku dengan fakhri abaikan ayam yang tengah bebel sorang sorang tu..lepas fakhri kemas barang barang dia aku duduk sebelah fakhri... aku dengan fakhri nampak ayam kemas barang barang dia depan katil dia

"kau nak buat ape dengan barang barang ni yam?" tanya fakhri

"Haih..takkan nak gi haji pulak, kem bulan madu kan" balas ayam

owhh kem bulan madu..

"Takde lah kitaorang ingatkan barang-barang prob musik video kau"

"Coii..eih bagi chance sikit eh, masa korang takde ni lah aku nak merasa jadi kapla korang tau..."

aku ngan fakhri gelak je bila ayam cakap dia berangan nak jadi kapla kat sekolah ni

"Eh kau berani pulak duduk sini sorang sorang yam" tanya aku

"Tch, yang oi dorm ni biashe biashe je, tempat lain belum tentu" balas ayam

"tempat lain?" tanya aku dengan fakhri

ayam bawak lampu minyak dia dekat dengan muka dia

"jom ikut aku" kata ayam

Hah sudah ni tak lain tak bukan dia nak bawak kitaorang gi tempat tempat seram kat sekolah ni...

𝒔𝒌𝒊𝒑...

"jom.." kata ayam

"jalan ni gi mana ni ?" tanya fakhri

"hutan sekolah" balas ayam

"sekolah ni ade hutan?" tanya fakhri

ya allah mestilah adeee haihh

"tak sekarang ni kenapa aku terjebak sekali dalam aktiviti seram korang ni" tanya aku dekat ayam

bukan takut cuma aku tak nak buang masa aku buat aktiviti paranormal dengan ayam ni...

"alah ikut je lah kitaorang" balas ayam

aku pandang fakhri untuk mintak tolong suruh ayam stopkan benda mengarut ni tapi fakhri suh ikut kan aje ayam ni...haihhh

aku tarik lengan baju fakhri untuk safety mana tau tersandung batu ke ape ke ade orang sambut...aku nampak fakhri pandang aku tapi aku buat tak tau je...

"ni...sini...sini tempat ni orang takut" kata ayam

aku dengan fakhri tengok je pokok kat depan kitaorang sekarang ni...ape yang serammnya pokok ni

"apasal?" tanya fakhri

"tempat ni orang kata ade penunggu kat pokok ni...penunggu perempuan...banyak dah budak kita nampak...ade yang takut sampai berhenti sekolah pon ade..."

aku pandang ayam pastu aku pandang pokok tu...sebab pokok je nak berhenti sekolah lain macam...

"nama penunggu ni....angel" kata ayam

"hah?....."

dalam banyak banyak nama....Angel nama hantu ni..

"Nama makcik sape kau rembat ni..apa kejadah nama angel hantu.." kata fakhri

"tak payah sebut nama dia.." balas ayam

haih penat lah aku cam ni layan dua ekor mangkuk ni...

ok next...

"tempat ni orang takut jugak" kata ayam

"tempat ni apesal pulak ?" tanya aku

"rumah Encik Mior..." balas ayam

"tukang kebun kudrat dulu...Encik Mior ni suka budak budak jambu kat kudrat ni...tapi dah mati dah, hah lepas dia mati...budak budak kat sini cuba masuk rumah dia...budak budak tu tak keluar.." terang ayam

"tak keluar?..budak jambu..? hantu ni pedo ke?" tanya fakhri

aku dengan ayam pandang fakhri

"apa ke pelik soalan kau ni fakhri..." balas aku

"korang tak takut ke?" tanya ayam

aku dengan fakhri geleng kepala

"Dah lah next" kata ayam

fakhri panggil ayam sebab nak jawapan yang hantu ni pedo ke tak...

Tiba tiba ayam bawak kitaorang dekat satu tangki air besar...aku nampak tangan ayam dah menggigil and aku dah start rasa lain macam..

"Okey tempat ni...tempat ni paling seram...dalam buku kitab High Council pon ade tulis...yang ade benda hitam tinggi...jaga tempat ni...masa krisis air Selangor dulu kan...jap, dulu apa sekarang pon sama je sedih dia...owh anyway pihak sekolah pernah cuba nak bukak tempat ni, tapi kena halang...pekerja yang naik tangki tu semua, kena tepis dengan "dia"...ade yang jatuh sampai mati.." terang ayam panjang lebar

"uih..." Aku dengan fakhri dah rasa meremang sekarang ni

"ini seram" kata fakhri

"ihhh dah lah korang..jom..aku takut..tak nak" balas ayam

aku dengan fakhri tak bergerak pon sebab kitaorang tenung je tangki air tu

"ya allah...jom lah bangang"

ayam tarik lengan aku aku tarik lengan fakhri untuk pergi dari tempat tu








𝐄𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐮𝐥Where stories live. Discover now